Rasa macam dah lama tak meng'update' blog.kenapa ye?haha.sebabnya,jeng.jeng.jeng. *wink* semestinya sibuk dengan sambutan aidiladha(baru-baru ni),aktiviti masak-memasak,kenduri kahwin yang memang banyak jemputan saya dan famili terima,dan sekembalinya ke kolej yang tercinta ini,saya mempunyai test.sekarang baru punyai waktu terluang.tetapi ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada sesiapa dengan tidak mengupdate blog ini.
Alhamdulillah,sedar ataupun tidak,blog ini saya miliki dengan izinNya.tiba-tiba teringat kata-kata seorang kenalan bertanya,"xde orang baca ke blog ni?"untuk pengetahuannya,saya tidak pernah memberitahu kepada umum tentang kewujudan blog ini.hanya mereka yang terdekat sahaja yang mengetahuinya.sesiapa yang tahu url blog ini tanpa diberikan oleh saya hanyalah suatu kebetulan untuk 'terjumpa'.Sekalipun tiada pembaca langsung untuk blog ini,kenapa saya perlu memikirkannya?atau mencari publisiti atau mempromosikannya?saya lakukannya atas kehendak saya.pengisian di dalam blog ini juga merupakan peringatan untuk diri saya.
Saya miliki blog ini bukan untuk mencari pembaca yang ramai malah saya tidak pernah ambil pusing berapa banyak pembaca blog ini kerana apa yang saya lakukan ini perkongsian saya bersama mereka yang menyedari kewujudan blog ini,yang sudi menyokong saya.juga yang penting,pengisian di dalam blog ini merupakan peringatan untuk diri sendiri.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong saya selama ini dalam keadaan susah dan senang.semoga ukhuwah kita diberkatiNya.Ukhuwah fillah abadan abada.
Penitian hidup ini hanyalah untuk mencari keredhaanNya.
saya tidak kisah dibenci manusia di muka bumi ini,tetapi saya bimbang dan takut jika dibenci oleh Allah.saya tidak kisah jika tidak mendapat kasih sayang makhluk(selain keluarga sendiri) di muka bumi ini,tetapi takut tidak mendapat kasih dan sayang dariNya.saya tidak kisah jika tidak mendapat perhatian masyarakat bumi tetapi bimbang tidak mendapat perhatian dariNya lalu dibiarkan hanyut oleh arus dunia.cukuplah Allah menjadi Pemerhati setiap tindak tanduk saya.
Biarkan saja apapun tanggapan mereka di alam fana ini terhadap kita,yang penting kita tahu apa yang kita lakukan,tujuan tindakan kita.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan (^_^)
Usah berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan & perfume kita adalah kapur barus.Usah berbangga dan bongkak dengan BMW x3,5,6 & Mercedes atau semahal mana pun kerana kenderaan terakhir kita adalah keranda yang akan diusung.Usah berbangga denga banglo atau condo mewah kerana tempat beristirehat kita yang terakhir adalah kubur.usah berbangga dengan kehenseman atau kecantikan kerana akhirnya hanya menjadi santapan si cacing dan serangga.
Kami hanya mengejar cintaMu ya Allah.Bimbinglah kami disetiap langkah kami.Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment