Gembira,sedih,marah,geram,cemburu,cinta,rindu,simpati,belas kasihan,takut.
Mereka berbeza.bercampu-campur jenisnya.
Tapi mereka boleh tinggal serumah.
Rumah yang kosong.
Mereka menjadi perabot yang mengisi kekosongan rumah tersebut.
Rumah itu menjadi lebih indah ditemani hiasan kerlipan taqwa dan iman.
Segumpal darah dinamai hati.
(haishh.apa saya merepek ni.)
hati yang bertakhta dalam diri manusia menjadi raja.adilnya raja,damailah rakyat jelata.raja menjadi ketua pemerintahan juga menjadi rujukan utama.begitu juga hati.hati yang tidak digunakan boleh berkarat seperti besi.hati organ yang paling penting.secara scientific,hilangnya fungsi hati,ajal menjemput.apa akan jadi jika manusia hidup tanpa hati?
Rasulullah bersabda yang bermaksud, " sesungguhnya hati boleh berkarat seperti besi yang berkarat". Ada yang bertanya cara menghilanhkannya.Jawab baginda,"dengan bacaan al-Quran."
Kebaikan dan kejahatan orang terhadap kita kadang-kadang bersarang di hati.Bila buat salah,ucapan yang menjadi kebiasaan,"minta maaf".Giving forgiveness is not easy. (pernah dengar ayat ni?)Everyone make mistake.Okay,me too.I make mistake.I can't deny it.But . . .
Apa kata kurangkan beban hati juga diri dengan mudah memaafkan."alar,it is easier to talk than to do it la.Cuba la kena sekali,baru tahu pahit masamnya." Ouh,sudah hilang manisnya apabila hati disakiti.Kan dah cakap hati adalah raja.Kalau hati sakit macam mana nak berbaik dengan orang yang kita lukai hatinya.Tengok muka kita pun dia taknak. (kesimpulannya,jaga hati orang lain supaya mereka tak tersinggung)
Jadikanlah hati ini seperti cermin.Lihatlah cermin.Apa yang dipantulkan cahaya kepadanya,itulah yang kita nampak.Sekali orang pandang cermin,sekali itulah wajah muncul.Kalau tiada orang melihatnya,tiada wajah yang kelihatan.Jangan disimpan perasaan negatif dalam hati.Jika dipendam,bisa menjadi barah.Bersihkan hati dari virus.(tiba-tiba teringat buku cerita masa darjah 2 dulu,"hati mesti baik".kenapa ingat buku ni?jawapannya,biarlah rahsia. ;p)
Anyway,saya tahu sesetengah orang susah nak maafkan orang lain.Tapi kita boleh praktiskannya supaay mudah ;-)
By the way,di sini saya pun nak minta maaf kepada semua yang berkecil hati,terasa and tersinggung dengan saya dan segala yang sewaktu dengannya.
Rambut sama hitam,hati lain-lain.
Apa-apa pun,
bersihnya hati,eloklah akhlak seseorang.
kotornya hati,negatiflah perlakuan seseorang.
Ada yang berkata,
"Dengar kata hati kecil kerana di situ terletak permata setiap individu."
p/s : anda percaya kata-kata hati kecil anda? *wink*
Post yang agak merepek.sorry.
No comments:
Post a Comment