Tuesday

Ampunkan Daku


Dalam hidup ini,ada warna hitam putih,ada cerah gelap.Langit tak selalu cerah.Kadang-kadang panas,mendung dan ada kalanya hujan,ribut disertai petir dan kilat.Macam tu juga manusia.perjalanan hidup yang ditempuhi bukannya selalu bahagia.Terkadang sedih bertandang apabila ujian datang menjengah.Terasa seperti memijak duri lalu terluka.

Manusia,tak sempurna.Tiada seorang pun manusia yang lahir ke muka bumi ini sempurna dan memiliki segala-galanya biarpun itu yang didamba oleh semua manusia.Ibarat pepasir di pantai yang sentiasa dihempas ombak,begitulah manusia yang akan sentiasa melakukan kesilapan.Sering kali lupa,alpa dan cuai menjadi alasan atas sebab kesilapan yang dilakukan lalu dengan mudah mereka dihukum.Masyarakat memainkan peranan dengan melabel pesalah dengan tanda atau gelaran yang negatif.

Berkesempatan menonton satu drama (lupa waktunya.hehe) yang bertajuk Ampunkan Daku.Saya kira drama ini agak mmenarik kerana ada mesej yang ingin disampaikan oleh produksi drama tersebut.Saya pun tak pasti berapa ramai insan sebegini wujud,mungkin satu dalam seribu atau mungkin tiada tetapi watak yang dimainkan berperanan menyampaikan mesej kepada penonton.

Mengisahkan seorang menantu yang tidak disukai oleh ibu mentuanya (opss,lupa sebab dia dibenci oleh mentuanya.sorry.) menubuhkan sebuah rumah bagi melindungi remaja yang mengandungkan anak luar nikah selepas berpisah dengan suami dan anaknya.Cacian,hinaan serta makian seolah-olah menjadi hidangan buat halwa telinga tiap-tiap hari baginya dan anak-anak yang tinggal di situ.Namun usahanya dihargai dan dia berjaya menguruskan tempat perlindungan itu.Sampai dipenghujung jalan ceritanya(saya malas nak cerita panjang.nanti carilah drama ni kalau rajin ye. ;-) ),terlerai segala simpulan rahsia bahawa si anak menantu tadi adalah anak yang dilahirkan tidak sah taraf.Perjalanan hidup yang diselimuti cercaan manusia membuatkan dia terbuka hati menyediakan sebuah tempat perlindungan untuk anak-anak remaja yang mengandungkan anak luar nikah di samping mengurangkan kes pembuangan bayi dan memberi motivasi dalam menyedarkan mereka dari kesilapan yang telah dilakukan serta kekuatan untuk menempuh hari mendatang.


Semasa mendapat pilihan tajuk untuk public speaking sebelum ini pun,salah satu daripadanya berkaitan sekolah harapan yang menjadi isu dan dikritik oleh ramai pihak.Sememangnya kes pembuangan bayi benar-benar meruncing.Bukan menyokong mahupun menentang kewujudan sekolah itu kerana setiap sesuatu itu pasti ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.Sedarilah bahawa hasil anak luar nikah ini bukan sahaja berpunca dari anak gadis yang mengamalkan pergaulan bebas tetapi juga disebabkan menjadi mangsa kepada mereka yang rakus nafsunya seperti dirogol.

Berbalik pada drama tadi,mereka yang melakukan kesalahan tidak patut terus dihukum dan disisihkan sebaliknya berilah peluang kepada mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik.Kadang-kadang mereka yang betul-betul ikhlas ingin berubah,hasilnya lebih baik daripada mereka yang tidak pernah melakukan kesilapan.Mungkin dengan kesilapan itu telah menyedarkan mereka dari lena lalu berusaha untuk memperbaiki diri.
Kita yang menyaksikan atau mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh orang lain,apa yang harus dilakukan?mengambil kesilapan mereka itu sebagai contoh untuk dijadikan ikutan atau diambil sebagai pengajaran?Kita punyai pilihan dan adanya syurga dan neraka sebagai balasan atas apa jua yang kita lakukan.


Janganlah sesekali menghina dan mencaci mereka yang telah tersasar dari landasan yang benar,sebaliknya tegurlah mereka jika mampu.
Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang menghina seseorang atas dosa yang dilakukan,dia tidak akan mati sehingga melakukan dosa itu."

Saya pun manusia biasa.Tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan.Dengan rasa rendah diri,menyusun ribuan kemaafan atas segala kesilapan yang tidak disengajakan atau disengajakan.
Amar ma'ruf nahi mungkar.
Cegah maksiat dengan tangan jika mampu.jika tidak,gunakan lidah.jika tida juga,gunakanlah hati,sesungguhnya ia adalah selemah-lemah iman.


Wallahu'alam.

1 comment: