Jika difikir-fikirkan,terlalu banyaaak sangat impian dalam hidup ni kan.Dalam jiwa kita sarat dan penuh dengan kehendak,angan2 dan cita2.Macam-macam imaginasi dan impian yang terhampar di dataran rasa dan cita2 kita.
Sungguh.hidup ini bukan sekadar imaginasi dan angan2.Ia adalah realiti yang padanya ada hakikat dan ketentuan.Selaku hamba kita perlu akur dan tunduk.Ketetapan daripadaNya pasti terjadi.Apa yang diimpikan tidak semua berlaku.tidak semua dapat digenggami.
Kita inginkan sesuatu namun yg lain pula ditentukan untuk kita.Itulah hukum dalam kehidupan ini yang perlu kita patuhi.Kita diberi ruang dan keizinan untuk merancang tetapi yang berkuasa mutlak memegang ketetapan takdir adalah Dia yang maha berkuasa atas segalanya.
"Jadilah!Lalu jadilah ia."( Surah Yasin : 82)
Namun bukanlah ia bermaksud kita hanya perlu duduk bersimpuh menunggu segala ketetapan dan pasrah tanpa usaha.Perlu difahami,Dialah Allah Yang Maha Bijaksana dalam mengatur segalanya.Setiap ketentuan untuk para hambaNya,tidak langsung walau secalit bermaksud kezaliman dan penganiayaan.Segalanya tersimpan dalam maksud hikmah yang terahsia maknanya.
Maha Suci Allah daripada segala kekurangan,kesilapan dan bertindak zalim terhadap hambaNya.Cuma kita yang gagal menyelami maksud ketentuanNya.mata hati kita yang gagal menangkap yang tersirat dari kehendak takdirNya.Dengan itu kita jadi gelisah apabila apa yang kita impikan tidak diperolehi dalam hidup ini.Malah mungkin kita berasa kesal dan marah terhadap takdir dan ketentuan yang datang daripadaNya.
Ingatlah ada perkara yg kita sangka baik,rupanya buruk bagi kita,Ada perkara yag kita sangka buruk rupanya baik bagi kita.Hukum aturanNy a telah menetapkan sebegitu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2 : 216)
Maka pandanglah pada dimensi yang pelbagai.
Lihatlah yang tersirat dari yang tersurat.
Fahamilah akan setiap hakikat dari setiap ketentuan.
bangunlah selaku insan yang berjiwa besar.
tataplah warna2 dalam kehidupan ini dengan riang dan gembiranya.
Tatanglah limpahan rahmat yg dikecapi brsama jiwa yg damai dan bahagia.
Lemaskan hati dalam lautan kesyukuran yang tidak bersempadan.
Bersimpuhlah di gerbang takdirNya selaku hamba yang tunduk,akur,pasrah dan menyerah.
Sesungguhnya dalam hidup ini kalau tak dapat apa yang kita suka,sukalah apa yang kita dapat.Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripadaNya Yang Maha Penyayang,.
1 comment:
likex3...
^_^
Post a Comment