Monday

Sebelum Terhenti

perjalanan hidup takkan pernah terhenti
selagi nyawa dikandung diri
selagi nadi berdenyut tak berhenti
masa kan terus berlalu pergi

ibarat ombak menghempas pantai
beralun di musim tengkujuh dengan tinggi
tenang berlalu di musim terik mentari
indahnya ciptaan Tuhan tak bercampur dengan sungai

segumpal darah bernama hati
mudah berbolak balik bila diuji
penentuannya iman dalam diri
menjadi benteng pengawal diri

tahun demi tahun silih berganti
jadikan setiap detik kebangkitan diri
pimpin jiwa dorongkan diri
menuju kehambaan yang mukhlis dan sejati

siapa kita,di mana kita,
Allah tahu itulah yang terbaik untuk kita,
teruskan bergantung pada tali pengharapan Allah,

"Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." (2 : 153)

Thursday

Layar Hati

Sudah 2 tahun lamanya
tinggal kenangan yang tak mungkin dilupa
Pantas saja masa meninggalkan kita
Tanpa diedari bertambah sudah usia.

Potret lama masih disimpan 
dibingkaikan kenangan
kerana kenangan semalam penguat semangat menempuh masa hadapan

Biarkan saja layar kerinduan karam di lautan sepi
kenangan tercipta terus mekar mampu mengetuk emosi
masih segar saat mesra terisi
dirimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat itu 
teman suka dan lara
Tika sendu melata
kau ukirkan ketabahan 
kuntuman mekar sebuah senyuman.

semalam yang pergi esok yang menanti
semoga dirimu aman sentiasa dirahmati
Al-Faatihah..
#7 Nov 2010#

Appreciate and love your true friends.Who are they?Just take a moment and try to remember.Who was ?were there beside you (physically or emotionally) during your darkest moments.Yes,those are the ones deserving your time and love. Do't ever let them go.Because the rest will come and go.But real friendship are indeed rare..
#quoted by Farrah Adeeba#

Friday

Sayang sederhana

Sederhana itu bahagia.
Sederhana itu indah.
Sederhana itu sempurna.

Bersederhana dalam segala hal sangat perlu termasuklah dalam rasa sayang.
Ramai yang over dalam cinta.Cinta sesama manusia.Sayang terlampau biarpun tahu ia bukan ada pertalian darah secara sah dengannya.Biarpun yakin dialah insan yang akan sehidup semati namun itu bukanlah jaminan untuk sayang bagai nak rak.Kita hanya mampu merancang.Allah jua yang menetukan.Sebaik-baik perancang adalah Dia Yang Maha Mengetahui.Yakinlah dengan ketentuan Ilahi.

SAYANG ~ sanjung bagai nak rak ; apabila ada ketidakpuasan hati timbul ; Benci ~ hina,cerca bagai nak rak..
Sayang bukan bermakna sanggup melakukan apa sahaja demi dia tetapi sayang membawa diri suatu kesedaran di mana batas-batas yang perlu dijaga.
Bersederhanalah dalam segala hal agar tidak jatuh kecewa bagai nak rak di kemudian hari... Apa jua tindakan perlu difikir secara waras dalam keadaan waras sebelum beraksi...


Korban.

Bulan Zulhijjah.
Penyatuan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.Beruntunglah bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu di rumah Allah pada musim haji ini.Alhamdulillah..

Dan bagi mereka yang tidak berada di tanah suci,pun ada penyatuan.Sanak saudara ,semua balik kampung untuk sama-sama berkumpul meraikan hari raya Aidiladha.Tapi ada juga yang tidak pulang ke kampung atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.Tidak mengapa,bukan rezeki untuk kali ini.Walau di mana sahaja kita berada yang penting niat dan amalan kita..

Hakikatnya Aidiladha ini lebih meriah datipada Aidilfitri.Mengapa?kerana takbir memuji kebesaran Ilahi bergema sana sini dari 11-13 Zulhijjah..Meriah terasa suasananya.. =)

Apa-apapun hayati erti sebenar korban.Jangan hanya tahu nak beraya dan makan daging korban sahaja.. 
Semoga ada niat dan azam untuk korban hati dan nafsu dalam usaha untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.Moga ia menjadi titik permulaan dan pengakhiran yang baik. in shaa Allah...

