Tuesday

kata-kata


Sejak akhir-akhir ini saya terbaca banyak post di blog-blog,tidak kurang juga notes di facebook.Ternyata kini ramai yang suka meluahkan pendapat mereka juga meluahkan perasaan mereka terhadap sesuatu hal di laman sosial.Senang cakap,kritik.Saya kira ianya bagus dapat bertukar-tukar buah fikiran antara satu sama lain tetapi malangnya,yang tidak sedap didengar mahupun dibaca adalah bahasa-bahasa,kata-kata serta istilah-istilah yang digunakan agak kasar dan kadang-kadang agak kesat untuk didengari.(maaf,saya tidak memberi contoh untuk words itu kerana saya tidak mahu mencemari ruangan blog saya dengan kata-kata seperti itu dan saya rasa anda pun sudah tahu perkataan itu.)

Baru pagi tadi saya tertonton satu video,seseorang mengkritik seseorang yang lain.Sejujurnya saya terkejut,apakah yang dipakai di atas kepalanya itu sekadar simbol.Tidak perlulah saya nyatakan siapa orang itu.
Astaghfirullah.Astaghfirullah.Astaghfirullah.

Ya.Kita rakyat Malaysia.1Malaysia.Kita punyai hak.Hak kebebasan untuk bersuara.Membantah apa sahaja yang kita rasakan tidak serasi dengan diri kita,tidak sependapat dengan pendapat kita,tidak sehaluan dengan kita.Tetapi kalau ye pun nak kritik,gunakanlah perkataan,words atau istilah yang sopan.Kita kan orang melayu,bukan setakat melayu,tapi Islam.Jangan jadikan perkataan ISLAM yang tertera pada kad pengenalan hanya sebagai nama.

Kata-kata seorang sahabat di laman sosial,
"Dunia akhir zaman : sesungguhnya daging para ulama' itu beracun.Allah akan membalas kepada sesiapa yang menyakitkannya sebelum dirasakan lagi baginya azab di akhirat."

Firman Allah Taala : katakanlah adakah sama orang-orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui?sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pengajaran.
Syukurilah nikmat-nikmatNya pada diri berupa rasa cinta kepada orang-orang baik dan perbuatan-perbuatan baik.tatkala kita bersyukur ia akan menambah kenikmatan pada diri kita dari segi zahir mahupun batin.berprasangka baiklah terhadap hamba-hamba Allah sebab rahsia-rahsiaNya sentiasa terpendam dalam diri mereka.sudut-sudut bumi tidak akan pernah kosong dari hamba-hamba pilihan yang menanggung rahsia itu.
seperti sepotong syair,andai bukan kerana mereka di tengah-tengah manusia,nescaya bumi dan gunung-gunung akan luluh berkecai oleh terpaan dosa-dosa.

Kita boleh menegur sesiapa sahaja,bahkan menjadi tanggungjawab kita sebagai orang islam menegur saudara kita sekiranya melakukan kesalahan atau yang tersilap langkah atau lari dari landasan syariat,lebih-lebih lagi hal yang berkaitan agama.

Tapi cara,kaedah,method yang digunakan perlu betul.Bukan sekadar tegur,tegur dan tegur habis-habisan dengan menggunakan perkataan yang kurang sopan.Islam mengajar kita untuk menegur secara berhemah.Jadi,gunakanlah words yang sopan.Bukan sahaja tidak menyinggung perasaan orang lain bahkan teguran itu lebih mudah diterima.Cuma mungkin kadang-kadang teguran yang lebih 'advance' diperlukan.Yang tu tengok keadaan la pulak ye.Don't get me wrong ok. ;-)

Lihatlah,,,sekiranya terus menegur dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat,ia lebih memudaratkan keadaan dan terus berlanjutan sehingga saling mengata sesama sendiri.Bimbang tindakan sebegitu hanya mengaibkan diri sendiri.
Konklusinya,tegurlah dengan berhemah dan berdedikasi!

p/s : Saya memohaon maaf sekiranya selama ini saya ada terkasar bahasa atau telah menyinggung perasaan anda.

Wallahu'alam.

1 comment:

Anonymous said...

post yg brmanafaat..

mehnah akhir zaman..mmang kita akui, khilaf yg brlaku ddalam msyarakat umat Islam hari ini hampir2 x dapat dihalang..brbezany pndapat, brbezany waktu & masa, u'ruf, tahap pncapaian ulama' utk mntrjemhkn ilmu ke dlm realiti msyarakat, brbezany usia & sbgainy sudah cukup utk mnjadi hujah ke ats brlakuny khilaf trsebut..xprlulh kita trlampau jumud, taksub @ sempit dada dlm prmasalhn ini..iany baik bahkn trlampau baik andai dihadapi dgn disiplin khilaf yg tinggi..

brpeganglh dgn firman Allah Ta'la yg brmaksud: "yg brusaha mndengar prkataan2 yg sampai kpdny lalu mrka mmilih & mnurut akn yg sbaik2ny (pd segi hukum agma), mreka itulh org2 yg dberi hidayat ptunjuk olh Allah & mreka itulh org2 yg brakal smpurna.."

kita pejuang, bkn pmberontak..kita pndakwah, bkn pghukum..hulurkn tangan mmbimbing, biarpn lidah tegas mnegur & mnntang kzalimn!

*kadang2 sedih mlihat org yg suka mnghukum org laen dgn ssuatu prkara & brcakap seolah2 mreka mmpunyai ilmu dgn mnafsirkn seeorg dgn sbegini & sbegini dgn ilmu kasyafny, sdangkn smakin byk mreka brcakap, smakin mnonjolkn kejahiln mreka..brhujahlh kita dgn disiplin ilmu yg tinggi & brhemah..

*muhasabah utk diri sndir slaku org yg mnaip & org yg prtama mmbaca komen ini..

...والله أعلم...
- khadim ilmi -