Saturday

Puding + aiskrim


Hari Jumaat adalah hari hujung minggu bagi negeri Terenganu dan hari yang amat dinanti-nantikan oleh saya.Kenapa ye?entah.Terasa hari Jumaat itu terasa sangat istimewa.Hari hujung minggu yang amat bernilai untuk diisi bersama keluarga.Hari untuk kelurga dan hari Jumaat itu mempunyai keberkatannya sendiri.

Alhamdulillah,masih diberikan kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini dan diberi kudrat untuk melangkah bersama-sama seisi keluarga untuk menziarahi pusara ahli keluarga yang telah pergi menyahut seruan Ilahi.Sebak itu usah dikira,siapa yang tidak sedih kehilangan insan yang disayangi.Hanya redha yang harus ditanam di dalam hati sekaligus menenangkan hati yang hiba.Giliran kita pula akan meyusul tiba bila sampai waktunya.Oleh itu,perlu persiapkan diri setiap masa.Ingatan untuk diri sendiri.

Sejurus selesai menziarahi pusara,kami singgah ke sebuah kedai untuk bersarapan(jarang makan kat kedai,lebih gemar makan masakan air tangan sendiri,kadang-kadang tukar selera tu boleh terima la),masa dimanfaatkan untuk bersama famili dan menuju ke pasar menemani mama untuk membeli bahan masakan.Tiba di rumah semua ahli keluarga bekerjasama mengemas rumah dengan tugas masing-masing.Saya suka saat itu,saling bekerjasama.Kalau anda tak suka,terpulang.

Selesai semua kerja,yang lelaki pergi solat Jumaat.Yang perempuan apalagi,masuk dapur la.takkan nak tidur pulak.Point kat sini,bekerjasama itu penting dalam memupuk semangat berpasukan,menanam rasa tanggungjawab bersama dan paling penting mengeratkan silaturrahim.Kita semua diciptakan dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing.Yang lebih menampung yang kurang dan yang kurang dibantu oleh yang lebih.Kita saling memerlukan.Nobody can live alone.

Aktiviti terakhir pada hari Jumaat kali ini adalah tahlil untuk arwah.
Antara yang sempat di snap gambar ayam ni je.







Hidangan nasi ayam untuk jemaah surau ar-Rahmah pada malam tersebut sempena tahlil...

DAN . . . . .





Sebahagian Puding yang sempat disiapkan.



Cuba bayangkan puding yang dicampurkan dengan aiskrim memang best!!! hurm,puding itu melazatkan,aiskrim itu menyelerakan.Menambahkan selera!Puding dan aiskrim saling bekerjasama untuk menarik selera orang untuk makan.Pencuci mulut ini namanya puding aiskrim... (saya tak makan nasi pun takpe,puding ni pun saya boleh habiskan! )

Seharian bekerjasama,memang cukup indah,cantik. (kalau faham isi tersiratnya la.) Macam puding aiskrim tu. (Lain kali saya sertakan resepinya sekali.*kalau berminat la*)

Lihatlah kelemahanmu itu sebagai satu rahmat daripada Allah kerana kelemahan itulah kamu merintih dan memohon kepadaNya,menyebabkan hatimu sentiasa bertaut kepada Allah...kerana kelemahan itulah yang menghakis segala kesombongan dan menyedarkan dirimu bahawa dirimu itu cumalah HAMBA . . . . .

Friday

Makin dekat,makin jauh?


The permanent things are changes.


Kata-kata itu yang pernah singgah di telinga ini oleh Mdm Siti Humaiyah.Ya,betul.Perubahan akan selalu terjadi.Zaman akan berubah dari semasa ke semasa.Begitu juga manusia.Manusia akan sentiasa berubah sama ada ke arah kebaikan atau keburukan.Jika berubah ke arah negatif,amatlah merugikan.Nauzubillah.Semoga Allah memelihara kita dari kejahatan dan keburukan.