Taqabbalallahu minna wa minkum...
Kullu 'am wa antum bikhair...

#Salam Aidiladha.Maaf Zahir dan Batin#

Monday

Hakim persendirian



Cantik juga la kasut ni tetapi macam sayang je nak pakai kalau ada kasut macam ni lebih-lebih lagi kalau ianya hadiah dari seseorang. ^-^
Hasil tangkapan dua biji mata daripada gambar ini,agak-agaknya berapa saiznya ya? ~_^
Tiada kasut yang mempunyai hanya satu saiz sahaja bukan?
sebab setiap orang mempunyai saiz kasut yang berbeza.
lain orang lain saiznya.
ada yang kecil,ada yang besar.
hmm,macam mana saiz kasut yang pelbagai,,begitu jugalah dengan kehidupan.
semua orang mempunyai kehidupan yang tersendiri.Lain latar belakang,lain lifestyle nya.
Jadi,mengapa mudahnya menghakimi orang lain dengan hanya berdasarkan hasil gambaran luaran?
Belajarlah menerima perbezaan.hargailah kelainan kerana daripada perbezaan juga ada keistimewaan.
Didiklah hati untuk tidak gelojoh membuat kesimpulan.
Rambut sama hitam,isi kotak hati lain-lain.

Realitinya,ada orang yang kita tidak kenali tetapi dia terlebih kenal diri kita sehingga begitu yakin untuk menghakimi kita.
Q-tak penat ke jadi hakim untuk diri sendiri?
Don't judge too fast,Don't judge too much!
# senyumlah =) #

Friday

Manisnya musibah


peritnya ujian,
masinnya tangisan,
pahitnya dugaan,
namun yakinlah disebaliknya ada sebuah kemanisan.

usah mengeluh akan sesuatu kesusahan,
disebaliknya pasti ada tersembunyi keistimewaan.

pandang sesuatu perkara dengan mata hati,
agar tidak menyesal di kemudian hari.




# senyumlah =) #

Thursday

Sebuah pertemuan


Setiap perjumpaan,pertemuan bukanlah suatu kebetulan, tetapi ketentuan Allah
Setiap orang yang kita berjumpa pasti berpisah pada akhirnya
Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif,kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka
Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah dan ingatlah Allah tidak pernah melakukan apa-apa yang sia-sia.Maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri
Lihat di sebalik apa yang dipelajari daripada setiap pertemuan.
Dengan demikian,maka kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya,apalah yang perlu diumpatkan dan apalah yang perlu disimpan rasa benci.


kredit to Ahmad Dasuqi =)

Monday

Pain.


Bunyi siren ambulans menandakan ada pesakit yang memerlukan rawatan dengan segera demi sebuah nyawa.
Sihat dan sakit adalah dua perkara berbeza.
Yang sihat berasa bahagia.Yang sakit berasa derita.
Sihat yang menggantikan sakit adalah peluang.
Sakit yang menggantikan sihat adalah ruang.
Tidak semua rasa sakit adalah musibah.Kerana rasa sakit juga adalah hikmah.
Sakit,terluka kerana kehilangan adalah ruang.

There are two types of pain in this world.
The pain that hurts you and the pain that changes you.
//Make the pain changes you to improve yourself//


Kehilangan orang tersayang adalah keterlukaan yang mampu mengubah seseorang.Lihatlah pada sudut positif.Kematian orang tersayang adalah peringatan kepada yang hidup akan sebuah kematian.

#Bunyi siren ambulans yang melintasi jalan tar uiam gombak hari  ini mengingatkan diri kepada yang tiada.My dear Amir,masih jelas kelihatan air mukamu sebelum berada dalam kenderaan putih merah.Semoga ditempatkan bersama orang-orang soleh.#

Wednesday

Super 'S'

Sendiri itu senang
Sendiri itu selesa
Sendiri itu segera
Sendiri itu senyum
Sendiri itu sedar 
Sendiri itu selidik
Sendiri itu sesuatu
Dalam sendiri itu ada keindahan.
*Guna mata hati untuk fahami sendiri*

Kadang-kadang orang melihat perkataan sendiri itu lonely,keseorangan,kesedihan,kemuraman.Tetapi sebenarnya sendiri itu juga memudahkan,bukan?(hmm,mgkin ada yg tidak bersetuju.-pandangan masing-masing terhadp sendiri.ianya subjektif.)

