Friday

Complicated lah!


Petang Jumaat yang cerah.Tidak begitu panas,tidak begitu sejuk.Saya dan roommate di tempat masing-masing dengan melayan notebook masing-masing.Tiba-tiba knock!knock!Pintu bilik kami diketuk.Kami sama-sama malas nak bangun.Lantas roommmate saya melontarkan suaranya yang merdu,Masuk!Seorang sister yang cantik bergaya tercegat di depan pintu bilik kami.Dalam hati saya berkata,ini bukan student uia ni. (Hehe.pandai2 je saya.tapi tekaan saya betul ;p )

Sister tu berkomunikasi dengan roommate saya.
Sister : Adik,akak nak tanya,adik lahir bulan January or February ke?
Roommate : Tak.Bulan 12
Sister : Ada tak sape2 yang lahir bulan Jan or Feb?

Roommate memandang saya yang mataku ini terkelip-kelip tanpa suara.
Roommate : Kak dilah lahir bulan 1 @ 2?
Saya : Ha'ah.Bulan Februari.Kenapa?
Sister : Haaa..adik,datang la sini.Ade gift nak bagi ni. (Sambil tangannya mencari sesuatu di dalam handbagnya..)

Saya tercengang.Tidak faham.

Saya: Hah?hadiah pe?
Sister : Ha..ni dari keep slim.Free je.
Saya bermonolog dalaman : lor,ingatkan apa lah tadi.
Sister : Kali ni keep slim menawarkan promosi untuk yang berumur 18-20(kalau xsilap),satu pakej,facial treatment,shoulder massage,slimming body.Free je.Cuma perlu bayar untuk booking tempat je.RM29.90.
Saya : Lar,tadi cakap free.tapi ada bayaran pulak. (mana ada barang free dalam dunia sekarang ni kan. ;p )
Sister : Ye la,bayar untuk booking tempat je.kalau harga biasa ni lebih dari 2000 tau dik.Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni.

Saya pun buat-buat la banyak tanya.Yela,kesian kat akak tu datang jauh-jauh,naik tangga ZC untuk sampai ke bilik saya ni.Apkata saya layan dia. ;)

Saya : Facial ni ok ke?
Sister : Facial ni kitorang tak guna bahan chemical.Produk kami selamat untuk digunakan.
Saya : Nanti kalau ada side effect macam mane?
Sister : Eh,takde la dik.Sebelum mulakan treatment,kitorang akan check dulu kulit adik macam mana,kulit kering ke,berminyak ke.then kitorang ada la product yang sesuai mengikut kulit.

Saya : Massage ni macam mane pulak?
Sister : Massage ni kitorang akan urut dari kepala sampai ke bahu.Yela,korang penat study kan.Best ni. (sambil mengukirkan senyuman kepada saya)
Saya : Sape yang urut?Lelaki ke perempuan?
Sister : Ish,adik ni,mestilah perempuan.Takkan laki pulak nak urut.Apala adik ni.
Saya : Hehe.Tanya je.mane tahu kan.Yang slimming ni pulak macam mana?
Sister : Yang ni,kitorang akan buang lemak pada bahagian yang korang nak la,menggunakan infrared.Dan juga membuang selulit yang ada pada badan korang.Ha,orang kurus pun mesti ada jugak kan.
Saya : hahahahahahahahaha
Sister : Ha,tulis la dik,kat sini.
Saya : Eh,nanti dulu.Saya kene tanya orang lain dulu.Tanya abang dulu ke.(Kalau anda faham situasi ini,saya sedang mengelak.hahaa)

Sister : Alar,awak ni complicated lah!Kawan-kawan awak yang dah isi borang ni takde pun yang nak kene tanya kakak diorang,kawan-kawan diorang.
Saya : Alar,nanti kalau saya tak jadi nak pergi,melayang la duit saya.
Sister : Alar,awak boleh bagi kat kawan-kawan yang nak.
Saya : Tu pun kalau diorang nak.kalau diorang taknak macam mane.
Sister : Habis tu adik nak ke taknak?Promosi ni ada kat kami je tau.Takde kat luar.
Saya : Takpelah dulu.Lainkali jela saya cuba. smile

Maka,pulang lah kakak tadi dengan hampa.Kesian dia penat jawab soalan saya.
Kesimpulannya di sini,para penjual or promoter,kalau jumpa saya,bersedia ya. ;p


Berhias-hias itu adalah harus sebab naluri manusia suka akan kecantikan.Buat facial,massage,tidak dikira sebagai tabarruj kerana kedua-duanya berkait dengan kesihatan

Akan tetapi ianya boleh menjadi sunat dan haram.
Ia akan menjadi sunat sekiranya lakukannya dengan niat untuk menambat hati suami. (which doesn't happen in my case.someone remind me ;p)
Dalam case awak, (someone itu mengingatkan lagi saya) ,ia boleh menjadi haram apabila . . . . .
jeng.jeng.jeng.

1. Lelaki yang buat facial dan massage tu.
2. Non-muslim yang buatkannya untuk awak sebab awak kene buka aurat.
Means,orang bujang tak boleh buat?
Dia menambah : Boleh,sape cakap tak boleh?Cuma niat kene betul.that's what i mean.
Ouh.I see.You see?hehe.