Banyak yang mempengaruhi sesuatu perubahan.Manusia boleh berubah dari pelbagai aspek.Jika dilihat pada hari ini,gaya hidup benyak memberi faktor kepada perubahan manusia.Manusia berubah untuk menyesuaikan diri dengan peredaran zaman dan seisinya.Kini kita lebih mementingkan keperluan dan kehendak fizikal semata-mata.Kita belajar,bekerja,berbuat baik kerana kepentingan peribadi.Sehingga kita lupa spiritual kita juga perlu disuap,bukan hanya perut dan minda sahaja yang memerlukan makanan.Solat yang menjadi kewajipan seorang muslim hanya menjadi suatu pergerakan fizikal dengan hati yang dibiarkan mengembara entah ke mana.Natijahnya,ibadah hanya kekal sebagai ritual.


Waktu untuk melihat manusia merayu,merintih memohon keampunan daripada Allah pada waktu malam seolah-olah telah luput dan pupus.Manusia membiarkan malam-malam dihabiskan dengan hiburan,tidur yang lena dan mimpi yang indah.Bukan lagi tidur yang awal untuk berqiamullail dan menunaikan solat subuh berjemaah untuk meraih cinta Allah.Malah,malam-malam dibiarkan dengan keriuhan kedai makan,membanjiri jalan-jalan raya,sehingga mula untuk melelapkan mata pada waktu yang sepatutnya bangun bertahajjud serta membiarkan waktu subuh berlalu begitu sahaja.Berapa ramai yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat yang indah itu?Kitakah itu?

Hati kita kering dan miskin daripada cinta.Cinta kepadaNya.Ya.kepadaNya.Apakah semakin dekat kiamat,semakin jauh manusia daripada Allah?Nauzubillah.Semoga Allah kurniakan kita cinta kepadaNya.


Jangan menantikan senja baru nak terdetik pulang ke pengkalan kerana bimbang gusar dikelilingi kekecewaan apabila nafas terhenti di tengah lautan.


Amboi,wanginya!


Tertonton satu program televisyen yang bercorak talk show.Sekarang saya agak,eh bukan agak,memang jarang sikit tengok drama-drama atau telefilem di kaca tv.Lebih bermanfaat rasanya jika waktu itu diisi dengan aktiviti yang boleh memberi manfaat.Bukan nak cakap,drama di kaca empat segi tu tidak memberi faedah langsung,tetapi kebanyakannya dipenuhi khayalan dan imaginasi yang terkadang tidak logik.Jadi,wahai penonton televisyen yang budiman,pilihlah program atau rancangan yang sesuai untuk tontonan anda. =))



Perfume,talc,fragrance,cologne.Ini yang biasa dilabelkan pada botol atau bekas yang bernama wangian.

Yang diketahui melalui program tersebut,jenis minyak wangi ni ada 3 jenis.Perfume,cologne dan satu lagi terlupa.Sorry.Tetamu undangan hari tu saudari Catriona Ross dan seorang pengasas minyak wangi,pemilik nama Munif Ahmad.Cologne adalah sejenis wangian yang mengandungi pati perfum paling sedikit kira-kira 3% dan tidak tahan lama.Kebiasaanya dipakai selepas mandi.Ya,saya milikinya.Perfume pulak sejenis wangian yang mengandungi kepekatan pati perfume paling tinggi dan sudah tentu tahan lebih lama.



Perfume yang paling popular di pasaran.Macam-macam jenama boleh didapati di pasaran.One drop perfume,Munif Hijjaz perfume,Jeniffer Lopez,Pariz hilton perfume,Armani,Red Jeans Perfume dan lain-lain.Ada yang mengatakan minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak boleh dipakai di dalam solat.Itu yang pernah menjadi isu.dan host dalam program tersebut,menyatakan,sah solat memakai wangian beralkohol,kerana alkohol bukan najis,dan alkohol yang digunakan dalam perfume hasil dari kayu kayan dan bijian.Was-was?Kalau was-was,jangan pakai terus untuk bersolat.Tak tahu?Rujuklah mereka yang lebih mngetahui.



"Bertanyalah kepada orang yang tahu(ahli) jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya' : 7)



Adalah disunnahkan 4 perkara : malu,nikah,siwak dan wangi


Para lelaki Muslim,eloklah anda berwangi-wangian pada hari Jumaat untuk mengerjakan solat Jumaat.