Hakikatnya,kita tidak pernah bersendiriran,langit ilahi selalu menaungi kita,selalu melihat tindak tanduk kita.Diri selalu leka,lalai.Astaghfirullah!Sehinggalah kita dijemput ke alam kubur,barulah kita bersendiri brsama 'bekalan' yg dibawa.(Aih,xbersendiri juga tu!-)
Ayuh tingkatkan amalan kurangkan kemungkaran.
Stop competing with others,start competing with yourself

#Accept yourself.love yourself.Always be kind#

Monday

Duit Syiling


Lain orang,lain pemikirannya.Lain orang lain pula pandangannya."Rambut sama hitam tapi hati lain-lain".Apa pandangan orang terhadap kita?or maybe just like this question,What people would say or think about us....?People may say or think anything about you,but is it correct?Adakah mereka kanal kamu luar dan dalam?

That is why,"what people think of you should not be a reflection of who you are.It should be a reflection of their understanding of who you are.Not  more..Well,we cannot see two sides of the coin at the sme time..Remember,there is nothing deep down inside us except what we have put there ourselves.Problems are not stop signs,they are guidelines.Never complain and never explain.Just do your best.What you plant now,you will harvest later..In shaa Allah.". ♥ Vs



Jadi,jangan kisah apa saja orang nak fikir tentang kita.Yang penting,adalah diri kita,apa yang kita lakukan untuk mengisi 'isi kandungan' dalam diri sendiri kerana itu yang terpancar pada luaran diri kita dan menunjukkan siapa kita. #Love#


Tuesday

Hikmah





Kehilangan kadang-kadang terlalu perit untuk ditelan tetapi kehilangan juga adalah satu didikan untuk melatih diri menjadi lebih tabah.Kuncinya adalah redha.Memang bukan mudah tetapi masa yang akan menentukan.Beruntunglah sesiapa yang diberikan hidayah.Doakan supaya diri tidak terpesong setelah dikurniakan hidayah.Hidayah adalah sesuatu yang amat mahal tiada nilai baginya.
Genggamlah ia,jagalah sehabisnya.

Hidayah hanya datang dan pergi,manfaatkan hidayah Allah dengan sabar di atas ketentuanNya.
Cintailah Allah dan Rasul melebihi sesiapa,
semoga Allah ampuni dosa-dosa kita . . .

Allah izinkan berlaku kehilangan dan perpisahan,
kerana kehilangan dan perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah berfirman, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

Monday

Enam.



                                                        #Jangan lupa puasa enam!#

Syawal dirai nikmat disyukuri


Salam Syawal...
Semalam,hari ini,rumah terbuka masih rancak diadakan.Dan juadah pun,,hmmm...boleh tahan...Dannn berat badan pun naik-naik,tidak turun-turun.(haish,bila nak start puasa enam?)

Open house sana sini,suasana raya masih terasa walaupun budak sekolah sudah kembali ke sekolah,orang dewasa sudah kembali bekerja.Ayuh,semamgat untuk kembali bekerja!hehe.yang pasti bagi yang masih bercuti,masih lagiiiiiii menikmati cuti ini. =)

Apabila bercakap tentang lebaran,kuih raya,baju raya,kasut raya dan lain-lain raya memang tidak dapat dipisahkan,bukan?Menyentuh perihal baju raya.berapa pasang  tahun  ni?Wah,ada yang 5,6 pasang,ada juga yang 8,9 pasang!Semangat ye nak raya. =)
Tak kisah lah berapa pasang baju raya masing-masing,tapi yang pasti jangan membazir.Rasanya sepasang pun dah cukup untuk dipakai pergi solat raya.Yelaaa,nak solat raya sunat pakai baju baru.Tapi kalau 8,9 pasang?tiap-tiap hari nak baju baru!Tak salah pun banyak baju,tapi kalau niat nak menunjuk-nunjuk,itu yang salah!Bagi saya,sepasang dah memadai.Raya kedua,ketiga dan seterusnya,tak kisah pun recycle baju dulu-dulu.Yang penting apa erti lebaran perlu diutamakan.Hayati erti sebenar eid fitri.Eidul Fitri adalah untuk meraikan kemenangan setelah 'berjaya' mengharungi sebulan Ramadhan dan menzahirkan rasa kesyukuran.Alhamdulillah . . . 
paling penting kesederhanaan adalah pilihan terbaik.
Taqabbalallahu minna wa minkum . . .

