Monday

impian

CITA-CITA.
Upin : Kak Ros,cita-cita Kak Ros apa?
Kak Ros : Bila akak besar nanti akak nak jadi doktor.
(upin dan ipin pun membayangkan Kak Ros memarahi pesakitnya yang tidak memakan ubat.haha =p )
upin : ipin,apa cita-cita kau?
ipin : aku nak makan ayam goreng banyak-banyak nanti.
upin : ish,itu bukan cita-citalah.kau ni.
(sambil mendongak ke langit,upin tiba-tiba mendapat idea cita-citanya.lalu dilakarkan cita-citanya di atas sehelai kertas- angkasawan.)
keesokan harinya,cikgu Jasmin menyuruh setiap murid-muridnya membentangkan hasil lukisan mereka yang mengandungi cita-cita mereka.
Ehsan : ha...ini cita-cita saya! (sambil menunjukkan gambar seorang tukang masak memegang kek)
giliran Fizi pula yang tiba sambil menunjukkan lukisannya.semua pelajar hairan dan tidak dapat mengagak cita-citanya.lalu imaginasinya menjawab persoalan mereka.ingin menjadi salah seorang pekerja majlis perbandaran(senang cakap pakcik yang memungut sampah ke dalam lori sampah tu)
Hahahahahahahahahahahaha...lawak betul gelagat kanak-kanak riang ini.apa yang ada dalam fikiran mereka hanyalah keseronokan.pelangi je yang selalu muncul dalam hidup mereka ni.
**********
okay.okay.dah.dah.cukup.tu hanya selingan.
dalam hidup ni setiap orang pasti punyai cita-cita tersendiri.apa guna hidup tanpa matlamat dan cita-cita.ibaratkan memandu sebuah kenderaan tanpa mengetahui hala tuju.habis saja minyak,terus tiada idea untuk meneruskan perjalanan.lalu berhenti di situ untuk mengharapkan pertolongan orang lain.
Islam pun mengajar setiap Muslim bekerja keras untuk mencapai matlamat baik dalam agama,diri sendiri,kehidupan dunia,akhirat dan orang lain.
Setiap muslim berusaha beribadah bersungguh-sungguh untuk mencapai mardhatillah dan bercita syurga.
Cita-cita dan matlamat memainkan peranan penting dalam kehidupan.adanya kemahuan menjadikan manusia berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan terus bersemangat!aja-aja fighting! (opss,,)
ayuh!! cuba check balik apa tujuan,matlamat dan cita-cita kita ke sekolah.(saya dah habis sekolah dah ;-) )
tapi matlamat ni bukan untuk pergi sekolah je.masa bercuti pun ada matlamat untuk membuat sesuatu kan.saya yang tengah bercutiiiiii panjaaaaaaang ni pun ada matlamat dan cita-cita untuk dicapai.nak tahu apa dia?hishhhhh..rahsia antara saya dan Pencipta saya,yang mengetahui setiap apa yang terdetik dalam pemikiran ini. (~_^)
Sesungguhnya Allah mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
( 42 : 24 )
Untuk mencapai sesuatu,pastinya ia bukan mudah.cabaran dan dugaan yang datang menguji akan memberi kekuatan kepada individu.
SMART
(Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggunggjawab)
Oleh itu,usaha,doa,tawakal.
Hendak seribu daya,mahu seribu cara.
Di mana ada jalan di situ ada highway.(opsss,dah mengarut dah =p)
okay,jom!berkerja keras demi mencapai matlamat dan cita-cita! (~_^)

Sunday

sedetik ke belakang

Anak-anak.
Kanak-kanak.
Mereka mampu menarik perhatian kita.
wajah suci mereka mampu membuat kita(saya) terpaku merenung mereka

*Teringat suatu ketika dahulu,seorang ibu saudara gemar membawa saya,seorang abang,seorang kakak dan seorang adik lelaki yang ketika itu kami hanya 4 beradik,berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu.selalu je belanja kami,dan selalu bersama kami ke mana saja kami pergi sama ada bercuti atau ke majlis tertentu.dah jadi macam adik-beradik kami pula.best betul saat tu.tergelak sendirian tatkala teringat satu peristiwa.ada satu hari,kami dibawa bersiar-siar dengan bas.aduhai,kami ini tidak pernah pergi ke bandar menggunakan bas.itulah first time kami naik bas.haha.kelakar betul kanak-kanak itu. *

indah bukan pada saat bergelar kanak-kanak.

