Friday

Sup Cendawan


Ops.Bukan saya nak ajak memasak hari ni.Tiba-tiba fikiran ter'rewind' gelagat seorang kanak-kanak sebentar tadi.Si kecil ini menjengah ke dapur,lalu ternampak sebungkus cendawan (bukan cendawan beracun ye,tapi yang boleh dimakan).
"Eh,cendawan!Nak sup cendawan!Nak sup cendawan!Nak sup cendawan!".
Eh,eh.Excited betul budak ni nampak cendawan.memang nak buat sup pun.okay,saya bermonolog dalaman.
Bagus2.Kecil-kecil dah mengenal sayur.sayang adik. *wink*
Bila dapat makan sup cendawan,bukan main happy lagi.Banyak pulak selera makan dia.Baguslah,lagipun,sup cendawan memang banyak khasiatnya.Yup,memang menu hari ni sup cendawan dan ikan bakar.Hmm,,,nyumm,nyumm,nyumm.lazat.best.makan ramai-ramai bersama family pada hari jumaat yang penuh dengan keistimewaannya.

Ha..baguslah dari kecil pandai makan sayur.Tiba-tiba.Fikiran melayang lagi.Masa kecil dulu seorang budak ni pun makan sayur tetapi semasa enam tahun,di sekolah tadika,dalam hidangannya si budak ni termakan sayur hijau yang amat pahit rasanya.Apa reaksi dia?Apalagi,keluarkan balik la sayur tu daripada mulutnya.haishh..Sejak peristiwa tu si budak tu langsung tak makan sayur.Seriklah katakan.Sehinggalah dia belasan tahun,baru kembali belajar makan sayur.haha.kelakar.

Dari kecil kita makan macam-macam makanan,macam-macam rasa.Masam,manis,masin,pahit,tawar. Macam tu jugalah rencah kehidupan.Perjalanan hidup yang kita tempuhi dan bakal rentasi,tidak semua manis.Kadang-kadang kita akan rasa pahit,masam dan masin kerana hidup ini tidak akan sunyi dari dugaan dan ujian.Allah itu Maha Besar dan Maha Bijaksana.Dialah yang berhak ke atas kita.Dia tidak akan menguji hambaNya melainkan Dia Maha Mengetahui hambaNya itu mampu.Dari Allah kita datang,kepada Allah jua kita kembali.Buatlah yang Allah suruh,tinggalkan apa yang dilarangNya dan berpeganglah kepada al-Quran dan sunnah.InsyaAllah selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hidup ni jangan cepat putus asa,jangan cepat serik selagi perkara itu membawa kebaikan.Perjalanan hidup memberikan kita pengalaman,dan pengalaman itu akan mengajar kita erti sebuah kehidupan.Pesan guru tingkatan 3,Cikgu Hasnani Ismail,pengalaman adalah guru.Belajar dari kesilapan adalah guru terbaik. ;-) (tapi janganlah sengaja buat silap ye.)

Duhai hati,bersabarlah jika kamu diuji.Tabahlah,terimalah sesuatu ujian itu dengan hati yang redha.InsyaAllah akan beroleh kemenangan.
Hidup adalah tarbiyah.
Wallahu'alam.


Q : sayakah budak itu?

1 comment:

Anonymous said...

nak sup cendawan!nak sup cendawan! :p