Apa-apapun,kanak-kanak adalah insan yang paling gembira di hari raya dan hilai tawa merekalah yang menceriakan suasana,kan Iman??? =)

Friday

Pada yang tiada

Rindu pada yang tiada,
Tiada untuk selamanya.
Mudah untuk dipujuk malah lebih mudah untuk redha
tetapi
rindu pada yang tiada
tiada di depan mata dekat dalam hati.
ibarat dekat tapi jauh.
Ya Allah,, yang maha suci tuhan pemilik alam kasih sayang
ia amat memeritkan.
#kehidupandankematian#

kembali kepada fitrah . . .
Salam eidul fitri.
taqabbalallahu minna wa minkum..
kullu 'am wa antum bikheir..

Thursday

Penjarakan Hati

Ya Ramadhan...
Dia masih bertamu pada saat nadi masih lagi berdetik.
Alhamdulillah...
Namun,waktu keberangkatannya sudah hampir tiba.
Tinggal 9 hari sahaja lagi.
Jom rebut baki yang masih ada sebelum tiada.
Di 10 terakhir Ramadhan,
penjarakanlah hati dari nafsu dunia
yang hanya setitik air dari seluas lautan.
Penjarakanlah hati dari sifat mazmumah
agar berkurang sifat negatif.
kuncikan hati dengan sifat mahmudah
agar terdidik dengannya.
kuncikan hati agar cenderung kepada perkara ukhrawi
agar tidak terus leka nanti.


Fight for lailatul Qadar!
May Allah choose us for Qiyam..
#janganlah pada lailatul qadar kita tidur!#

Sunday

Ramadhan kereem


There has come to you  Ramadhan, a blessed month which Allah has enjoined you to fast during which the gates of paradise are opened and the gates of Hell are closed, and the rebellious devils are chained up.In it there is a night which is better that a thousand month-whoever is deprived of its goodness is indeed deprived. ( An-Nasaa'i)

Grab all the chances in this holy month and always remember that it could be our LAST Ramadhan . . .

RAMADHAN KAREEM . .. .



Tuesday

Detik waktu

Di ambang menyambut Ramadhan Kareem,tiba-tiba menerima berita yang amat mengusik jiwa.Seorang ayah kepada kenalan abang telah kembali ke rahmatullah.Fikiran terus lari dari fokus ketika di dalam kelas,juga fokus untuk pembentangan.Tetapi Alhamdulillah,semua berjalan lancar.Seharian wajah-wajah ahli keluarga mereka yang dikenali melayang-layang dalam kotak fikiran.Allah,,besar dugaan mereka,kehilangan ketua keluarga pada saat akhir sebelum Ramadhan tiba.Sudah tiba ajalnya,tiada siapa yang mampu menolak ketentuanNya dan sesungguhnya mereka adalah yang terpilih untuk menghadapi ujian itu.Mengapa terkesan dengan pemergiannya?Kerana mengenali merekakah?Tidak.Cuba letakkan kita ditempat arwah.Bayangkan Ramadhan tahun lepas adalah yang terakhir buat kita.Allaaah...Oleh itu,mari persiapkan diri menyambut Ramadhan Kareem..


Sharing : Persediaan menyambut Ramadhan Kareem..

Sabda Rasulullah saw :