Kini,giliran kami pula yang memimpin tangan anak-anak ibu saudara yang dulunya selalu membawa kami berjalan-jalan.pantas betul masa berlalu.

hurm,,tapi bukan itu point utama yang ingin diutarakan.
tersebutlah al-kisah di satu mall di Kuala Lumpur.saya dan abang saya berhenti di satu musolla mall tersebut untuk menunaikan solat.selesai je solat,ternampaklah seorang budak perempuan yang saya kira umurnya dalam lingkungan belasan tahun.,mungkin tingkatan 2,bersama ibunya.begitu sayang sungguh ibu ini terhadap anak perempuannya(yela,sape tak sayang anak kan).si ibu ini membantu si anak membetulkan telekung sembahyangnya,selepas menyembunyikan urat-urat rambut dari kelihatan,satu ciuman kasih sayang dari seorang ibu singgah di dahi anak gadisnya itu.saya pun terharu dan cemburu melihat situasi ini.namun agak terkilan selepas melihat anak perempuannya itu keluar dari musolla tanpa menutup kepalanya dan membiarkan rambutnya terlepas ditiup angin.kagum dengan kasih sayang si ibu terhadap anaknya namun agak tidak lengkap sayang yang diberikan dengan hasilnya yang sebegitu.ada sedikit perkara yang terbuku di hati selepas melihat situasi ini.mungkin anda boleh mangagak namun,biarlah saya dan Allah yang tahu.

Pokok yang mempunyai akar yang kukuh serta dibajai akan terus bertahan dan menghasilkan buah yang berkualiti.Hasilnya yang memuaskan hati pasti memberikan kepuasan dan kesan positif kepada tuan kebun.bagus bukan? (~_^)

sebab itu peribahasa ada mengatakan,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Nasi yang sudah menjadi bubur tidak akan kembali menjadi nasi. (^_^)



Note : rindu irfan,sofia and hakimi... ;-(

Friday

Perjalanan

Hari ini bukan hari yang istimewa tetapi istimewa kerana hari Jumaat.
saya tidak ternanti-nanti hari ini untuk tiba.tetapi putaran bumi yang menemukan saya dan kita dengan tarikh hari ini.
sejujurnya saya katakan,saya 'nervous' untuk bertemu tarikh hari ini.
bukan takut untuk menempuh usia tua,
tetapi menyedarkanku usiaku semakin pendek.
**********
2 hari sebelum ini,saya diuji lagi.
terasa diri terlalu lemah tidak berdaya.
sehingga membuatkan ku terfikir,adakah ini noktahnya?
namun,semua di tangan Tuhan.Alhamdulillah,nikmatNya masih dapat kurasai.
**********
Hari ini saya masih diberi peluang membuka mata melihat dunia yang fana dan meneruskan langkah perjalanan di atas muka bumi ini.
Memulakan hari ini dengan penuh rasa kesyukuran,
dalam keberkatan hari Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan (hari feveret sendiri)
MasyaAllah,menyedari bahawa sudah lebih 2 dekad saya diberi pinjam nikmat dan anugerah pemberianNya.sudah cukup baikkah saya menggunakannya ke arah kebaikan?Astaghfirullah . . .
semalam yang berlalu
telah menambah usiaku
melayangkan fikiranku pada kenangan lalu
mengenangkan kisah silam yang dulu
tersedar dari kesilapan lalu
betapa beratnya dosa-dosaku
masihkah ada keampunan buatku,
ya Tuhanku . . .
hari ini yang tiba
mengajarkanku erti mengira
diri yang bergelumang dosa
mencari ruang sinar cahaya
Adilah bukan bidadari,mama,abah,bahkan tidak sempurna,
namun akan cuba menjadi anak yang solehah buat abah dan mama
akan cuba melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
esok yang menanti . . .
menambahkan getar di hati
merancang hari yang bakal tiba dengan penuh teliti,
ujian yang menanti dan bakal melanda dapatkah kutempuhi,
apakah akan kugunakan peluang yang masih diberi,
untuk memperbaiki diri yang dipenuhi noda ini?
ke arah manakah mahu dipandu perancangan dan amalan2 yang sedang dan akan dilakukan dalam sehari-hari,
adakah untuk dunia yang tiada abadi
atau untuk akhirat yang hakiki.?
Dunia sangat melelahkan kerana tempat beristirehat hakiki adalah negara akhirat yang abadi.
(Sebolehnya mahu berada di rumah pada saat ini kerana mereka yang lebih mengetahui sebelum yang lain,namun kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan.)
rindu nak bersama Abah,yang suka mengalunkan ayat suci al-Quran ketika di rumah @ masjid
rindu nak bersama Mama,yang suka masak sedap-sedap,
rindu nak bersama Abang yang suka buat kejutan dan mengusik,
rindu nak bersama Lutfi yang suka lontarkan komen setiap kali Kak Ilah masak,
rindu nak bersama Fatih yang suka menggeletek dan makan aiskrim,
rindu nak bersama Ema yang suka tidur atas belakang Kak Ilah,
rindu nak bersama adik yang suka peluk dan bermanja dengan Kak Ilah.
dan.dan.dan.
rindu nak tatap wajah arwak kakak,
rindu nak dengar suara arwah Amir.
Al-Fatihah untukmu.
the truth is,i need to step into reality,
mends whatever broken..retreat and move on...
today is a new day.start it of right,
walk with humility,
I'm saying sorry for everything and whatever i've done to EVERYONE.EVERYONE and EVERYONE.
May Allah bless us.We are so dependent on Allah and Allah alone.
p/s : thanks to those who wish me birthday today.thank you for your du'a.really appreciate it.semoga dimakbulkan.Amiinn.inshaAllah... I LOVE YOU ALL (~_^)
Note : angka saya sudah bertambah satu lagi.sudah bertambah matang kot.diulang,KOT.pesanan mama,umur dah meningkat,perangai pun kene meningkat.uhuk.