Untuk wanita,tidak boleh memakai perfume yang terlalu kuat baunya sehingga menarik perhatian lelaki.Jangan mengundang dosa.



Perfume ni boleh dipakai pada bila-bila masa sama ada di rumah atau di luar rumah.Di rumah pun saya pakai ok.Saya pun penggemar minyak wangi.Tapi bukanlah menjadi pengumpul minyak wangi..Bau yang tidak kuat dan segar menjadi pilihan.Minyak wangi yang saya ada?Hurm,lupa pulak dalam folder apa disimpan koleksi gambar minyak wangi yang menjadi favourite diri ini.Yang pasti ianya dari Egypt,berasaskan daripada bunga.Satu lagi pun lupa jugak.haishhh..Tapi bau dia memang best(bau best menjadikan kita jatuh cinta,takkan bau masam pulak,haish,saya pun). Antara yang lain,yang saya ada.

Haaa,,,ni dia.




Top One Perfume






Pengasasnya,Ustaz Mohd Zawawi Yusoh a.k.a bapa saudara...



Top One antara yang berdiri di atas meja solek atas pemberian pengasasnya.Kata Dato' Dr.mashitah,jangan ditolak permberian minyak wangi kerana ia rezeki. =))


Saidina Umar al-khatab meriwayatkan,sesiapa yang membelanjakan 1/3 daripada hartanya,dia tidak membazir.


Dan satu lagi yang dinyatakan dalam program tersebut,wangian kasturi boleh menakutkan syaitan dan jin.



Allahu'alam . . .

Thursday

alahai,malunya . . .

Cuti semester.Cuti sekolah belum lagi.Now I'm having a long long holidays.suka.gembira.dan apa saja yang positif.Yang negatif buang jauh-jauh,ok.



Al-kisahnya,beberapa minggu lepas,berkesempatan ke bandar bersama mama dan abah.Bila dah selesai semua urusan,dah sampai lunch hour.Disebabkan perut dah bergendang-gendang ni,singgah la kat satu restoran ni.Makanan kat situ boleh tahan la.Tapi lupa pulak nama restorannya.Takpe,bukan itu keutamaan.Yang "menarik" perhatiannya,selesai mengisi perut dengan mama dan abah ni,sementara menunggu abah membayar bil,ternampak kelibat dua orang jejaka yang boleh tahan handsomenya,terpandang-pendang akan sesuatu.Mata pun dialihkan.Guess what?Tiga orang wanita berjalan bersamaan.Yang boleh saya katakan,pakai tudung.Cantik.Ada yang berkebaya,ada yang berbaju kurung.Tapi yang tak sedap memandangnya,tudung tu kecik,nipis,nampak leher.Yang pakai baju kebaya usah cakap la,memang mengikut saiz badan betul-betul.Yang pakai baju kurung,dah elok-elok baju cantik,warna menarik,kain pulak yang nipis.Tambah pulak,tanpa kain alas.Maka,nampaklah nombor "sebelas".aduh,saya yang melihat pun terasa malu sebagai seorang perempuan.Alahai,malunya . . . .


Mungkin isu ini agak remeh bagi sesetengah orang.Tetapi,duhai,wanita-wanita,perempuan-perempuan,gadis-gadis,ladies,women,tolonglah tutup aurat demi menjaga dan memelihara maruah yang bernama wanita.Aurat wanita adalah maruah wanita.Jangan pertontonkan atau pertayangkan apa yang tidak patut untuk bukan muhrim.Wanita adalah perhiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah.


Allahu'alam . . .

Sunday

Angkuh rupanya


Perhatikan.Segala yang ada di sekeliling kita,semuanya milik Allah.Mungkin kita menyedari hakikat itu.Namun,kita (saya) lupa atau kadang-kadang tersasar,sebenarnya ada perkara lain yang kita terlepas pandang ianya milik Dia Yang Satu kerana "terlalu" cinta..


