Friday

Complicated lah!


Petang Jumaat yang cerah.Tidak begitu panas,tidak begitu sejuk.Saya dan roommate di tempat masing-masing dengan melayan notebook masing-masing.Tiba-tiba knock!knock!Pintu bilik kami diketuk.Kami sama-sama malas nak bangun.Lantas roommmate saya melontarkan suaranya yang merdu,Masuk!Seorang sister yang cantik bergaya tercegat di depan pintu bilik kami.Dalam hati saya berkata,ini bukan student uia ni. (Hehe.pandai2 je saya.tapi tekaan saya betul ;p )

Sister tu berkomunikasi dengan roommate saya.
Sister : Adik,akak nak tanya,adik lahir bulan January or February ke?
Roommate : Tak.Bulan 12
Sister : Ada tak sape2 yang lahir bulan Jan or Feb?

Roommate memandang saya yang mataku ini terkelip-kelip tanpa suara.
Roommate : Kak dilah lahir bulan 1 @ 2?
Saya : Ha'ah.Bulan Februari.Kenapa?
Sister : Haaa..adik,datang la sini.Ade gift nak bagi ni. (Sambil tangannya mencari sesuatu di dalam handbagnya..)

Saya tercengang.Tidak faham.

Saya: Hah?hadiah pe?
Sister : Ha..ni dari keep slim.Free je.
Saya bermonolog dalaman : lor,ingatkan apa lah tadi.
Sister : Kali ni keep slim menawarkan promosi untuk yang berumur 18-20(kalau xsilap),satu pakej,facial treatment,shoulder massage,slimming body.Free je.Cuma perlu bayar untuk booking tempat je.RM29.90.
Saya : Lar,tadi cakap free.tapi ada bayaran pulak. (mana ada barang free dalam dunia sekarang ni kan. ;p )
Sister : Ye la,bayar untuk booking tempat je.kalau harga biasa ni lebih dari 2000 tau dik.Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni.

Saya pun buat-buat la banyak tanya.Yela,kesian kat akak tu datang jauh-jauh,naik tangga ZC untuk sampai ke bilik saya ni.Apkata saya layan dia. ;)

Saya : Facial ni ok ke?
Sister : Facial ni kitorang tak guna bahan chemical.Produk kami selamat untuk digunakan.
Saya : Nanti kalau ada side effect macam mane?
Sister : Eh,takde la dik.Sebelum mulakan treatment,kitorang akan check dulu kulit adik macam mana,kulit kering ke,berminyak ke.then kitorang ada la product yang sesuai mengikut kulit.

Saya : Massage ni macam mane pulak?
Sister : Massage ni kitorang akan urut dari kepala sampai ke bahu.Yela,korang penat study kan.Best ni. (sambil mengukirkan senyuman kepada saya)
Saya : Sape yang urut?Lelaki ke perempuan?
Sister : Ish,adik ni,mestilah perempuan.Takkan laki pulak nak urut.Apala adik ni.
Saya : Hehe.Tanya je.mane tahu kan.Yang slimming ni pulak macam mana?
Sister : Yang ni,kitorang akan buang lemak pada bahagian yang korang nak la,menggunakan infrared.Dan juga membuang selulit yang ada pada badan korang.Ha,orang kurus pun mesti ada jugak kan.
Saya : hahahahahahahahaha
Sister : Ha,tulis la dik,kat sini.
Saya : Eh,nanti dulu.Saya kene tanya orang lain dulu.Tanya abang dulu ke.(Kalau anda faham situasi ini,saya sedang mengelak.hahaa)

Sister : Alar,awak ni complicated lah!Kawan-kawan awak yang dah isi borang ni takde pun yang nak kene tanya kakak diorang,kawan-kawan diorang.
Saya : Alar,nanti kalau saya tak jadi nak pergi,melayang la duit saya.
Sister : Alar,awak boleh bagi kat kawan-kawan yang nak.
Saya : Tu pun kalau diorang nak.kalau diorang taknak macam mane.
Sister : Habis tu adik nak ke taknak?Promosi ni ada kat kami je tau.Takde kat luar.
Saya : Takpelah dulu.Lainkali jela saya cuba. smile

Maka,pulang lah kakak tadi dengan hampa.Kesian dia penat jawab soalan saya.
Kesimpulannya di sini,para penjual or promoter,kalau jumpa saya,bersedia ya. ;p


Berhias-hias itu adalah harus sebab naluri manusia suka akan kecantikan.Buat facial,massage,tidak dikira sebagai tabarruj kerana kedua-duanya berkait dengan kesihatan

Akan tetapi ianya boleh menjadi sunat dan haram.
Ia akan menjadi sunat sekiranya lakukannya dengan niat untuk menambat hati suami. (which doesn't happen in my case.someone remind me ;p)
Dalam case awak, (someone itu mengingatkan lagi saya) ,ia boleh menjadi haram apabila . . . . .
jeng.jeng.jeng.

1. Lelaki yang buat facial dan massage tu.
2. Non-muslim yang buatkannya untuk awak sebab awak kene buka aurat.
Means,orang bujang tak boleh buat?
Dia menambah : Boleh,sape cakap tak boleh?Cuma niat kene betul.that's what i mean.
Ouh.I see.You see?hehe.

Nak berhias boleh,tapi jangan mengubah ciptaan Allah.Haram hukumnya!
Conclusion?You can see yourself right? *wink* Then,what's your comment? ;-)

Saya,saya,saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang,iaitu pinjaman dari Allah sepanjang saya bernafas sehingga kini.Apa yang saya miliki hari ini adalah kepunyaan Allah.Kalau suatu hari nanti suami saya suruh saya pergi buat facial or slimming body,saya buatlah.Dah tu,suami suruh.Berhias untuk suami jugak kan.Niat dah betul tu. ;)

Note : Apa yang penting saya tidak inginkan suami saya nanti mencintai saya kerana kecantikan yang Allah pinjamkan pada saya.(walaupun saya tak secantik macam tuan puteri.)


Q : calon suami saya??? sampai masa dan waktu nanti kita tahulah.!!! *wink* *wink* *wink* ;p

1 comment:

Anonymous said...

cmne dyorg bleh masuk mhallah..aishhh.nasek baek xdek kt blik..lau x masak dyorg kne soal siasat ngan lfah...