Monday

sebaik-baik



umumnya ketahui bahawa 12 rabi'ul awal adalah tarikh kelahiran kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w.
dan tahun 2011 ini,angka ini jatuh pada 15 Februari.
maka diisytiharkan cuti umum bagi semua untuk menyambut maulidur rasul.
apakah cuti yang diberikan ini dimanfaatkan dan difahami erti di sebalik sambutannya atau sekadar menyambutnya sebagai satu tradisi?
atau sekadar berarak sambil berselawat tanpa memahaminya?

Baginda yang sering merindui saudaranya.Apabila Abu Bakar bertanya diakah saudara yang dirinduinya?Baginda menjawab,"bukan,kamu adalah sahabatku,saudaraku adalah mereka yang tidak pernah melihat dan bertemu denganku."
Dan ketika di padang mahsyar,semua hanya mementingkan dan memikirkan diri sendiri.
semua ibu bapa tidak mempedulikan anaknya,
anak tidak mempedulikan ibu bapanya,
isteri tidak mempedulikan suaminya,
suami tidak mempedulikan isterinya.
hanya Rasulullah yang akan datang memberi syafaat kepada ummatnya
Mulia dan hebat sungguh kekasih Allah.
kita sebagai ummatnya adalah sama,yang membezakan kita hanyalah iman,amal dan taqwa.
Berselawatlah ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda begitu kasih dan cinta terhadap ummatnya.
Maka,sebanyak manakah cinta kita untuk Rasulullah?
Sebanyak manakah cinta dan kasih sayang kita terhadap kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w. tertanam di jiwa kita?

Seringkah kita terfikir bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi kita,
tetap senyum apabila dibenci,
tetap tenang apabila dimusuhi,
tetap membantu walaupun disakiti,
tetap menyeru walaupun diusir pergi,

Kenapa kita mudah benci apabila dikasari,mudah putus asa apabila yang dilakukan tidak menjadi,mudah kecewa apabila orang lain tidak memahami,mudah terguris apabila dilukai.
Ayuh tarbiah diri,agar segala yang indah menghiasi peribadi,kerana qudwah kita adalah nabi,itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

Kuakui,diri ini sering juga terlalai,terleka dalam mengamalkan sunnahnya.semoga ini menjadi peringatan untuk saya.
Semoga kita dapat mencontohi Rasulullah s.a.w. dan sentiasa mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian kita.jangan ingat kahwin je sunnah baginda tau!
Ayuh,berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w,
Allahummasolli'ala sayyidina Muhammad.


SALAM MAULIDUR RASUL.

dua

DUA.
Angka dua. (2)
Ini kisah kita berdua(2).
saya dan awak.

perkenalan di CFS Petaling Jaya membawa kita sampai hari ini.
Terima kasih Nasiha Sakina Abdul Latif.
Membantu saya mencoret hari-hari saya sehingga ke hari ini.
Kita bersama sehingga ke Kuantan walaupun hanya untuk 3minggu.