Makhluk yang terikat dengan kita atas nama ibu,bapa,adik,abang,kakak,saudara,sahabat,suami mahupun isteri atau apa sahaja adalah milik Allah dan akan musnah jua akhirnya.Apabila berjauhan,perasaan rindu,gelisah,sayu bertamu di hati.Kadang-kadang terpisah dek jarak atas sebab komitmen tertentu.Sedarkah kita bahawa perpisahan itu sebenarnya merupakan cara Allah "mencantas" kebergantungan kita dengan mereka.Saat itu pasti tiba,kerana mati boleh terjadi pada bila-bila masa.Bayangkan jika kita tidak bersedia menghadapinya.Tentu terlalu pedih dan sakit rasanya.Justeru,anggap sahaja perpisahan sementara itu satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti.Hanya dengan bergantung kepada Allah sahaja yang menjadikan hubungan tanpa istilah janda,duda, dan yatim.Kerana "terlalu" cinta,hati benci merasai kehilangan bahkan fikiran pun dikunci daripada memikirkannya.


Ya Allah,benci betul kita rupanya pada realiti.Angkuh betul kita dengan pinjaman Allah.Seolah-olah ibu,bapa,adik,abang,kakak dan lain-lain benar-benar kepunyaan kita.Tidak sanggup kita "pulangkan" kembali apabila tarikh memulangkannya sudah tiba.Ya Allah,sebenarnya didikan itu sangat mahal harganya...

"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan."

(al-Baqarah : 156)

Orang yang diuji mudah melakukan perubahan.Tidak boleh sesekali digugat oleh kekesalan dan penyesalan.Nanti akan timbullah "kalau", "jika". Kata Ustaz Muhadir kata-kata seperti itu adalah kawan makhluk yang bernama syaitan.Katakan saja,ini realiti,ini takdir yang ditentukan sejak azali.

InshaAllah bertemu tidak jemu,berpisah tidak gelisah.

Ya Allah,aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami.Mudah-mudahan keluh-kesah,resah gelisah kami menerima ketentuanMu ini,Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hambaMu yang berdosa.semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dala menempuh ujianMu ini dinilai sebagai langkah menujuMu di jalan mujahadah.Semoga ujian yang dilalui ini menjadi tebusan bagi dosa-dosa kami yang lalu,kini dan akan datang.Allahumma ameen . . .

"Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."

(al-Baqarah : 186)


Friday

Setahun.




12 tengah hari menerima panggilan daripada Lutfi dengan suaranya yang teresak-esak,"Amir sudah tiada." Terduduk seorang diri di dalam bilik 125A di Mahallah Zainab Jahsyi memandangkan roommate tiada dalam bilik.Mutiara dari mata gugur mencecah bumi tanpa mampu dikawal.Jika diikutkan perasaan pada ketika itu,mahu saja memeluk Amir dengan serat-eratnya sekuat-kuatnya.


4.20 petang.Saat saya dan abang tiba di rumah setelah sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud lebih kurang 4 petang.Alhamdulillah,Dato' dan Datin sudi membantu kami dalam proses pembelian tiket,kerana kami tidak mampu memikirkan hal lain,seterusnya menghantar kami ke rumah.Semoga Allah merahmati Dato' dan Datin. Saat melangkah masuk ke rumah,dengan berlagak kononnya kuat,akhirnya tewas apabila ibu saudara memeluk erat dan meminjamkan bahunya,berjujuran lagi mutiara dari mata jatuh menimpa tudung ariani ibu saudara aka Ateh.Maafkan saya.


Jam 6.30 petang.van yang membawa jenazah tiba di rumah.Ya Allah,sekali lagi mutiara dari mata membasahi pipi melihatkan jasadnya terbujur kaku di atas katil.Sungguh,saya tidak mampu menyekat air mata dari mengalir.Pada saat itu,kelibat ex-roommate bersama ibu bapanya kelihatan.Sekali lagi cuba menguatkan diri,senyuman dilemparkan kepada mereka yang memandang.Selepas Maghrib,selesai dimandikan.Menatap wajahnya buat kali terakhir sebelum dikafankan.Saya orang pertama yang meninggalkan kucupan terakhir pada dahinya.Sebak,tiada daya untuk bertahan,terus keluar dari bilik,memberi laluan kepada saudara mara memebuat perkara yang sama.Kira-kira 10 malam,pengebumian selesai.Meninggalkannya di alam lain.