“Diberikan untuk ummatku dibulan Ramadhan lima hal yang tidak diberikan pada para Nabi sebelumku, yaitu saat malam pertama bulan Ramadhan, Allah memandangi mereka dengan iba dan kasih sayang Nya, dan barangsiapa yang dipandangi Allah dengan Iba dan Kasih Sayang Nya maka tak akan pernah disiksa selama selamanya, yang kedua adalah aroma tak sedap dari mulut mereka di sore harinya lebih indah dihadapan Allah daripada wanginya Misk (bau tak sedap orang yang berpuasa akan menyusahkan mereka dan akan membuat mereka merasa terhina, namun balasan untuk keridhoan mereka karena hal yang tak mereka sukai dan perasaan terhina itu adalah justru di sisi Allah hal itu sangatlah mulia), yang ketiga adalah sungguh para malaikat memohonkan pengampunan dosa bagi mereka sepanjang siang dan malam, yang keempat adalah Allah memerintah kepada Surga seraya berfirman : Bersiaplah engkau (wahai surga), dan bersoleklah untuk menyambut hamba – hamba Ku, aku iba melihat mereka, barangkali mereka mesti beristirahat karena kepayahan menghadapi kehidupan mereka didunia untuk menuju Istana – Istana Ku dan Megahnya Kedermawanan Ku, yang kelima adalah ketika malam terakhir dibulan Ramadhan maka diampunilah bagi mereka seluruhnya, maka bertanyalah seorang sahabat : apakah itu hadiah orang yang mendapatkan Lailatulqadr Wahai Rasulullah?, maka Rasul saw bersabda : “Tidak, bukankah bila kau melihat para buruh bila selesai dari pekerjaannya harus segera dilunasi upahnya?” (HR Imam Baihaqi)

Saturday

Larilah . . .


Kenangan,
kadangkala terlalu pahit untuk ditelan tetapi yang manis tetap dikenang.
Bukan mudah meninggalkan jejak hidup semalam yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah.
Kenangan,,tidak semua indah namun yang indah jua tetap dikenang.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargai.
Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan mampu menggapai impian esok hari


Larilah tanpa menoleh lagi.
Bebaskan diri dari belenggu seribu rasa dalam jiwa.
Usah biarkan layu dengan nama perpisahan,semailah dengam senyuman sebagai penawar rindu.


Sometimes we smile to hide the pain.
Do not look back and grieve over the past
for it is gone.
Live in the present and make it so beautiful
that it will be worth looking back at.


Note : Selamat tinggal Jun! Selamat datang Julai! 
Selamat menempuh Sya'aban sebelum meraikan Ramadhan.
Masih adakah peluang untuk kita tahun ini??

Friday

Rindunya.


Kuingin dirimu di sini
bersama-sama sambil waktu diisi
Namun takdir telah ditentukan
bernoktah sudah sebuah lukisan.

Dalam hati ini ada rindu yang membara,
Lautan kenangan selalu bergelora,
Walau sehangat mana bahangnya,
Yang tinggal hanya memori cuma.

Rindu itu anugerah.
Rindu itu suatu ingatan,
Rindu pada yang tiada,
Sedekahkan Al-Faatihah dan amal kebaikan.
Al-Faatihah . . .



:: Death may separate us, but you are with me always in my heart ::

Note : Kebelakangan ini,bayang-bayang Amir selalu melintasi kotak fikiran Kak Ilah...Rindunya,rindu sangat.

Saturday

satu perjalanan


Perjalanan itu masih jauh 
Pengembaraan juga masih panjang,
Pengalaman yang membawa diri mengenal erti kehidupan.


Kejayaan bukan satu destinasi tetapi ia adalah satu perjalanan
 Itulah yang yang dituntut demi mengejar sinar dihujung destinasi. 
Semakin jauh berjalan,semakin luas pemikiran dan ianya tiada berpenghujung.

#a new leaf of life#
"satu helaian baru dalam diari hidup telah bermula.
kentalkan semangat,kuatkan diri,
Andai lemah,ingatlah Yang Maha Perkasa sentiasa bersama.
Teguh kami berdiri di belakang,menyokong kamu mengukir bintang."

 :: Life is not a race but a journey to be savoured each step of the way ::


# Welcome to the club Lutfi! =D #

Thursday

Let it go


When the hurt is too great the scar is too disgusting
When you were having the hardest time,
Words that you couldn't ever say to anyone you kept in your heart
It was so hard but trust me,put your trust to Allah
He will ease your affairs

A person who has hurt you must be forgotten unconditionally
Take the chance to make everything is about to become memories 
even though he or she has caused you pained
*hmm..???? questioning.......*
Can all of them become memories?
Yes,it can because it's not easy to forget someone

When wounds have healed,everything will become blurry
In the end,even the scars will have disappeared but there would also be scars that cannot disappeared
The real is,you weren't real to each other but you were just passing your time

You have to let go of the past for the future to come 




Note : jangan simpan dendam dalam hati.biarkan kesakitan dilemparkan terus tumpah ke tanah seperti tumpahnya air ke tanah. [ok,apa saya membebel ni.happy studying untuk pelajar-pelajar =) ]

Wednesday

diam itu bersuara



Ketika tiada kata mampu terucap,diam mampu bersuara akan apa yang tidak terucap
tidak semua mampu memahami,namun hati tetap menyelami
biarkan imaginasi bergerak pantas,jangan biarkan iman dicantas
hari yang cerah selalu diharap berpanjangan namun Allah jua yang Maha Mengetahui akan hakikatnya hujan perlu diturunkan




Teriknya sang mentari,hakikatnya perlukan hujan.
Penuhkan hati dengan iman.

Sunday

More... or less...?


Expect less, prepare more. . . 

          Judge less, respect more. . .

                     Complain less, thank more. . . 

                             Regret less, smile more. . . 



Note : Moderate is the best one.I think.

Benci???

Apabila kita buat salah,orang akan ingat sampai bila-bila.
Apabila kita berbuat kebaikan orang akan lupa.
Betul kan?Tapiiiii...... 
Kalau orang buat salah,buat jahat terhadap kita,macam mana reaksi kita?
Benci?Tidak suka?Menyampah?Meluat?
Jangan mudah menilai orang berdasarkan keburukannya.
Setiap orang ada kelebihan,ada kelemahan.
Kelemahannya mungkin terletak pada keburukannya,tetapi kelebihannya mungkin terselit pada kebaikan yang tidak pernah kita lihat. . .
Allah sahaja yang mengetahui segalanya kerna kita cumalah hamba . . .


"Ketahuilah (pengetahuan) Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan." (11 : 92)





Saturday

Kesimpulannya


KASUT,,,
banyak saiz di pasaarn,
setiap orang mempunyai saiz kasut yang sepadan dengannya.
Saya dan anda,mungkin berbeza saiz kasut,
Tapi tidak mustahil,ada yang mempunyai saiz kasut dengan saya,bukan?

Hidup,,,
Kisah hidup,perjalanan hidup,warna hidup kita tidak sama,
Tetapi tidak mustahil ada yang sama,bukan?
Perangai kita,
Perangai saya dan anda mungkin berbeza,
Tetapi tidak mustahil ada yang mempunyai perangai yang sama dengan kita,bukan?
Jadi,mengapa mudahnya menilai dan menghukum manusia dengan apa yang kita nampak pada zahirnya?
ATAU mengapa mudahnya membuat kesimpulan daripada andaian kita?

Let's change.
Stop judging people based on our presumption.
Put yourself in their shoes before making your own conclusion.
Let's think positive. =)






Thursday

Warna kekurangan


People come and go.
Everyone comes with their own colours.
Everyone goes with their own shadow.
We are the same.
As Allah mentioned in Surah Al-Mu'minun : 12-13

" Man We did create from a quintessence (of clay) ; Then We placed him as (a drop of) sperm in a place of rest,firmly fixed;"

We are actually the winners since the beginning of our life.
Like what Dr. Akmal Hidayah said," Dalam berjuta-juta sperma,hanya satu,iaitu kita yang mampu tiba dan menembusi ovum"

But . . . . . . . . . . . . . . . . .
still got differences...
Why?We have different background.As a result,we are different in culture,lifestyle and thinking etc.

#Apabila nampak kekurangan kenalan mengapa begitu mudah kita menghukum mereka?
Daripada mempersendakan kenalan kita yang punya kekurangan,
Lebih baik kita dekati dia,bantu dia.
Bukan menghukum dan melarikan diri..
Ingat setiap orang itu berbeza latar belakangnya.

Perbezaan kekurangan sesama manusia itu adalah rahmat.
Lihatlah dengan mata hati#credittomegatiqbal

Maafkan kesilapan orang lain,terima kekurangan orang lain
Tiada manusia dilahirkan segalanya sempurna,samanya kita dalam berbeza.

Friday

Dia sayang


Apabila hati diuji,diri selalu mengeluh
Apabila hati diuji,diri selalu membangkang
Apabila hati diuji,diri mudah meraung
Apabila hati diuji,diri mudah menangis dan bersedih

Diri sering lupa kasih sayangNya selalu menyelimuti kesedihan,
Diri sering lupa kasih sayangNya selalu membaluti keperitan,
Diri sering alpa kasih sayangNya selalu menyembuhkan kedukaan.