Nak berhias boleh,tapi jangan mengubah ciptaan Allah.Haram hukumnya!
Conclusion?You can see yourself right? *wink* Then,what's your comment? ;-)

Saya,saya,saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang,iaitu pinjaman dari Allah sepanjang saya bernafas sehingga kini.Apa yang saya miliki hari ini adalah kepunyaan Allah.Kalau suatu hari nanti suami saya suruh saya pergi buat facial or slimming body,saya buatlah.Dah tu,suami suruh.Berhias untuk suami jugak kan.Niat dah betul tu. ;)

Note : Apa yang penting saya tidak inginkan suami saya nanti mencintai saya kerana kecantikan yang Allah pinjamkan pada saya.(walaupun saya tak secantik macam tuan puteri.)


Q : calon suami saya??? sampai masa dan waktu nanti kita tahulah.!!! *wink* *wink* *wink* ;p

Thursday

Mereka

Kelas telah pun bermula.Alhamdulillah.Tiada lagi masa lapang untuk bersantai (okay,saya menipu. ;p ) Semasa berjalan menuju ke kelas,teringat pesanan Mdm Badariah dalam kelas GPL 2 semalam,"I nak remind awal2,attendants is compulsory.kalau absent mesti ade reason yg kukuh.Bukan sebab nak lulus exam or takut di bar dari final exam je,you all datang kelas pun dapat pahala,sebab datang untuk menuntut ilmu kan."
Tiba-tiba hati berbisik,"Saya,apa niat saya ke kelas?" okay,kesimpulannya,betulkan niat anda sebelum melakukan sesuatu.InsyaAllah,kalau niat anda baik,anda pasti mendapat ganjarannya.
;-)

Saat ketika menjamah nasi goreng paprik hari ini,tiba-tiba saya tersenyum sendirian.Tapi bukan saya tidak siuman ok.Haha.Gelagat classmate sem lepas saat kami terserempak tadi bertenggek di benak fikiran dan mampu membuatkan bibir saya mengukir senyuman. ;-)
Dengan kelompok yang ramai,suara ini memasuki lubang telinga dan mengetuk gegendang telinga,lalu terhasil bunyi ini, "Hai,kak dila!!!". Sambil melambai-lambai ke arah saya yang berjalan dengan seorang lagi rakan ketika menuju ke kelas seterusnya.


Tiba-tiba,salah seorang daripada mereka bersuara,"Alar kita dah tak same group".
Tambah seorang lagi,"Akak,belanja makan!Roti kebab depan cafe tu pun jadi.RM2.80 je satu.jomla akak".
Saya bersuara,"bankrap la kalau akak sorang belanja semua ni.Tak cukup bajet ni"
Salah seorang bersuara,"Saya sorang dah la akak." (ye,memang da lama dia seorang ni nak saya belanja dia.tapi belum berkesempatan.hahah)
"Okay.Okay".Saya berkata sambil menunjukkan 'thumbs up'.
Salah seorang yang lain menambah,"Alar,tak aci la macam tu.Jeles ni.Jeles ni."
Saya tersenyum,lalu berkata,"Okay,okay,nanti kalau ada rezeki korang,akak belanja k. *wink* ."
Haha.Mereka tersenyum.Saya meminta diri untuk masuk ke kelas.Dialog kami bernoktah di situ.

Ya!Sem lepas saya satu kelas dengan junior saya. (maklumlah saya masuk lambat setelah membuat satu keputusan yang bukan mudah untuk dibuat,yang pasti ianya dengan iringan air mata tetapi disokong oleh abah dan mama serta abang) .Umur mereka sama dengan umur adik lelaki saya.Jadi saya layan mereka macam adik saya.Pernah dengar ini,"yang muda disayangi,yang tua dihormati"? Ya,saya sayangkan mereka yang muda dari saya.Tak kisah jika mereka bukan yang ada pertalian saudara dengan saya.Apabila mereka boleh berkongsi cerita,berkongsi masalah,bahkan berkongsi hal peribadi,sudah tentu dia selesa dengan kita bukan? *wink*
Ya!Saya sayangkan classmate saya sem lepas.Ada yang rapat dengan saya,berkongsi hal peribadinya dengan saya dan banyak berkongsi cerita dengan saya.Saya gembira jika mereka gembira.Bukanlah niat saya memberikan kasih sayang saya kepada mereka supaya diri ini disanjung dan dihormati.Malahan saya tidak kisah kalaupun mereka tidak menghormati saya kerana bukan sanjungan yang dikejar dalam kehidupan di dunia ini.Pangkat dan sanjungan hanya sementara sekalipun memilikinya,mati nanti kain kafan juga yang membaluti jenazah,amalan juga yang menjadi teman macam yang saya cakap dalam post sebelum ni,"Siapa teman saya?".Seorang orang dewasa pernah berpesan kepada saya,kalau nak orang hormati kita,kita perlu hormat orang lain.Tapi yang penting kita harus tahu menghormati orang lain,hormati orang lain lebih penting,lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada kitakan? *wink*


