12.30 a.m.
Mata belum lena.Tangan mengambil remote control,lalu menekan button power.Skrin yang berada di hadapan mula bersuara.
Tiada rancangan yang menarik untuk ditonton.Tiba-tiba pilihan berhenti pada sebuah rancangan yang bertajuk 'SinggahSahur'. (ouh.memang saya sudah tersinggah pun.hahah)
Oh.Rancanga ni baru nak start. Azizah Aiffin dengan Fedtri Yahya yang mengacarakan rancangan tu ketika itu.2 orang yang cukup sinonim dengan rangkaian tv tersebut.
Pada kebiasaannya,SinggahSahur akan singgah dan bersahur dengan mereka yang kurang bernasib baik.Pada kali ni mereka singgah di satu tempat(opss.saya lupa pe namanya),penghuninya mereka yang kurang upaya(OKU).Ada yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan,ada yang berjalan menggunakan kerusi roda,malah ada yang terpaksa memakai kaki palsu tiap-tiap hari selepas bangun dari tidur untuk memulakan aktiviti harian.
Tiba-tiba hati ini berdetik dan bersuara,"Tiap-tiap hari diorang jalani kehidupan macam tu.Kene pakai kaki palsu tiap-tiap hari,ada yang makan menggunakan kaki dan ada yang tidak mempunyai tangan.Banyak nikmat yang Allah pinjamkan pada saya tapi saya selalu lupa,alpa,lalai,tak menyedari nikmat yang selalu saya gunakan itu.Ya Allah,betapa malunya diri ini padaMu!"
Saya kgum dengan mereka,kuat semangat dalam menempuh kehidupan di dunia ini walaupun kadang-kadang ada ibubapa tak sanggup mengaku punyai anak kurang upaya.Mereka yang kurang upaya ini juga tidak mudah berputus asa,serta rajin berusaha untuk berdiri di atas kaki sendiri.Mereka juga merupakan anugerah yang tak ternilai kerana mereka juga punyai kelebihan yang tersendiri.
Kita yang punyai anggota yang cukup sempurna untuk menjalani kehidupan ni,bagaimana ye? (masing-masing boleh jawab sendiri *wink* ;p )
Lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan yang mulia ini.Memberi makan pada anak-anak yatim,orang-orang tua serta orang-orang yang kurang bernasib baik mendapat ganjaran di sisi Allah.
Renung-renungkan dan selamat beramal! *wink*
No comments:
Post a Comment