Monday

sebaik-baik



umumnya ketahui bahawa 12 rabi'ul awal adalah tarikh kelahiran kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w.
dan tahun 2011 ini,angka ini jatuh pada 15 Februari.
maka diisytiharkan cuti umum bagi semua untuk menyambut maulidur rasul.
apakah cuti yang diberikan ini dimanfaatkan dan difahami erti di sebalik sambutannya atau sekadar menyambutnya sebagai satu tradisi?
atau sekadar berarak sambil berselawat tanpa memahaminya?

Baginda yang sering merindui saudaranya.Apabila Abu Bakar bertanya diakah saudara yang dirinduinya?Baginda menjawab,"bukan,kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang tidak pernah melihat dan bertemu denganku."
Dan ketika di padang mahsyar,semua hanya mementingkan dan memikirkan diri sendiri.
semua ibu bapa tidak mempedulikan anaknya,
anak tidak mempedulikan ibu bapanya,
isteri tidak mempedulikan suaminya,
suami tidak mempedulikan isterinya.
hanya Rasulullah yang akan datang memberi syafaat kepada ummatnya
Mulia dan hebat sungguh kekasih Allah.
kita sebagai ummatnya adalah sama,yang membezakan kita hanyalah iman,amal dan taqwa.
Berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda begitu kasih dan cinta terhadap ummatnya.
Maka,sebanyak manakah cinta kita untuk Rasulullah?
Sebanyak manakah cinta dan kasih sayang kita terhadap kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w. tertanam di jiwa kita?

Seringkah kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi kita,
tetap senyum apabila dibenci,
tetap tenang apabila dimusuhi,
tetap membantu walaupun disakiti,
tetap menyeru walaupun diusir pergi,

Kenapa kita mudah benci apabila dikasari,mudah putus asa apabila yang dilakukan tidak menjadi,mudah kecewa apabila orang lain tidak memahami,mudah terguris apabila dilukai.
Ayuh tarbiah diri,agar segala yang indah menghiasi peribadi,kerana qudwah kita adalah nabi,itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

Kuakui,diri ini sering juga terlalai,terleka dalam mengamalkan sunnahnya.semoga ini menjadi peringatan untuk saya.
Semoga kita dapat mencontohi Rasulullah s.a.w. dan sentiasa mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian kita.jangan ingat kahwin je sunnah baginda tau!
Ayuh,berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w,
Allahummasolli'ala sayyidina Muhammad.


SALAM MAULIDUR RASUL.

1 comment:

Sultan said...

j0m bnykkan selawat...
~