Bukan kawan sekelas sem lepas je saya rapat dan kenal,tapi kawan adik-adik saya pun.hehe.Mereka pun sahabat saya.Tak percaya?Terpulang ;-) Saya gembira melihat gelagat mereka yang pelbagai,yang kadang-kadang kita rasakan kebudak-budakan sebab kita lebih berumur daripada mereka walaupun setahun.Memang mereka budak-budak.hehe.Kadang-kadang mereka yang muda atau kanak-kanak dapat merasakan yang kita sayang pada mereka.Jadi,sayangilah yang muda! ;-)


Sem ni saya sekelas dengan mereka yang akan graduate pada sem ini,yang sama-sama dengan saya,bakal bertemu dengan IIUM Gombak.InshaAllah.No more "Akak" dalam kelas sem ni.Haha. ;-)

By the way,kanak-kanak menjadi rebutan.Rasa geram je bila nampak kanak-kanak.Kanak-kanak kan bersih dari dosa.Bila pandang muka mereka nampak ketenangan,tersenyum walaupun mereka tidak membuat perkara yang sama.Haha. (kalau nak kata saya tak betul pun,terpulang ;p asalkan saya tahu senyum.hahah)
Kanak -kanak atau mereka yang lebih muda mudah terpengaruh,jadi mereka perlukan perhatian dan pantauan.Abang saya pantau saya,saya pun pantau adik saya.Supaya mereka tidak tersilap langkah dalam dunia yang lebih mencabar pada masa kini.Jadi,dalam berkongsi kasih sayang bersama mereka,bimbinglah mereka.Kan 2 dalam 1. *wink*

Kongsikan kasih sayang,hidup pasti bahagia. (bagi kasih sayang bertempat ok!) *wink*

Sayangi yang muda,hormati yang tua! (^_^)
Note : Kawan pun tegur,kenapa banyak sangat panggilan kak dila,kak dilah,akak,kakak kat wall facebook.jawapannya,rahsia.hahah

Tuesday

Rahsia

Seusai solat Subuh.Pesanan abah melintasi ruang pemikiran,"jangan tidur lepas Subuh".Lantas tangan mencapai ma'thurat.Haishh,nak study,kelas belum start,buku apa yang akan diguna pun belum tahu.Tiba-tiba mata menjeling ke arah notebook yang terletak kemas di atas meja study.Lalu notebook di on,apalagi online.Tiba-tiba dengan bantuan mouse,arrow dibawa untuk menekan enter pada link ini,


Di dalamnya menyentuh tentang kiamat kecil dan kiamat besar.Juga mengingatkan kita supaya mengambil iktibar daripada kaum terdahulu.Juga terdapat pengiraan tentang hari kiamat,maka timbullah tarikh dan tahun yang diramalkan.Apa yang saya dapat pagi itu adalah mengingatkan saya pada hari kiamat yang pasti akan tiba.Cuma,kalau diikutkan kajian yang terdapat dalam tu,mungkin kita boleh terima,tetapi bukan meletakkan kepercayaan terhadapnya 100%.Ambillah iktibar dari artikel itu.Dari saya kecil lagi,sejak di bangku sekolah,abah dan mama mengingatkan saya dunia ini sudah tua,menanti masa untuk mengeluarkan isinya.Selagi punyai masa dan pelunag,rebutlah ia.Ada juga memesan,sebelum baginda s.a.w. wafat,baginda mengingatkan umatnya,bahawa umur dunia sepanjang jari kelingking (betul ke ejaan ni,kalau silap,tolong betulkan ye) .

Benar.Tidak dinafikan.Semakin hari,semakin dekat kiamat itu menghampiri kita.Cuma tarikh dan masa yang tepat tidak kita ketahui kerana itu rahsia Allah.Sampai masa yang dijanjikanNya,berlakulah kiamat. Oleh itu,sedarilah,insafilah diri sebelum terus terlena dibuai mimpi dan angan-angan indah terhadap kehidupan dunia yang fana ini.Dugaan di dunia ini semakin hari semakin hebat.Pelbagai teknologi canggih dicipta.Bangunan-bangunan pencakar langit dicipta di sana-sini.Mesin dan robot direka bagi melekakan manusia seterusnya metakkan manusia pada 'zon selesa' supaya terus alpa terhadap kehidupan di dunia.


Al-Hijr ayat 26-50.Dialog antara Allah dengan iblis,ayat 36# Iblis sendiri mengakui Allah itu Tuhan "Ya Rabb" katanya - ada manusia tak mengaku tuhan - iblis dengan bala tentera dengan strategi berbagai akan menyesatkan kita dengan apa? Dengan SUARA YANG LUNAK MERDU - contohnya lagu-lagu dan segala macam cara untuk mengumpul "rakan" bersamanya ke neraka -

Pesanan buat anda ;

Bangunkan saya jika saya terjatuh,
Pimpinlah saya jika saya tergelincir,
Ingatkan saya jika saya terlupa,
Kejutkanlah saya jika saya terlena,
Sedarkan saya jika saya hanyut dan alpa,
Tegurlah saya jika saya salah,tersasar dari landasan syariat.