kita adalah roommate terbaik.! *thumbs up*
mana lagi saya nak mencari roommate seperti kamu,
sentiasa bersama saya walaupun kita sedikit berbeza.
berbeza programme,berbeza kelas,berbeza subjek,kita tetap pergi kelas sama-sama!
mungkin kita ada perbezaan,tapi kita still ada persamaan.
berkongsi bulan kelahiran sama-sama.DUA!(indahnya ketentuanNya untuk kita kerana ini tidak boleh dipilih melainkan Dia yang berkuasa!)
suka buat perkara2 UNPREDICTABLE sama-sama!!! ;D
(ingat lagi kejar bas sama-sama,makan kfc??? hurm??? all of them still fresh in my mind)

Kamu lah,
Kita lah,
berkongsi tangis dan tawa,cerah dan gelap,pelangi dan petir,pahit dan manis SAMA-SAMA!
WE ARE ALWAYS TOGETHER EVEN WE ARE FAR APART!!!


* at the beginning,i collect the pictures of you alone,but my heart says,
i can't leave you alone.so,i put the pictures of us *

miss the past soooo much.
wanna do everything together.

makan sama-sama,
study sama-sama,
pergi beli makanan sama-sama,

story-telling,
and everything lah.!>
but,our commitment have made us mile of kilometre...
we must be strong k darling! *hugs*

i miss you just like the stars in the sky and even more.you're always come into my dream,not only once,you know!
deep in my heart,i really miss you dear even rarely say the words.(u tahu i pemalu kan ;D)

remember that "SAYA SAYANG AWAK."
you have your place in my heart.

betul.taktipu!

and also,u're my eldest sister even i born only few days after you.you still my KAKAK.don't be sad k,KAKAK! hehe

HAPPY 21st BIRTHDAY,my dear Nasiha Sakina! ;D

Tuesday

Sukalah . . .


Jika difikir-fikirkan,terlalu banyaaak sangat impian dalam hidup ni kan.Dalam jiwa kita sarat dan penuh dengan kehendak,angan2 dan cita2.Macam-macam imaginasi dan impian yang terhampar di dataran rasa dan cita2 kita.

Sungguh.hidup ini bukan sekadar imaginasi dan angan2.Ia adalah realiti yang padanya ada hakikat dan ketentuan.Selaku hamba kita perlu akur dan tunduk.Ketetapan daripadaNya pasti terjadi.Apa yang diimpikan tidak semua berlaku.tidak semua dapat digenggami.

Kita inginkan sesuatu namun yg lain pula ditentukan untuk kita.Itulah hukum dalam kehidupan ini yang perlu kita patuhi.Kita diberi ruang dan keizinan untuk merancang tetapi yang berkuasa mutlak memegang ketetapan takdir adalah Dia yang maha berkuasa atas segalanya.

"Jadilah!Lalu jadilah ia."( Surah Yasin : 82)

Namun bukanlah ia bermaksud kita hanya perlu duduk bersimpuh menunggu segala ketetapan dan pasrah tanpa usaha.Perlu difahami,Dialah Allah Yang Maha Bijaksana dalam mengatur segalanya.Setiap ketentuan untuk para hambaNya,tidak langsung walau secalit bermaksud kezaliman dan penganiayaan.Segalanya tersimpan dalam maksud hikmah yang terahsia maknanya.

Maha Suci Allah daripada segala kekurangan,kesilapan dan bertindak zalim terhadap hambaNya.Cuma kita yang gagal menyelami maksud ketentuanNya.mata hati kita yang gagal menangkap yang tersirat dari kehendak takdirNya.Dengan itu kita jadi gelisah apabila apa yang kita impikan tidak diperolehi dalam hidup ini.Malah mungkin kita berasa kesal dan marah terhadap takdir dan ketentuan yang datang daripadaNya.

Ingatlah ada perkara yg kita sangka baik,rupanya buruk bagi kita,Ada perkara yag kita sangka buruk rupanya baik bagi kita.Hukum aturanNy a telah menetapkan sebegitu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2 : 216)

Maka pandanglah pada dimensi yang pelbagai.

Lihatlah yang tersirat dari yang tersurat.

Fahamilah akan setiap hakikat dari setiap ketentuan.

bangunlah selaku insan yang berjiwa besar.

tataplah warna2 dalam kehidupan ini dengan riang dan gembiranya.

Tatanglah limpahan rahmat yg dikecapi brsama jiwa yg damai dan bahagia.

Lemaskan hati dalam lautan kesyukuran yang tidak bersempadan.

Bersimpuhlah di gerbang takdirNya selaku hamba yang tunduk,akur,pasrah dan menyerah.

Sesungguhnya dalam hidup ini kalau tak dapat apa yang kita suka,sukalah apa yang kita dapat.Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripadaNya Yang Maha Penyayang,.