Dia selalu ada,
kita sering alpa.
Dia sayangkan,rindukan kita,
Kita sering lupa.

#sebahagian kakak-kakak#

Note : Biarpun hilangya satu-satu kakak dalam hidup sejak 12tahun lalu,tetapi Dia selalu hadiahkan 'mereka'.Biarpun tidak akan pernah sama kasih sayangnya dengan seorang kakak kandung namun haruslah disyukuri kurniaan ini kerna tidak akan ada rasa kasih dan sayang antara kami tanpa Dia yang menghadirkan kasih sayang itu ke dalam hati kami.

Perpisahan itu pertemuan


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Setiap perpisahan pasti diulit kerinduan
Bukankah itu lumrah kehidupan
Tiada yang kekal di semua alam

Perpisahan itu terkadang terpaksa kita akui
Walau hadirnya terbentang luka
namun harus ditempuhi

Andai pertemuan punca perpisahan biarlah kematian yang menemukan semula
Andai kematian punca perpisahan biarlah hidup penuh bermakna


Note : 08042012; genap dua tahun perpisahan abadi itu,namun terasa bagai semalam kita bersama mengisi waktu.Damailah kamu di sana wahai adikku yang dirindui,semoga masih mampu bertemu di "negara abadi" . . .


Monday

Coretan rindu


Manisnya wajahmu mengukir senyuman masih jelas di mata
Lantangnya suaramu masih terngiang-ngiang di halwa
Senda gurau dulu masih mampu membuat ku ketawa
seolah-olah kewujudan itu masih dirasa

<26032010>
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan yang amat terasa di hati
Mungkin ini yang tertulis di tangan takdir
Hati redha menerima perpisahan ini

Terlalu indah kisah kita bersama
Walau hanya babak seketika
Episod cerita payah untuk diluahkan
Biar 1000 coretan hinggap di minda

Perpisahan yang tidak diduga telah terjadi
Dirimu pergi biar doa kami yang mengiringi


#26032010#

Note : semoga Allah merahmati rohmu,Amir.Perpisahan itu realiti.kebersamaan itu selalu diimpi,biar hanya bertemu dalam mimpi,melihat wajahmu pengubat rindu di hati.

Friday

Kosong.

Setiap hari perkataan 'kosong' muncul dalam hidup.
Milo KOSONG panas,
Tin KOSONG,
Cakap KOSONG... (dan lagu KOSONG-Najwa Latif pun,kan Kak Mira? =D)

Yang Pentingggg ..... Air kosong.
Bukankah setiap hari manusia meminum air kosong.Malah air kosong merupakan keperluan dan kepentingan dalam kehidupan manusia.Manusia boleh mati tanpa air kosong di atas!Hebat kan air kosong.Walaupun hanya air yang 'kosong' tapi ia bukan kosong bagi manusia.Bukan seperti tin kosong yang disepak di tepi jalan.Air kosong memang 'kosong' tetapi di dalammya bukan kosong.Tapi mengandungi molekul H2O->Hidrogen dan Oxigen (oh,tiba-tiba rindu pada sains! =D) Molekul-molekul dalam air ini yang memberi tenaga kepada badan manusia walaupun tiada rasa.

Hidup boleh jadi kosong?Ya,tetapi kita tidak akan pernah hidup dalam kekosongan.Kenapa?kerana Allah selalu ada bersama kita.Allah adalah teman setia yang sentiasa ada ketika susah dan senang.Akan tetapi sangat sombong manusia yang kosong,yang hanya ingat akan Dia pada waktu susah!Astaghfirullah.Kalau rasa kosong,itu hanya perasaan.Allah selalu ada!


Apabila hidup terasa kosong,sebenarnya kita bukan sedang dalam kekosongan.tetapi kita sedang menjalani proses untuk melengkapkan.Setuju?Manusia,tidak akan pernah berasa cukup dengan apa yang telah dimilki,bukan?

Kalau hati kosong?No komen.

Note : Kalau hidup di dunia terasa kosong,kita boleh dan mampu mengisi,tetapi jika hidup di akhirat kosong tanpa amal,bagaimana???