(peringatan buat diri sendiri dan sahabat serta sahabiah)

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian . . .
Kiamat pasti tiba.Hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi.Berhibur tidak salah tetapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah,tinggalkan laranganNya.

"Demi Masa!Sesungguhnya manusia dalam kerugian."

wallahu'alam.

Sunday

Akur


Tetamu yang selalu datang bertandang tanpa diundang,yang bersarang di hati ini apabila tiba masa untuk pulang ke tempat belajar.Resah,Gelisah,Moody,Sedih.Ikutkan hati,Taknak balik!!!!!!!!!!! Uwaaaaaaaaaaaaa.tapi apakan daya,saya harus tabah,kuat semangat untuk menyambung pelajaran dan terus menuntut ilmu kerana itu sebahagian daripada fardhu kifayah,apalagi saya berada di track baru.Yes!Saya harus lakukannya! ;p

Berkat sokongan abah dan mama,dengan pelukan terakhir daripada mereka sebelum bertolak pergi,saya mampu melangkah dan melambai pergi dengan senyuman.Alhamdulillah.Selamat sampai ke PJ,ketibaan disambut dan dihantar oleh my only one beloved brother.Thanks Abang! *wink*
Apa-apa pun, sem baru, suasana baru, classmate baru (mungkin), lecturer baru (mungkin), baju baru (tidak ;p), subjek baru dan semestinya AZAM baru!,, kaki ini perlu terus melangkah dengan niat menuntut ilmu kerana Allah.Bukan semata-mata untuk lulus exam sahaja dan bukan semata-mata nak dapat A+ and 4.0!walaupun itu sebahagian daripada matlamat hidup.Tidak lupa juga azam untuk mempertingkatkan lagi kualiti ibadah kepadaNya.Tiada gunanya memperbanyakkan kuantiti tetapi kualiti berkurang.By the way,saya ada matlamat hidup,anda pun punyai matlamat hidup.Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat!InshaAllah . . .


Adik-adik yang sedang berjuang untuk peperiksaan akhir tahun,Good luck! Abang-abang juga kakak-kakak yang bakal berjuang untuk final exam,,,ALL THE BEST!!! ;-)


p/s : seperti biasa,tiba sahaja di UIA,kalendar terus dibuka maka mulalah memanfaatkan ilmu dan sistem matematik untuk membilang hari.Oh,berapa lama lagi saya akan pulang bercuti di rumah? Okay,sekarang saya tahu.Terima kasih MR.CALENDAR !!! *wink*

Friday

Sup Cendawan


Ops.Bukan saya nak ajak memasak hari ni.Tiba-tiba fikiran ter'rewind' gelagat seorang kanak-kanak sebentar tadi.Si kecil ini menjengah ke dapur,lalu ternampak sebungkus cendawan (bukan cendawan beracun ye,tapi yang boleh dimakan).
"Eh,cendawan!Nak sup cendawan!Nak sup cendawan!Nak sup cendawan!".
Eh,eh.Excited betul budak ni nampak cendawan.memang nak buat sup pun.okay,saya bermonolog dalaman.
Bagus2.Kecil-kecil dah mengenal sayur.sayang adik. *wink*
Bila dapat makan sup cendawan,bukan main happy lagi.Banyak pulak selera makan dia.Baguslah,lagipun,sup cendawan memang banyak khasiatnya.Yup,memang menu hari ni sup cendawan dan ikan bakar.Hmm,,,nyumm,nyumm,nyumm.lazat.best.makan ramai-ramai bersama family pada hari jumaat yang penuh dengan keistimewaannya.

Ha..baguslah dari kecil pandai makan sayur.Tiba-tiba.Fikiran melayang lagi.Masa kecil dulu seorang budak ni pun makan sayur tetapi semasa enam tahun,di sekolah tadika,dalam hidangannya si budak ni termakan sayur hijau yang amat pahit rasanya.Apa reaksi dia?Apalagi,keluarkan balik la sayur tu daripada mulutnya.haishh..Sejak peristiwa tu si budak tu langsung tak makan sayur.Seriklah katakan.Sehinggalah dia belasan tahun,baru kembali belajar makan sayur.haha.kelakar.

Dari kecil kita makan macam-macam makanan,macam-macam rasa.Masam,manis,masin,pahit,tawar. Macam tu jugalah rencah kehidupan.Perjalanan hidup yang kita tempuhi dan bakal rentasi,tidak semua manis.Kadang-kadang kita akan rasa pahit,masam dan masin kerana hidup ini tidak akan sunyi dari dugaan dan ujian.Allah itu Maha Besar dan Maha Bijaksana.Dialah yang berhak ke atas kita.Dia tidak akan menguji hambaNya melainkan Dia Maha Mengetahui hambaNya itu mampu.Dari Allah kita datang,kepada Allah jua kita kembali.Buatlah yang Allah suruh,tinggalkan apa yang dilarangNya dan berpeganglah kepada al-Quran dan sunnah.InsyaAllah selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hidup ni jangan cepat putus asa,jangan cepat serik selagi perkara itu membawa kebaikan.Perjalanan hidup memberikan kita pengalaman,dan pengalaman itu akan mengajar kita erti sebuah kehidupan.Pesan guru tingkatan 3,Cikgu Hasnani Ismail,pengalaman adalah guru.Belajar dari kesilapan adalah guru terbaik. ;-) (tapi janganlah sengaja buat silap ye.)

Duhai hati,bersabarlah jika kamu diuji.Tabahlah,terimalah sesuatu ujian itu dengan hati yang redha.InsyaAllah akan beroleh kemenangan.
Hidup adalah tarbiyah.
Wallahu'alam.


Q : sayakah budak itu?

Thursday

Fenomena


MZ a.k.a Maher Zain disebut di mana-mana saya pergi.Siapakah dia?Jangan pura-pura tak tahu ;p
Kenapa minat MZ?
Sahabat 1 : lelaki idaman.handsome!
Sahabat 2 : his songs!nice.
Sahabat 3 : best la.jatuh cinta kat dia!
Sahabat 4 : alar,dia dah kahwin la.kecewanya diri ini! (semasa menonton video perkahwinan MZ )
Sahabat 5 : Suka lagu-lagu dia.Suara dia pun best!Dia pun handsome!

Okay.You can see yourself part of responses about him.Don't I ask me whether I'm one of his fan or not. ;P
Memang diakui dalam lagunya ada mesej yang nak disampaikan.Bukannya saya nak cakap lagu orang lain or penyanyi nasyid tempatan kita tiada mesej dalam lagu.Don't get me wrong.Cuma lagu-lagu MZ agak...jeng,jeng,jeng ;p

Liriknya, menyentuh jiwa yang mendengar,oleh mesej yang hendak disampaikan,muziknya pun menarik (ouh.sebab saya minat dengan muzik n rentak arab ;P )

Okay, taknak komen banyak sebab anda boleh dengar dengan telinga anda sendiri dan boleh komen sendiri. ;p

Lagu first yang saya dengar dulu,InshaAllah.Sekarang adik saya dah ada semua lagu dia.Advance betul adik saya ni.haishh . . .

Hmm,banyak konsert dianjurkan untuk MZ buat persembahan ketika di Malaysia.Nak rebut peluang.Ramai juga yang berlumba-lumba nak pergi konsert tu.Kawan-kawan di UIA pun ajak.
Katanya,"bukan senang nak jumpa MZ,bukan senang nak bergambar dengan MZ.Jomla,Jomla."
Jawapan yang diterima,"Ops.sorry.I can't.Sebab saya tengah bercuti.Lagipun cuti 3 minggu je.Nak spend time dengan family lor.Family comes first. ;P Next time la kalau ada masa k. ;-) "

Kenapa saya mesti pergi konsert and bergambar dengan MZ untuk jumpa? (saya segan la,nanti dia interview kita pulak sebab dia tak jumpa kita ;P) Sebab dia artis?Sebab dia popular?Dengar dalam mp3 kan dah cukup.Dalam internet pun boleh search video clip MZ.Tengok dalam tv pun dah okay.Saya pun dapat jumpa MZ,live lagi,kat tv3,dalam MHI(Malaysia Hari Ini) ;P Tak payah bersusah-susah nak berhimpit,bertolak sana sini dengan orang ramai.MZ pun manusia biasa juga.Macam kita (^_^) So,apa kata kita sokong bidang muzik yang dipilih MZ sebagai satu cara untuk menyampaikan mesej Islam kepada semua,selagi berada di landasan syariat yang betul.Kan indah tu. *wink*

Satu lagi,ramai yang tengok gelagat Wardina suatu pagi tu menyangka dia betul3 teruja nak jumpa MZ sampai memanggil-manggil supaya cepat sampai ke pentas MHI untuk muncul 5 minit terakhir sebelum program tu berakhir.Memang rush.Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya,"Run!Run!Hurry!Hurry!Run,Bawak MZ ke sini!".Hehe,Kalut betul.Then,Wardina pun bagi penjelasan,sebenarnya dia taknak mengecewakan penonton yang dah tahu dari awal rancangan sebab mereka dah uar-uarkan MZ akan datang ke MHI.

And lastly,saya tertarik dengan kata-kata ini,

"NO, i didnt even snap a picture, bring my camera or even asked for an autograph...... i KNOW how its like being an artist...i know how it feels when people chase you...you're after all, just a person...but he brought a lot of good putting the message of Islam on an international PLANE and is rolling the ball on a larger playing field.... THE END...."

