Pejamcelik.pejamcelik.
Dalam merentasi arus kesibukan,saya berada di bumi Terengganu,sempena CNY.
saya nak sangat ada di Terengganu waktu ni,akhirnya,alhamdulillah,sampai dengan selamat.dapat cium tangan mama dan abah.
kenapa ye saya menanti saat ini? sebab nak celebrate CNY ke?
Astaghfirullah.tak.tak.tak.
saya menanti 4 Februari.
Hari jadi?
tak.tak.tak.tak.tak.
sebab saya nak pergi menziarah.
ada orang sakit ke?
tak.tak.tak.
menziarah 'rumah' mereka.
dah lama rasanya tak menziarah mereka.rindu sangat2.betul.taktipu.
tiada siapa yang mampu menggantikan tempat mereka.
kedudukan saya di tengah2.sebelum saya,dia.selepas saya,si dia.
namun,saya sedar.apa sahaja yang saya miliki hari ini dan semalam bukan kepunyaan saya.
saya tiada hak ke atasnya
segalanya milikMU
REDHA . . . PASRAH . . .
hanya itu yang mendamaikan kepiluan hati yang kerap berhujan
4 Februari 2000,telah melempar kepahitan dalam kemanisan (yakinlah,dalam ujian-kepahitan yang ditelan akan terselit kemanisan buat hamba yang redha),
di mana pada tarikh inilah seseorang perlu belajar menerima kehilangan seorang kakak untuk selamanya selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.Innalillahiwainnailaihiroji'un.
bumi yang bentuknya sfera,berputar pada paksinya,
mengulangi tarikh yang sama,memberikan tahun yang berbeza
selepas 11tahun lamanya,
tarikh 4 Februari ini kembali,juga sekali lagi tahun 2011 menyentuh hati seorang ibu dan seorang ayah di saat menanti dan menyambut kedatangan sahabat baik arwah anaknya.
sejuk mata ibu memandang,sahabat baik arwah kini menyambung pelajaran di Darul Quran,tempat arwah anaknya meyimpan impian menyambung pengajian.Terasa bagaikan arwah yang berada di depan mata di saat saudara Dasuki berada di depan mata.wajahnya sekali pandang seiras dengan arwah.terasa rindu terubat.tetapi,ibu itu sedar,harus brpijak di bumi yang nyata. (seakan dapat ku baca maksud tersirat di sebalik wajah mama dan abah pada saat itu)
Saudara Afif,Izzuddin,Dasuki,terima kasih atas kunjungan kalian.
kedatanagn kalian dialu-alukan pada bila-bila masa.
kedatanagn kalian dialu-alukan pada bila-bila masa.
p/s : Al-Fatihah buat Nurul Nadia Izzah & Ahmad Amirul Faez.
3 comments:
Al-Fatihah,
smoga harihari mendatang akn jd lebih baik dear... :) :)
Al-Fatihah...
smoga r0hnye tenang dsane..
ameen..~
kak dila!
sayu..
k.dila kuat.redha. anis respect amat!
rinduu la hehe!
Post a Comment