Teringat kuliah maghrib yang disampaikan seorang ustaz pada minggu lepas.Antara perkara-perkara yang menyebabkan malaikat tidak memasuki sesebuah rumah.Pertama,jika terdapat patung yang cukup sifatnya di dalam sesebuah rumah.Bergetus hati kecilku,"Alhamdulillah,diriku ini tidak pernah meminati anak-anak patung,atau bear apatah lagi membelinya.Yang dihadiahkan pun,rasanya tidak begitu ramai yang menghadiahiku patung-patung.Kalau ada pun,entah ke mana,saya sendiri tidak tahu.Memang dari kecil,mama dan abah tidak perah membelikanku anak patung mungkin itu yang menjadi faktor diriku tidak menggemari anak-anak patung atau bear.Jangankan membeli,melihatnya tidak pasar raya tidak menarik minatku untuk terus merenungnya."
Seterusnya yang diberitahu ustaz tempoh hari adalah rumah yang tidak dikunjungi tetamu.Setiap tetamu yang datang ke rumah sebenarnya membawa rezeki.Rugilah bagi mereka yang tidak suka menerima kunjungan tetamu.Setakat ini,saya rasa bersyukur kerana masih ada tetamu yang berkunjung ke rumah yang tidak seberapa ini.
Perkara lain yang meyebabkan malaikat tidak memasuki rumah seseorang aialah apabila rumah tersebut mempunyai anak yang menderhaka kepada ibu bapa.Itu yang paling besar.Rumah yang mengandungi anak yang menderhakai kedua-dua orang tuanya tidak diberkati.Redha Allah pada redha ibu dan bapa.Kita disuruh untuk mentaati ibu bapa dan mencintai ibu bapa selepas Allah dan Rasul.
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya.Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu.KepadaKu tempat kembali. " (Surah Luqman : 14)
Saya terfikir,zaman sekarang yang dikatakan 'moden' menyebabkan saya berasa bimbang akan adik-adik saya yang masih mentah. (Saya pun masih mentah sebenarnya.Masih banyak yang perlu saya pelajari). Sebagai seorang yang digelar kakak,rasanya saya perlu memantau mereka.Justeru,pada waktu yang diberikan cuti panjang ini,akan dimanfaatkan sebaiknya.Bukan berlagak menjadi ibu bapa sebaliknya membantu mama dan abah dalam memastikan mereka tidak tergelincir dari landasan yang benar.Saya rasakan itu sebahagian daripada tanggungjawab saya sebagai seorang kakak.Saya ingin menjadi sahabat yang paling akrab dengan adik-adik saya.InsyaAllah =)
Kata orang semakin tua,semakin banyak kerenah,begitu juga bumi ini.Bumi yang tua ini menghadapi dunia global yang semakin mencabar dan menguji.Sesiapa yang tidak kuat imannya akan mudah tersungkur.Na'uzubillah.Semoga adik-beradik saya dilindungi.Allahumma amiinn...
:: Ibu bapa adalah guru pertama seseorang manakala adik-beradik merupakan sahabat pertama ::
No comments:
Post a Comment