Monday

Bulat


Pejamcelik.pejamcelik.

Dalam merentasi arus kesibukan,saya berada di bumi Terengganu,sempena CNY.
saya nak sangat ada di Terengganu waktu ni,akhirnya,alhamdulillah,sampai dengan selamat.dapat cium tangan mama dan abah.

kenapa ye saya menanti saat ini? sebab nak celebrate CNY ke?
Astaghfirullah.tak.tak.tak.
saya menanti 4 Februari.
Hari jadi?
tak.tak.tak.tak.tak.
sebab saya nak pergi menziarah.
ada orang sakit ke?
tak.tak.tak.
menziarah 'rumah' mereka.
dah lama rasanya tak menziarah mereka.rindu sangat2.betul.taktipu.


menziarahi pusaramu . . .

tiada siapa yang mampu menggantikan tempat mereka.
kedudukan saya di tengah2.sebelum saya,dia.selepas saya,si dia.
namun,saya sedar.apa sahaja yang saya miliki hari ini dan semalam bukan kepunyaan saya.
saya tiada hak ke atasnya
segalanya milikMU
REDHA . . . PASRAH . . .

hanya itu yang mendamaikan kepiluan hati yang kerap berhujan

4 Februari 2000,telah melempar kepahitan dalam kemanisan (yakinlah,dalam ujian-kepahitan yang ditelan akan terselit kemanisan buat hamba yang redha),
di mana pada tarikh inilah seseorang perlu belajar menerima kehilangan seorang kakak untuk selamanya selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.Innalillahiwainnailaihiroji'un.

bumi yang bentuknya sfera,berputar pada paksinya,
mengulangi tarikh yang sama,memberikan tahun yang berbeza
selepas 11tahun lamanya,
tarikh 4 Februari ini kembali,juga sekali lagi tahun 2011 menyentuh hati seorang ibu dan seorang ayah di saat menanti dan menyambut kedatangan sahabat baik arwah anaknya.
sejuk mata ibu memandang,sahabat baik arwah kini menyambung pelajaran di Darul Quran,tempat arwah anaknya meyimpan impian menyambung pengajian.Terasa bagaikan arwah yang berada di depan mata di saat saudara Dasuki berada di depan mata.wajahnya sekali pandang seiras dengan arwah.terasa rindu terubat.tetapi,ibu itu sedar,harus brpijak di bumi yang nyata. (seakan dapat ku baca maksud tersirat di sebalik wajah mama dan abah pada saat itu)


Saudara Afif,Izzuddin,Dasuki,terima kasih atas kunjungan kalian.
kedatanagn kalian dialu-alukan pada bila-bila masa.


p/s : Al-Fatihah buat Nurul Nadia Izzah & Ahmad Amirul Faez.

Tuesday

February oh February


Selamat pagi Februari!
kerana hari ini adalah permulaan bulan Februari.
ohh,Februari sudah bangun setelah setahun berehat.


diri ini terasa agak lapang ketika meng'update' blog ini kerana sebahagian tugas sudah selesai.Alhamdulillah. (^_^)

The appellant should pay compensation to the respondent,Fatimah binti Senget as failed to . . . . . . . bda...bda..bda...


It signs that,mooting sudah selesai!!!! (oo,patut la baru boleh buka blog sendiri. =P )
ohh,mooting oh mooting,terlalu memenatkan dalam mengumpul material,seterusnya menyiapkan bundle of authorities(BoA) (poket pun kering) tapi rasa berbaloi dan hilang semua 'kelelahan' selepas memenanginya.opss,sorry,the appellant.we're still friends and all of you remain in my heart,okay! *wink*
the beginning of February,gives me a sweet memory for this year.



we are on behalf of respondent


our senior counsel submitted her submission


dup...dap...


Respondent won! =)

I'm always waiting for this month,not because of my birthday on this month okay,but deep in the February's intestine,it contains a lot of happiness and sadness within it.It holds 'them' since i was a child,even 10 years old.many numbers in this month give me a memorial,same goes with today's date.1st of February 2011.Bulan yang paling banyak tanda merah2 adalah Februari.Mengapakah??Nantilah ye.

Semoga Februari juga bulan-bulan lain,minggu-minggu berikutnya,hari-hari mendatang yang bakal ditempuhi tahun ini dan akan datang lebih bermakna.semoga kesibukan urusan dunia,tidak membuatkan saya terleka dalam urusan bekalan akhirat.
Semoga setiap yang dilakukan diterima Allah.Allahumma Amiin. (^_^)