Friday

Makin dekat,makin jauh?


The permanent things are changes.


Kata-kata itu yang pernah singgah di telinga ini oleh Mdm Siti Humaiyah.Ya,betul.Perubahan akan selalu terjadi.Zaman akan berubah dari semasa ke semasa.Begitu juga manusia.Manusia akan sentiasa berubah sama ada ke arah kebaikan atau keburukan.Jika berubah ke arah negatif,amatlah merugikan.Nauzubillah.Semoga Allah memelihara kita dari kejahatan dan keburukan.

Banyak yang mempengaruhi sesuatu perubahan.Manusia boleh berubah dari pelbagai aspek.Jika dilihat pada hari ini,gaya hidup benyak memberi faktor kepada perubahan manusia.Manusia berubah untuk menyesuaikan diri dengan peredaran zaman dan seisinya.Kini kita lebih mementingkan keperluan dan kehendak fizikal semata-mata.Kita belajar,bekerja,berbuat baik kerana kepentingan peribadi.Sehingga kita lupa spiritual kita juga perlu disuap,bukan hanya perut dan minda sahaja yang memerlukan makanan.Solat yang menjadi kewajipan seorang muslim hanya menjadi suatu pergerakan fizikal dengan hati yang dibiarkan mengembara entah ke mana.Natijahnya,ibadah hanya kekal sebagai ritual.


Waktu untuk melihat manusia merayu,merintih memohon keampunan daripada Allah pada waktu malam seolah-olah telah luput dan pupus.Manusia membiarkan malam-malam dihabiskan dengan hiburan,tidur yang lena dan mimpi yang indah.Bukan lagi tidur yang awal untuk berqiamullail dan menunaikan solat subuh berjemaah untuk meraih cinta Allah.Malah,malam-malam dibiarkan dengan keriuhan kedai makan,membanjiri jalan-jalan raya,sehingga mula untuk melelapkan mata pada waktu yang sepatutnya bangun bertahajjud serta membiarkan waktu subuh berlalu begitu sahaja.Berapa ramai yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat yang indah itu?Kitakah itu?

Hati kita kering dan miskin daripada cinta.Cinta kepadaNya.Ya.kepadaNya.Apakah semakin dekat kiamat,semakin jauh manusia daripada Allah?Nauzubillah.Semoga Allah kurniakan kita cinta kepadaNya.


Jangan menantikan senja baru nak terdetik pulang ke pengkalan kerana bimbang gusar dikelilingi kekecewaan apabila nafas terhenti di tengah lautan.


No comments: