Monday

impian

CITA-CITA.
Upin : Kak Ros,cita-cita Kak Ros apa?
Kak Ros : Bila akak besar nanti akak nak jadi doktor.
(upin dan ipin pun membayangkan Kak Ros memarahi pesakitnya yang tidak memakan ubat.haha =p )
upin : ipin,apa cita-cita kau?
ipin : aku nak makan ayam goreng banyak-banyak nanti.
upin : ish,itu bukan cita-citalah.kau ni.
(sambil mendongak ke langit,upin tiba-tiba mendapat idea cita-citanya.lalu dilakarkan cita-citanya di atas sehelai kertas- angkasawan.)
keesokan harinya,cikgu Jasmin menyuruh setiap murid-muridnya membentangkan hasil lukisan mereka yang mengandungi cita-cita mereka.
Ehsan : ha...ini cita-cita saya! (sambil menunjukkan gambar seorang tukang masak memegang kek)
giliran Fizi pula yang tiba sambil menunjukkan lukisannya.semua pelajar hairan dan tidak dapat mengagak cita-citanya.lalu imaginasinya menjawab persoalan mereka.ingin menjadi salah seorang pekerja majlis perbandaran(senang cakap pakcik yang memungut sampah ke dalam lori sampah tu)
Hahahahahahahahahahahaha...lawak betul gelagat kanak-kanak riang ini.apa yang ada dalam fikiran mereka hanyalah keseronokan.pelangi je yang selalu muncul dalam hidup mereka ni.
**********
okay.okay.dah.dah.cukup.tu hanya selingan.
dalam hidup ni setiap orang pasti punyai cita-cita tersendiri.apa guna hidup tanpa matlamat dan cita-cita.ibaratkan memandu sebuah kenderaan tanpa mengetahui hala tuju.habis saja minyak,terus tiada idea untuk meneruskan perjalanan.lalu berhenti di situ untuk mengharapkan pertolongan orang lain.
Islam pun mengajar setiap Muslim bekerja keras untuk mencapai matlamat baik dalam agama,diri sendiri,kehidupan dunia,akhirat dan orang lain.
Setiap muslim berusaha beribadah bersungguh-sungguh untuk mencapai mardhatillah dan bercita syurga.
Cita-cita dan matlamat memainkan peranan penting dalam kehidupan.adanya kemahuan menjadikan manusia berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan terus bersemangat!aja-aja fighting! (opss,,)
ayuh!! cuba check balik apa tujuan,matlamat dan cita-cita kita ke sekolah.(saya dah habis sekolah dah ;-) )
tapi matlamat ni bukan untuk pergi sekolah je.masa bercuti pun ada matlamat untuk membuat sesuatu kan.saya yang tengah bercutiiiiii panjaaaaaaang ni pun ada matlamat dan cita-cita untuk dicapai.nak tahu apa dia?hishhhhh..rahsia antara saya dan Pencipta saya,yang mengetahui setiap apa yang terdetik dalam pemikiran ini. (~_^)
Sesungguhnya Allah mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
( 42 : 24 )
Untuk mencapai sesuatu,pastinya ia bukan mudah.cabaran dan dugaan yang datang menguji akan memberi kekuatan kepada individu.
SMART
(Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggunggjawab)
Oleh itu,usaha,doa,tawakal.
Hendak seribu daya,mahu seribu cara.
Di mana ada jalan di situ ada highway.(opsss,dah mengarut dah =p)
okay,jom!berkerja keras demi mencapai matlamat dan cita-cita! (~_^)