Friday

Untukmu buah hatiku...

Dengan lafaz bismillah,daku mulakan post ini.Sesungguhnya pada hari Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan,jom selawat banyak-banyak,zikir banyak-banyak! =))

Alhamdulillah,dapat memulakan pagi dengan kuliah subuh yang menjadi sarapan telinga seusai menunaikan solat subuh.Subhanallah,damai sungguh pagi-pagian!Siapa kata pagi hujung minggu tidur lama-lama,bangun lewat-lewat.Habis tu,subuh ke mana?Jadi selama ni bangun pagi bukan sebab nak solat subuh,bangun semata-mata nak ke sekolah dan bekerja?? ~ Muhasabah diri ~

Sungguh daku tidak terdaya mengangkat satu jari sekalipun tanpa izinMu ya Rabbi.
Tidak kumampu melangkah walau sejengkal tanpa bantuanMu,Ya Rahman Ya Rahim.
Tidak wujud rasa cinta dan kasih sayang dihati ini tanpa kurniaanMu,ya Wadud.
Ya Allah,kurniakanlah rahmat dan hidayahMu kepada kami supaya bertambah kecintaan kami kepadaMu Ya 'Aziz...

Baiklah,anda pasti pernah mendengar ayat ini."ibu,ibu engkau lah ratu hatiku". =))
Setiap anak lelaki,setiap anak perempuan yang belum berkahwin selagi ibu masih hidup,itulah wanita pertama yang mesti bertakhta di hati,ibulah yang mesti dicintai dikasihi sehebat-hebatnya.Rasulullah SAW pun mengingatkan sebanyak tiga kali supaya mentaati ibu.

Sebagai iktibar,kisah Al-Qamah yang pada zaman Rasulullah SAW yang terleka melayan kerenah isteri sehingga terlepas pandang meraikan ibunya sehingga akhirnya si ibu berkecil hati,menyebabkan Al-Qamah susah mengucap kalimah syahadah semasa hendak meninggal dunia.Nabi SAW perintahkan dibuat unggun api untuk membakar Al-Qamah kerana mengecilkan hati ibunya.Begitu tegasnya Nabi SAW dalam soal kederhakaan seorang anak kepada ibu kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Hierarki ketaatan seorang anak ialah kepada Allah SWT,Rasulullah SAWdan ibu.

Kesukaran seorang ibu yang ditanggung dari awal mengandung,menyusu dan mendidik anak-anak dari kecil hingga ke akhir hayat,Allah SWT mengiktiraf pengorbaan seorang ibu.


Untukmu buah hatiku yang bergelar mama,

apa yang terbuku dihatimu,linangan air mata,hanya mampu ku duga ertinya,

Banyak yang dikau pendamkan dan rahsiakan demi melihat kebahagiaan permata.

Penatmu disembunyikan,

Peluhmu sendirian disapukan,

Lelahmu dirahsiakan.

air matamu tersirat penuh rahsia,

senyummu membawa seribu satu makna,

siang dan malam menderita,

menelan lara dan terima segala dugaan dan badai yang melanda.

Tidak mampu kubalas segala pengorbanamu untuk mendewasakanku,

Tiada bahagia tanpa doamu,

Tiada berkat tanpa restumu,

Halalkan susumu yang mengenyangkan perutku,

Ampunkan daku kerna melukakan hatimu,

Redha Allah pada redha mama dan abahku.

Ampunkan daku.

Ya Allah,kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil.

SELAMAT HARI IBU,MAMA!

SAYANG MAMA! ( dan abah juga! ) (~_^) LOVE;LOVE;LOVE

Sayangilah dan hargailah ibu anda selagi mereka masih hidup.Taati ibumu selagi mana tidak melanggar hukum syara'.

Hubungan seorang ibu dan anak diikat dengan doa yang tulus ikhlas dan disuburi dengan kasih sayang.

Selamat hari ibu kepada semua ibu,mak,emak,ummi,mama!!! Semoga Allah memberkati hidupmu (^_~) JANGAN LUPA DOAKAN IBU SELALU!






P/s : Mereka yang berjauhan dengan ibu tu,berapa kali call ibu dalam sebulan,kalau tak pernah call ibu langsung,cepat-cepat call selagi waktu masih ada!Tak rindu mama ke?saya selalu rindu mama saya!

No comments: