Hari ni saya berpeluang menonton satu drama di kaca televisyen,salah satu stesen televisyen yang menjadi kegemaran.Tajuknya Salam Terakhir.(adik saya cakap dulu cerita ni dah ada,tapi saya tak pernah tengok pun.heheh).Tengok pada tajuknya,mungkin anda pun sudah tahu genre drama ini sebagaimana yang saya sangkakan apabila melihat tajuk ini.Ya.betul!Pasti cerita yang sedih,menyentuh hati penonton.
**********
Dipendekkan cerita,al-kisahnya drama ini tentang perpecahan 3 beradik disebabkan harta pusaka.Masing-masing mahukan bahagian masing-masing dan semestinya ada yang mahu lebih tidak kurang juga yang bimbang pihak lain akan mendapat lebih.
3 beradik ini,along(lupa nama apa ;p),Airil,kak chik(sebab lupa nama ;p) dan seorang anak angkat ibu bapa mereka,Syamsul.Along,semestinya anak sulong.hahah,punyai tanggungjawab untuk membahagikan harta pusaka itu.Malangnya,Airil menganggap Along berniat mendapatkan bahagian yang lebih dan menukarkan nama rumah yang mereka sedang diami itu ke atas namanya.Hubungan Along dan Airil mulai renggang dan airil memusuhi Along.Along yang bersikap 'cool' serta menyedari tanggungjawabnya menggantikan tempat kedua-dua orang tuanya,sering bertolak ansur dengan sikap Airil.
Kak Chik pula,satu-satunya bunga dalam family mereka,ditangkap khalwat bersama teman lelakinya pada bulan Ramadhan.Ini menimbulkan kemarahan Along.Kak Chik yang rasa bersalah,mulai dingin dengan Along.
Dalam masa yang sama,Along sebenarnya sedang menderita penyakit barah tanpa pengetahuan 2 adiknya dan adik angkatnya,Syamsul yang begitu baik terhadap Along.
Lebih menyentuh perasaan,2 orang adiknya pergi beraya di rumah buah hati masing-masing.Maka,tinggallah Along bersama Syamsul di rumah pada pagi raya walhal along teringin sangat semua adik-adiknya berkumpul bersama-sama di pagi raya.
Tanpa diduga,Along meninggal dunia pada pagi raya setelah bersiap-siap untuk solat sunat hari raya.Berita itu diketahui kedua-dua adiknya dan pada masa itu baru mereka menyedari buah hati mereka hanya mahukan harta mereka.Mereka yang sedih meratapi pemergian Along,mula menyedari kesilapan mereka.Lebih-lebih lagi setelah membaca surat wasiat Along yang sempat ditulis sebelum meninggal dunia.Mereka rasa cukup menyesal di atas perbuatan mereka sebelum ini.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.
**********
Okay.Cukup sampai di situ.Apa pengajaran yang kita dapat?Saya rasa anda pun boleh fikir,kan? ;-)
Jangan menjadi manusia yang materialistik.Harta tak akan membawa kita ke mana-mana.Kumpullah harta setinggi gunung pun,sebesar zarah pun tak akan dibawa ke alam barzakh melainkan amal yang soleh,sedekah jariah serta doa anak yang soleh. (masih ingat post saya sebelum ini? *wink*)
Seperkara lagi,jika ada harta,selesaikanlah sebelum meninggal dan sediakan wasiat supaya tidak timbul masalah kemudian hari nanti serta si mati dapat bersemadi dengan tenang.

Hadis Rasulullah s.a.w.,
"sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat,maka dia mati di atas jalan ini,dan sunnah.dia mati dalam keadaan bertaqwa,bersyahadah,dan dalam keadaan diampunkan,"
No comments:
Post a Comment