Seminggu berlalu,surat sukacita dari Darul Quran menambah pilu di hati kami bertukar menjadi dukacita.Kami bangga dengan Amir yang kuat semangat.Timbul perasaan terkilan di hati kami kerana tidak sempat bersama pada saat terakhir kecuali abah dan mama.Tambah terkilan apabila ianya berpunca dari ubat yang overdose dari doktor.Mungkin ini ketentuanNya.Redhalah duhai hati.Semoga kita bertemu di sana.


Siapa sangka seorang anak pergi dahulu meninggalkan ibu dan bapanya.Siapa sangka seorang adik terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi meninggalkan kakak dan abangnya serta adik-adiknya.


Ajal datang tanpa mengenal usia.

Maut datang menjemput tanpa mengira masa.

Izrail datang tanpa pemberitahuan sebarang berita.


Sudah cukup bersediakah kita untuk menyambut kedatangan Izrail?

Sudah cukupkah bekalan untuk dibawa bertemu denganNya?



Al-Faatihah,

Ahmad Amirul Faez (26.03.1992-08.04.2010)

Wallahu'alam.


Note : Namamu sentiasa disebut dalam doa.


Terima kasih buat sahabat-sahabat yang sentiasa bersama.maafkan saya yang tidak menjawab dan membalas mesej anda pada saat itu.Hp langsung tiada dalam fikiran pada waktu itu.


Thursday

paksa atau . . .?


pernahkah anda merasa terpaksa dalam melakukan sesuatu atau mengerjakan atau menunaikan sesuatu?


untuk saya,,,hurm..tentu ada! Ya Allah jahilnya saya tidak sertakan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara.Tak ikhlas,tak dapat pahala.Kesimpulannya,ikhlaskan diri dalam mengerjakan sesuatu,pahala sebagai ganjaran.

Tetapi,ada beberapa perkara perlu dipaksa atau perlu disuruh.Contohnya,suruh anak kecil berumur lingkungan 7 tahun menunaikan solat.Kalau dah sampai umur 10 tahun,kalau dia tak nak solat,pukul.Tidak lupa jug,ada perkara tak boleh dipaksa.Kalau seseorang tu tak nak makan,boleh ke paksa suruh makan?haishh...


Ini pengalaman saya.saya alami sendiri situasi ini.Ada satu perkara saya disuruh lakukannya,tapi saya tak pernah lakukannya.Sampailah 2,3 hari yang lepas,saya dah pun ter'buat'!Perkara apa?biarlah menjadi rahsia mereka yang tinggal sebumbung dengan saya.Apa yang ingin dikongsikan adalah kadang-kadang,ada perkara mungkin kita nampak ianya perlu dilakukan oleh seseorang itu sehinggakan kita mencecah tahap memaksa mereka.perlu,perlu,perlu buat juga!Tapi mereka tak juga tunaikan.Namun,percayalah,bila tiba masanya sama ada dirancang ataupun tidak,ia akan tertunai atau ditunaikan atau dilakukan.Sometimes beberapa faktor memainkan peranan,mungkin faktor persekitaran atau faktor mereka yang berada di sekeliling mereka turut memainkan peranan!

"apabila Allah ingin jadikannya,maka jadilah ia."


Contoh,menanam minat membaca dalam kalangan si kecil.Adakah cukup dengan hanya sekadar menyuruh mereka membaca?tidak.tidak.tidak.Faktor-faktor lain diperlukan untuk mencapai misi tersebut.Ibu bapa,perlu menunjukkan contoh kepada mereka dengan mempamerkan budaya membaca atau beli buku banyak-banyak,buku yang menarik bagi mengheret mereka untuk minat membaca.Lain-lain??Fikirlah. =)

Tetapi saya terfikir,kalau ada yang tak sukakan yang ni,



ada yang geli apabila melihat si katak ini..




ada yang takut apabila melihat si kucing..


Macam mana ye nak hilangkan perasaan geli dan takut itu?

okay,saya membebel.abaikan.maafkan saya.