Menarik bukan? *wink* (tapi kalau ada yang beranggapan,"alar awak memang artis,memang la tak kisah.lagipun boleh interview MZ live lagi.memang dah kerja awak,boleh la cakap macam tu.") Penilaian seterusnya terpulang kepada anda. (^_^)



Ops.jangan salah faham.dia bukan kekasih saya.
memandangkan saya tidak menerima lamarannya,dia sudah membawa hati,
berkahwin dengan orang lain.hahah ;p
(thanks friend for the tag. ;-) )


Wednesday

Sekeping

Gembira,sedih,marah,geram,cemburu,cinta,rindu,simpati,belas kasihan,takut.
Mereka berbeza.bercampu-campur jenisnya.
Tapi mereka boleh tinggal serumah.
Rumah yang kosong.
Mereka menjadi perabot yang mengisi kekosongan rumah tersebut.
Rumah itu menjadi lebih indah ditemani hiasan kerlipan taqwa dan iman.
Segumpal darah dinamai hati.
(haishh.apa saya merepek ni.)

hati yang bertakhta dalam diri manusia menjadi raja.adilnya raja,damailah rakyat jelata.raja menjadi ketua pemerintahan juga menjadi rujukan utama.begitu juga hati.hati yang tidak digunakan boleh berkarat seperti besi.hati organ yang paling penting.secara scientific,hilangnya fungsi hati,ajal menjemput.apa akan jadi jika manusia hidup tanpa hati?

Rasulullah bersabda yang bermaksud, " sesungguhnya hati boleh berkarat seperti besi yang berkarat". Ada yang bertanya cara menghilanhkannya.Jawab baginda,"dengan bacaan al-Quran."

Kebaikan dan kejahatan orang terhadap kita kadang-kadang bersarang di hati.Bila buat salah,ucapan yang menjadi kebiasaan,"minta maaf".Giving forgiveness is not easy. (pernah dengar ayat ni?)Everyone make mistake.Okay,me too.I make mistake.I can't deny it.But . . .
Apa kata kurangkan beban hati juga diri dengan mudah memaafkan."alar,it is easier to talk than to do it la.Cuba la kena sekali,baru tahu pahit masamnya." Ouh,sudah hilang manisnya apabila hati disakiti.Kan dah cakap hati adalah raja.Kalau hati sakit macam mana nak berbaik dengan orang yang kita lukai hatinya.Tengok muka kita pun dia taknak. (kesimpulannya,jaga hati orang lain supaya mereka tak tersinggung)

Jadikanlah hati ini seperti cermin.Lihatlah cermin.Apa yang dipantulkan cahaya kepadanya,itulah yang kita nampak.Sekali orang pandang cermin,sekali itulah wajah muncul.Kalau tiada orang melihatnya,tiada wajah yang kelihatan.Jangan disimpan perasaan negatif dalam hati.Jika dipendam,bisa menjadi barah.Bersihkan hati dari virus.(tiba-tiba teringat buku cerita masa darjah 2 dulu,"hati mesti baik".kenapa ingat buku ni?jawapannya,biarlah rahsia. ;p)

Anyway,saya tahu sesetengah orang susah nak maafkan orang lain.Tapi kita boleh praktiskannya supaay mudah ;-)
By the way,di sini saya pun nak minta maaf kepada semua yang berkecil hati,terasa and tersinggung dengan saya dan segala yang sewaktu dengannya.

Rambut sama hitam,hati lain-lain.

Apa-apa pun,
bersihnya hati,eloklah akhlak seseorang.
kotornya hati,negatiflah perlakuan seseorang.

Ada yang berkata,
"Dengar kata hati kecil kerana di situ terletak permata setiap individu."

p/s : anda percaya kata-kata hati kecil anda? *wink*

Post yang agak merepek.sorry.

Sunday

Angka









Jom belajar mengira. heheh ;p
Nak ajak mengenal angka je ni ;p

Angka?Ya.Angka.Dalam gambar tu kan angka.Angka tu apa ya? (budak tadika pun tahu kan.Apa jenis soalan la saya tujukan [ada anda kan? ;p)

10.10.10.

Cantik nombor ni. (cantik ke? ;p )
Ini tarikh.Dan tarikh inilah yang menjadi pilihan orang ramai.Ada yang melagsungkan perkahwinan,bertunang,melahirkan anak dan macam-macam lagi.Ramai yang sedia maklum,Dato' Sheikh Muzaphar Shukor diijabkabulkan bersama pasangannya,Dr Harlina Yunos pada tarikh yang istimewa ni.Nama yang tidak asing lagi bagi semua setelah bergelar angkasawan negara pada 10.10.07.Tarikh ini dianggap istimewa bagi Dr Sheikh Muzaphar Shukor kerana pada tarikh ini beliau berlepas ke angkasa 3 tahun lepas dan disebabkan itulah beliau memilih tarikh ini untuk membina masjid dengan pasangannya setelah 8 tahun menyulam cinta.Tahniah diucapkan kepada pasangan ini (walaupun mereka tidak mendengar ucapan saya ini ;p )

Satu lagi berita yang dipaparkan mengenai Dato' Wan Muhammad Sani Salleh,yang merupakan seorang pelakon pada suatu masa dahulu,kini merupakan usahawan bas berjaya,Bas Sani Ekspress.Dato' Sani juga memilih 10.10.10 sebagai tarikh untuk menamatkan zaman bujang bersama pasangannya.



Ini yang diketahui umum.Bagaimana pula yang tidak diuar-uarkan kepada khalayak?Pasti banyak lagi majlis perkahwinan yang berlangsung pada tarikh ini,tidak kurang juga majlis pertunangan juga menjadi tarikh lahir bagi baby yang baru membuka mata untuk melihat dunia setelah kira-kira 9 bulan 10 hari di dalam rahim ibu. (semoga menjadi anak yang soleh,solehah *wink* )

Ada dilaporkan di dalam akhbar ragam ibu-ibu yang hamil.Bagi yang belum tiba due date nya,meminta doktor mempercepatkan kelahiran anak mereka manakala yang dah tiba masa untuk bersalin meminta untuk bersalin pada 10.10.10.Eh?nak lahirkan anak pun boleh pilih tarikh ke?Inilah yang terjadi apabila manusia terlalu ghairah dengan angka,terikut-ikut trend masa kini.Angka 10.10.10 seolah-olah menjadi virus yang menyerang masyarakat.Betul ke? ;p

Perlulah disedari bahawa itu hanyalah angka ataupun nombor.Apapun yang anda inginkan sesuatu yang istimewa dan bermakna berlaku dalam hidup anda,tidak akan terjadi tanpa izinNya.Kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan.Rancanglah serapi manapun,jika Allah tetapkan ianya tidak akan terjadi,maka tidak menjadilah apapun yang dirancang.


Allah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya keadaanNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah!" maka terjadilah ia. " (Surah Yassin : 82)


Rukun iman yang keenam,beriman kepada qada' dan qadar.Sejak azali lagi,Allah telah menetapkan qada' dan qadar ke atas setiap hambaNya.Siapa jodoh kita,rezeki kita,semua sudah tertulis sejak kita di dalam rahim ibu lagi.Tarikh kematian kita pun sudah ditetapkan bila,di mana,pukul berapa dan bagaimana.Ajal akan tiba apabila sampai masanya.


Mungkin sudah tertulis di luh mahfuz Dr. Sheikh Muzaphar bernikah dengan pasangannya pada 10.10.10.Begitu juga mereka yang lain.Apa sahaja yang berlaku kepada diri anda,juga saya pada 10.10.10,mungkin sudah ditetapkan.Kita hanya mampu merancang,Allah yang menentukan.Kan? *wink*
Walau bagaimanapun,setiap orang pasti punyai pandangan serta pendapat tersendiri.Ianya terpulang kepada anda untuk menilainya.Bezanya manusia dengan haiwan adalah akal.Jadi,gunakanlah akal yang dianugerahi Allah itu sebaik-baiknya *wink*


03.03.03,, 07.07.07,, 06.07.08,, 08.08.08,, 20.06.2006,, 10.07.06 ...

Apapun nombornya,ia tetap angka.Peristiwa atau cerita disebaliknya,hanya yang empunya diri dan Tuhan yang tahu. (wah,macam lagu UNIC,Hanya Tuhan Yang Tahu plak ;-) )
Doakan saja kepada semua agar berbahagia di dunia dan akhirat
InshaAllah ;-)

Q : Sekiranya ditakdirkan saya bertemu jodoh 3 tahun akan datang,nak pilih tarikh mana ye?bulan 13 xde. 01.03.13 ke 11.03.13?Kalau tahun 2017 plak camne? heheh.gurauan semata-mata. ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan ;-) wallahu'alam *wink*

Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

ilalliqa wa ma'assalaamah *wink*

:)

Thursday

Hidup .


"Cintailah sesiapa yang ingin kamu cintai,nescaya kamu pasti akan berpisah dengannya."


Saya pasti,ungkapan ini biasa didengari oleh semua. ;-)

Sama seperti manusia yang mencintai dunia,pasti akan meninggalkan duniayang fana ini.Ajal yang dirahsiakan oleh Allah pasti akan menjemput hambaNya pada bila-bial masa tanpa diketahui oleh sesiapapun.Kematian itu pasti dirasai oleh setiap nadi yang berdenyut di atas muka bumi ini.Kematian itu bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindari risiko-risiko kematian serta berlari menghindarinya.

" Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada(Allah),yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata.Lalu Dia beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."(62 : 8)

Kematian telah ditentukan wuktunya,tidak ditunda atau dipercepat.

"Dan Allah tidak sesekali menagguhkan (kematian) seseorang apabila datng waktunya.Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."(63 : 11)

"Demi Allah seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara sekejap,lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian,nescaya kamu akan melupakan jenazah tersebut ,dan mulai menangisi diri kalian sendiri."(Imam Ghazali)

Dahsyatnya rasa sakit saat sakaratul maut,
Sabda Rasulullah s.a.w.,"Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang."

Imam Ghazali berpendapat,

"Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicabut dari setiap urat nadi,urat saraf,persendian,dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki."

Kerana itulah orang meninggal dunia ini perlu diuruskan jenazahnya dengan perlahan-lahan dan lemah lembut kerana sakitnya jenazah saat roh dan jasadnya dipisahkan.Setelah jenazah siap dimandikan,dikafankan,disembahyangkan,lalu tinggallah ia di alam kubur,menanti di alam barzakh sementara tibanya hari pembalasan(hari kiamat).

