Perhatikan.Segala yang ada di sekeliling kita,semuanya milik Allah.Mungkin kita menyedari hakikat itu.Namun,kita (saya) lupa atau kadang-kadang tersasar,sebenarnya ada perkara lain yang kita terlepas pandang ianya milik Dia Yang Satu kerana "terlalu" cinta..
Makhluk yang terikat dengan kita atas nama ibu,bapa,adik,abang,kakak,saudara,sahabat,suami mahupun isteri atau apa sahaja adalah milik Allah dan akan musnah jua akhirnya.Apabila berjauhan,perasaan rindu,gelisah,sayu bertamu di hati.Kadang-kadang terpisah dek jarak atas sebab komitmen tertentu.Sedarkah kita bahawa perpisahan itu sebenarnya merupakan cara Allah "mencantas" kebergantungan kita dengan mereka.Saat itu pasti tiba,kerana mati boleh terjadi pada bila-bila masa.Bayangkan jika kita tidak bersedia menghadapinya.Tentu terlalu pedih dan sakit rasanya.Justeru,anggap sahaja perpisahan sementara itu satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti.Hanya dengan bergantung kepada Allah sahaja yang menjadikan hubungan tanpa istilah janda,duda, dan yatim.Kerana "terlalu" cinta,hati benci merasai kehilangan bahkan fikiran pun dikunci daripada memikirkannya.
Ya Allah,benci betul kita rupanya pada realiti.Angkuh betul kita dengan pinjaman Allah.Seolah-olah ibu,bapa,adik,abang,kakak dan lain-lain benar-benar kepunyaan kita.Tidak sanggup kita "pulangkan" kembali apabila tarikh memulangkannya sudah tiba.Ya Allah,sebenarnya didikan itu sangat mahal harganya...
"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan."
(al-Baqarah : 156)
Orang yang diuji mudah melakukan perubahan.Tidak boleh sesekali digugat oleh kekesalan dan penyesalan.Nanti akan timbullah "kalau", "jika". Kata Ustaz Muhadir kata-kata seperti itu adalah kawan makhluk yang bernama syaitan.Katakan saja,ini realiti,ini takdir yang ditentukan sejak azali.
InshaAllah bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah.
Ya Allah,aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami.Mudah-mudahan keluh-kesah,resah gelisah kami menerima ketentuanMu ini,Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hambaMu yang berdosa.semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dala menempuh ujianMu ini dinilai sebagai langkah menujuMu di jalan mujahadah.Semoga ujian yang dilalui ini menjadi tebusan bagi dosa-dosa kami yang lalu,kini dan akan datang.Allahumma ameen . . .
"Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
(al-Baqarah : 186)
No comments:
Post a Comment