Sunday

Angka









Jom belajar mengira. heheh ;p
Nak ajak mengenal angka je ni ;p

Angka?Ya.Angka.Dalam gambar tu kan angka.Angka tu apa ya? (budak tadika pun tahu kan.Apa jenis soalan la saya tujukan [ada anda kan? ;p)

10.10.10.

Cantik nombor ni. (cantik ke? ;p )
Ini tarikh.Dan tarikh inilah yang menjadi pilihan orang ramai.Ada yang melagsungkan perkahwinan,bertunang,melahirkan anak dan macam-macam lagi.Ramai yang sedia maklum,Dato' Sheikh Muzaphar Shukor diijabkabulkan bersama pasangannya,Dr Harlina Yunos pada tarikh yang istimewa ni.Nama yang tidak asing lagi bagi semua setelah bergelar angkasawan negara pada 10.10.07.Tarikh ini dianggap istimewa bagi Dr Sheikh Muzaphar Shukor kerana pada tarikh ini beliau berlepas ke angkasa 3 tahun lepas dan disebabkan itulah beliau memilih tarikh ini untuk membina masjid dengan pasangannya setelah 8 tahun menyulam cinta.Tahniah diucapkan kepada pasangan ini (walaupun mereka tidak mendengar ucapan saya ini ;p )

Satu lagi berita yang dipaparkan mengenai Dato' Wan Muhammad Sani Salleh,yang merupakan seorang pelakon pada suatu masa dahulu,kini merupakan usahawan bas berjaya,Bas Sani Ekspress.Dato' Sani juga memilih 10.10.10 sebagai tarikh untuk menamatkan zaman bujang bersama pasangannya.



Ini yang diketahui umum.Bagaimana pula yang tidak diuar-uarkan kepada khalayak?Pasti banyak lagi majlis perkahwinan yang berlangsung pada tarikh ini,tidak kurang juga majlis pertunangan juga menjadi tarikh lahir bagi baby yang baru membuka mata untuk melihat dunia setelah kira-kira 9 bulan 10 hari di dalam rahim ibu. (semoga menjadi anak yang soleh,solehah *wink* )

Ada dilaporkan di dalam akhbar ragam ibu-ibu yang hamil.Bagi yang belum tiba due date nya,meminta doktor mempercepatkan kelahiran anak mereka manakala yang dah tiba masa untuk bersalin meminta untuk bersalin pada 10.10.10.Eh?nak lahirkan anak pun boleh pilih tarikh ke?Inilah yang terjadi apabila manusia terlalu ghairah dengan angka,terikut-ikut trend masa kini.Angka 10.10.10 seolah-olah menjadi virus yang menyerang masyarakat.Betul ke? ;p

Perlulah disedari bahawa itu hanyalah angka ataupun nombor.Apapun yang anda inginkan sesuatu yang istimewa dan bermakna berlaku dalam hidup anda,tidak akan terjadi tanpa izinNya.Kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan.Rancanglah serapi manapun,jika Allah tetapkan ianya tidak akan terjadi,maka tidak menjadilah apapun yang dirancang.


Allah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah!" maka terjadilah ia. " (Surah Yassin : 82)


Rukun iman yang keenam,beriman kepada qada' dan qadar.Sejak azali lagi,Allah telah menetapkan qada' dan qadar ke atas setiap hambaNya.Siapa jodoh kita,rezeki kita,semua sudah tertulis sejak kita di dalam rahim ibu lagi.Tarikh kematian kita pun sudah ditetapkan bila,di mana,pukul berapa dan bagaimana.Ajal akan tiba apabila sampai masanya.


Mungkin sudah tertulis di luh mahfuz Dr. Sheikh Muzaphar bernikah dengan pasangannya pada 10.10.10.Begitu juga mereka yang lain.Apa sahaja yang berlaku kepada diri anda,juga saya pada 10.10.10,mungkin sudah ditetapkan.Kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan.Kan? *wink*
Walau bagaimanapun,setiap orang pasti punyai pandangan serta pendapat tersendiri.Ianya terpulang kepada anda untuk menilainya.Bezanya manusia dengan haiwan adalah akal.Jadi,gunakanlah akal yang dianugerahi Allah itu sebaik-baiknya *wink*


03.03.03,, 07.07.07,, 06.07.08,, 08.08.08,, 20.06.2006,, 10.07.06 ...

Apapun nombornya,ia tetap angka.Peristiwa atau cerita disebaliknya,hanya yang empunya diri dan Tuhan yang tahu. (wah,macam lagu UNIC,Hanya Tuhan Yang Tahu plak ;-) )
Doakan saja kepada semua agar berbahagia di dunia dan akhirat
InshaAllah ;-)

Q : Sekiranya ditakdirkan saya bertemu jodoh 3 tahun akan datang,nak pilih tarikh mana ye?bulan 13 xde. 01.03.13 ke 11.03.13?Kalau tahun 2017 plak camne? heheh.gurauan semata-mata. ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan ;-) wallahu'alam *wink*

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

ilalliqa wa ma'assalaamah *wink*

:)

5 comments:

Anonymous said...

may be u can try 13.03.13..:D

Kisah Aku... said...

1.3.13...wah,advance nya adik akak ni
siap dah fikir tarikh..=p

Nurul Adilah said...

Anonymous : hurm.nice.maybe you can try for yourself too ;-)

Nurul Adilah said...

Kak Dodi : haha.siap fikir n nk bg cadangn utk Kak Dodi la *wink*
pe2 pn,giliran kak Dodi dlu.jgn lupa jemput ye. ;-)

Anonymous said...

likes this...............
^_^