Rasulullah s.a.w. berpesan menurut riwayat Tirmidzi," Sesungguhnya tidak berlalu satu hari keatas kubur melainkan kubur berkata(kepada manusia); Akulah rumah dagang yang asing,Akulah rumah yang sunyi sepi,Akulah rumah yang dipenuhi tanah,Akulah rumah yang dipenuhi ulat."


Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali

Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi
Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami
Mayat terbujur telah dikafan
Dibawa pergi sanak saudara
Di kubur tempat akhir pesanan
Tinggal di dalam gelap gelita
Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami
Talqin dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Jadikan tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit siksa sekali
Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami
Note : antara pengisian yang dikongsikan dalam majlis tersebut.
**********

*gambar hiasan*





P/s : sekadar berkongsi setakat yang mampu,ambil sebagai peringatan,sebahagian tazkirah selepas maghrib yang disampaikan oleh ayah sendiri di sebuah surau. ;-)

Friday

Memberi

Dapat tak dapat.Tak dapat dapat.Tak dapat,tak dapat.(anda faham? ;p )
Bagi memudahkan pemahaman,renungi contoh ni.Seorang pemuda sedang jogging,tiba-tiba lalu di hadapan sebuah rumah yang besar.Ketika itu seorang perempuan sedang menyiram pokok bunga.Selepas bersembang dengan makcik tersebut,barulah pemuda itu tahu makcik itu merupakan orang gaji di rumah besar itu.Kesimpulannya,orang gaji itu tidak memiliki rumah banglo besar itu tetapi pekerjaannya sebagai orang gaji membolehkan dia merasai nikmat hidup di dalam rumah itu.(sekarang anda faham? )

Kita sebenarnya selalu dan lebih banyak mendapat daripada memberi.Kita dapat ijazah,kita dapat kerja,kita dapat gaji,kita dapat makan makanan yang lazat-lazat dan macam-macam lagi yang kita dapat dengan cara tersendiri.Kita jarang memberi.Masa saya belajar Bahasa Arab Komunikasi kat sekolah dulu,salah satu pepatah arab yang terdapat dalam silibus subjek tersebut adalah, "tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah".

Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sedekah yang paling utama atau sedekah yang paling baik adalah sedekah dari harta yang cukup.Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.Mulailah dari orang yang engkau tanggung(nafkahnya)".

Apa yang kita beri,akan mendapat balasannya.Tidak di dunia,di akhirat nanti.Tak ramai yang sanggup berkorban atau bersusah demi orang lain juga membuat kebajikan terhadap orang lain.aada yang sanggup berbuat demikian tetapi terus mengharapkan balasan pada ketika itu,tak kurang juga yang mengungkit kebajikan yang telah dibuat.Jika kita berbuat kebaikan,sudah tentu akan dibalas dengan kebaikan juga yang penting akan mendapat pahala.Pahala tu suatu yang subjektif.Kita tak nampak.Perkara yang tak nampak nilah orang susah nak buat.Kalau pahala tu ibarat duit,setiap kali dapat pahala duit secara automatik masuk ke dalam poket,pasti ramai yang berlumba-lumba membuat kebaikan.Diibaratkan,,sebelum solat poket kosong,tiba-tiba selepas solat,poket dipenuhi pahala,pasti ramai yang berlumba-lumba untuk solat.

Dalam konteks memberi,ia lebih kepada bersedekah.Tapi itulah,kita jarang memberi.nak bagi duit,berkira takut habis.Nak kongsi ilmu,takut orang lain lebih pandai walhal ilmu yang kita ada sekarang tiada tandingannya ilmu Allah.Belajarlah setinggi manapun,ilmu manusia ibarat setitis air laut di hujung jari.

Bersedekahlah sebagai tanda kita mensyukuri nikmat Allah.Kan tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah??? *wink* Dalam bersedekah,ikhlas tu perlu ada.Jangan pula bersedekah supaya diri disayangi dan dihormati atau disanjung-sanjung.MasyaAllah,betapa hina perbuatan sebegitu rupa.

Perlu kita sedari,tak semua manusia di alam fana ini hidup dengan mewah.Ramai lagi yang hidup susah dan yang kurang bernasib baik.Betapa gembiranya hati mereka jika ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Tadi berkesempatan menghadiri rumah terbuka bagi meraikan orang miskin,anak-anak yatim,warga emas dan ibu tunggal.Sedang saya dan family asyik menjamu selera dengan juadah yang beraneka,tiba masa ahli jawatankuasa mengagihkan bantuan kepada yang berkenaan.Menyaksikan keadaan penerima ketika itu,hati tersentuh melihat kegembiraan yang jelas terpancar di wajah masing-masing,lebih-lebih lagi mereka yang kurang upaya.Kita yang dipinjamkan anggota yang sempurna,apa yang telah kita lakukan?Adakah kita telah menggunakan anggota tersebut ke jalan yang diredhai Allah atau lebih banyak melakukan maksiat? Tepuk dada,tanya iman. *wink*

p/s : sekadar berkongsi sebahagian kulliyyah subuh di surau berdekatan dengan rumah bersama pakcik sendiri,Ustaz Mohd Zawawi Yusoh pada hari terakhir bulan Ramadhan yang lalu. :)