Thursday

Stop judging


Mata memandang,
telinga berdendang,
mulut sangat kencang.
Setuju?

Patutkah mulut kita bertindak sekencang atau sepantas kilat?
Jika mulut tertutup rapi tetapi hati yang bersuara!Bagaimana???
Patutkah?

Tentunya TIDAK!
Jangan!Jangan!Jangan!
Jangan terlalu mudah menuding jari atau meludah kata pada orang lain.

Kita tidak berada di tempat mereka.Hanya mereka yang mengetahui hal yang sebenar atas segala realiti.Silap haribulan,kita yang 'terkena',baru tahu langit tinggi atau rendah.
Oleh,itu berfikirlah positif terhadap orang lain =)

Mengapa mudahnya membuat kesimpulan sendiri?Yang berhak menilai hanyalah Al-Hakim,Al-'Alim.Dia Yang Maha Bijaksana,Yang Maha Mengetahui.Buatlah yang terbaik,selebihnya tinggalkan penilaian kepadaNya. =)





Every person you meet has something special to give you—that is, if you are open to receiving it.

Jaga


Positif campur negatif,tetap negatif.
Wangi campur busuk???
-busuk tetap dominon.
Putih campur hitam???
-Hitam tetap mencemari putih.
Jadi???


Jadi jangan tanamkan sifat-sifat mazmumah dalam hati kerana ia akan menelan benih-benih mahmudah.
Jumaat ini terlalu indah untuk dicemari oleh sifat hasad,nersangka buruk,marah,emosi yang tidak tentu hala serta perkara-perkara mazmumah yang lain.

Nanti hati jadi gelap,hitam,kotor macam ni.Tak cantik kan?Katakan . . .

Taknak.taknak.taknak.
Andai ada yang tidak tenteram,bersujudlah.
Andai ada yang masih bermuram,senyumlah.
Andai ada yang masih berdendam,maafkanlah.
Kerana... Kita cuma musafir dunia yang pada bila-bila masa boleh dipanggil kembali olehNya.

Kerana itu, JAGALAH HATI. Supaya terhindar dari sebarang penyakit.Ubatnya juga,DOa. =)
In Shaa Allah...
Suci,bersih,tenang...
macam seorang bayi.putih bersih dari sebarang dosa.Alahai,indahnya hidup dengan ketenangan.Alhamdulillah.
Astaghfirullah.Allah,Matikanlah kami dalam Islam dan sebagai muslim yang benar-benar mengamalkan cara hidup yang Engkau redhai. (^_^)


*Ini Dhia Iman Aisya.Cucu pertama Ummi dan Ayah Long!Tahniah,Kak Diana dan Abang Irwan!Oh,,,hari ni majlis cukur kepala ye.Belum cuti,tak dapat datang untuk meraikan,hanya doa dapat dikirim.Jadi anak solehah ye Iman. =) *

Friday

Pergi.


masa berlalu.
datang dan pergi membawa kenangan lalu.
Mereka yang pernah muncul dalam hidup juga datang dan pergi.
ada yang datang dan datang bertemu kembali.
ada yang pergi dan pergi tak kembali.
kenangan?
terus mekar dalam ingatan.
namun,suatu hari nanti,
akan tiba jua satu masa memori tetap pergi,
ibarat ombak menghempas pepasir pantai,
memadam semua ukiran kenangan yang sedia terukir pada pasir.
Mengapa?
Kerana kita jua akan pergi tak kembali . . .

!Life and time!
.Death and fullstop.

Thanks.


Yesterday was my birthday.
Thanks for the wishes.

But it seemed a normal day for me.
...because it reminded me more on death.
... The 'day' i will be alone...back to The Creator.

Forgive me for all my wrong doings on you.
May we won't redeem from each other in Mahsyar.
May we meet in Jannah.

"O, Allah, The All Mighty..we repent for all the sins we did. Show Your guidance and bless us fi dunnya wal aakhirah.." aamin..


#special thanks to my beloved brother,may all your dreams come true and just wanna pray the best for you fi dunnya wal aakhirah. aamin..
AND to all of you,AIKOLIANS,thank you so much for spending your time.You're the best gift that Allah sent to me as my birthday present for this year.Alhamdulillah,Thank you Allah. =)#