Dapat tak dapat.Tak dapat dapat.Tak dapat,tak dapat.(anda faham? ;p )
Bagi memudahkan pemahaman,renungi contoh ni.Seorang pemuda sedang jogging,tiba-tiba lalu di hadapan sebuah rumah yang besar.Ketika itu seorang perempuan sedang menyiram pokok bunga.Selepas bersembang dengan makcik tersebut,barulah pemuda itu tahu makcik itu merupakan orang gaji di rumah besar itu.Kesimpulannya,orang gaji itu tidak memiliki rumah banglo besar itu tetapi pekerjaannya sebagai orang gaji membolehkan dia merasai nikmat hidup di dalam rumah itu.(sekarang anda faham? )
Kita sebenarnya selalu dan lebih banyak mendapat daripada memberi.Kita dapat ijazah,kita dapat kerja,kita dapat gaji,kita dapat makan makanan yang lazat-lazat dan macam-macam lagi yang kita dapat dengan cara tersendiri.Kita jarang memberi.Masa saya belajar Bahasa Arab Komunikasi kat sekolah dulu,salah satu pepatah arab yang terdapat dalam silibus subjek tersebut adalah, "tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah".
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sedekah yang paling utama atau sedekah yang paling baik adalah sedekah dari harta yang cukup.Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.Mulailah dari orang yang engkau tanggung(nafkahnya)".
Apa yang kita beri,akan mendapat balasannya.Tidak di dunia,di akhirat nanti.Tak ramai yang sanggup berkorban atau bersusah demi orang lain juga membuat kebajikan terhadap orang lain.aada yang sanggup berbuat demikian tetapi terus mengharapkan balasan pada ketika itu,tak kurang juga yang mengungkit kebajikan yang telah dibuat.Jika kita berbuat kebaikan,sudah tentu akan dibalas dengan kebaikan juga yang penting akan mendapat pahala.Pahala tu suatu yang subjektif.Kita tak nampak.Perkara yang tak nampak nilah orang susah nak buat.Kalau pahala tu ibarat duit,setiap kali dapat pahala duit secara automatik masuk ke dalam poket,pasti ramai yang berlumba-lumba membuat kebaikan.Diibaratkan,,sebelum solat poket kosong,tiba-tiba selepas solat,poket dipenuhi pahala,pasti ramai yang berlumba-lumba untuk solat.
Dalam konteks memberi,ia lebih kepada bersedekah.Tapi itulah,kita jarang memberi.nak bagi duit,berkira takut habis.Nak kongsi ilmu,takut orang lain lebih pandai walhal ilmu yang kita ada sekarang tiada tandingannya ilmu Allah.Belajarlah setinggi manapun,ilmu manusia ibarat setitis air laut di hujung jari.
Bersedekahlah sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah.Kan tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah??? *wink* Dalam bersedekah,ikhlas tu perlu ada.Jangan pula bersedekah supaya diri disayangi dan dihormati atau disanjung-sanjung.MasyaAllah,betapa hina perbuatan sebegitu rupa.
Perlu kita sedari,tak semua manusia di alam fana ini hidup dengan mewah.Ramai lagi yang hidup susah dan yang kurang bernasib baik.Betapa gembiranya hati mereka jika ada yang sudi menghulurkan bantuan.
Tadi berkesempatan menghadiri rumah terbuka bagi meraikan orang miskin,anak-anak yatim,warga emas dan ibu tunggal.Sedang saya dan family asyik menjamu selera dengan juadah yang beraneka,tiba masa ahli jawatankuasa mengagihkan bantuan kepada yang berkenaan.Menyaksikan keadaan penerima ketika itu,hati tersentuh melihat kegembiraan yang jelas terpancar di wajah masing-masing,lebih-lebih lagi mereka yang kurang upaya.Kita yang dipinjamkan anggota yang sempurna,apa yang telah kita lakukan?Adakah kita telah menggunakan anggota tersebut ke jalan yang diredhai Allah atau lebih banyak melakukan maksiat? Tepuk dada,tanya iman. *wink*
p/s : sekadar berkongsi sebahagian kulliyyah subuh di surau berdekatan dengan rumah bersama pakcik sendiri,Ustaz Mohd Zawawi Yusoh pada hari terakhir bulan Ramadhan yang lalu. :)
4 comments:
:) apabila kita Memberi...,,kit juga akan dapat balasannya...
~
perkongsian yg bernilai =)
thanks sophieyla.... :))
Anonymous : btul3 ;)
Post a Comment