Hari ini bukan hari yang istimewa tetapi istimewa kerana hari Jumaat.
saya tidak ternanti-nanti hari ini untuk tiba.tetapi putaran bumi yang menemukan saya dan kita dengan tarikh hari ini.
sejujurnya saya katakan,saya 'nervous' untuk bertemu tarikh hari ini.
bukan takut untuk menempuh usia tua,
tetapi menyedarkanku usiaku semakin pendek.
**********
2 hari sebelum ini,saya diuji lagi.
terasa diri terlalu lemah tidak berdaya.
sehingga membuatkan ku terfikir,adakah ini noktahnya?
namun,semua di tangan Tuhan.Alhamdulillah,nikmatNya masih dapat kurasai.
**********
Hari ini saya masih diberi peluang membuka mata melihat dunia yang fana dan meneruskan langkah perjalanan di atas muka bumi ini.
Memulakan hari ini dengan penuh rasa kesyukuran,
dalam keberkatan hari Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan (hari feveret sendiri)
MasyaAllah,menyedari bahawa sudah lebih 2 dekad saya diberi pinjam nikmat dan anugerah pemberianNya.sudah cukup baikkah saya menggunakannya ke arah kebaikan?Astaghfirullah . . .
semalam yang berlalu
telah menambah usiaku
melayangkan fikiranku pada kenangan lalu
mengenangkan kisah silam yang dulu
tersedar dari kesilapan lalu
betapa beratnya dosa-dosaku
masihkah ada keampunan buatku,
ya Tuhanku . . .
hari ini yang tiba
mengajarkanku erti mengira
diri yang bergelumang dosa
mencari ruang sinar cahaya
Adilah bukan bidadari,mama,abah,bahkan tidak sempurna,
namun akan cuba menjadi anak yang solehah buat abah dan mama
akan cuba melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
esok yang menanti . . .
menambahkan getar di hati
merancang hari yang bakal tiba dengan penuh teliti,
ujian yang menanti dan bakal melanda dapatkah kutempuhi,
apakah akan kugunakan peluang yang masih diberi,
untuk memperbaiki diri yang dipenuhi noda ini?
ke arah manakah mahu dipandu perancangan dan amalan2 yang sedang dan akan dilakukan dalam sehari-hari,
adakah untuk dunia yang tiada abadi
atau untuk akhirat yang hakiki.?
Dunia sangat melelahkan kerana tempat beristirehat hakiki adalah negara akhirat yang abadi.
(Sebolehnya mahu berada di rumah pada saat ini kerana mereka yang lebih mengetahui sebelum yang lain,namun kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan.)
rindu nak bersama Abah,yang suka mengalunkan ayat suci al-Quran ketika di rumah @ masjid
rindu nak bersama Mama,yang suka masak sedap-sedap,
rindu nak bersama Abang yang suka buat kejutan dan mengusik,
rindu nak bersama Lutfi yang suka lontarkan komen setiap kali Kak Ilah masak,
rindu nak bersama Fatih yang suka menggeletek dan makan aiskrim,
rindu nak bersama Ema yang suka tidur atas belakang Kak Ilah,
rindu nak bersama adik yang suka peluk dan bermanja dengan Kak Ilah.
dan.dan.dan.
rindu nak tatap wajah arwak kakak,
rindu nak dengar suara arwah Amir.
Al-Fatihah untukmu.
the truth is,i need to step into reality,
mends whatever broken..retreat and move on...
today is a new day.start it of right,
walk with humility,
I'm saying sorry for everything and whatever i've done to EVERYONE.EVERYONE and EVERYONE.
May Allah bless us.We are so dependent on Allah and Allah alone.
p/s : thanks to those who wish me birthday today.thank you for your du'a.really appreciate it.semoga dimakbulkan.Amiinn.inshaAllah... I LOVE YOU ALL (~_^)
Note : angka saya sudah bertambah satu lagi.sudah bertambah matang kot.diulang,KOT.pesanan mama,umur dah meningkat,perangai pun kene meningkat.uhuk.
3 comments:
Sanah Helwah ya habibi...
smoga dpnjangkn um0 n dmurahkn rezeki n success in y0ur life...ameen
huhu..sanah helwah..,,ssghnya org y cerdik ialah org yg igt akn kmatian...May Allah bless u alwayz..
alfatihah utk arwah....
Post a Comment