Hari raya semestinya bermakna bagi setiap umat Islam kerana pada masa inilah semua ahli keluarga dapat berkumpul.Sesibuk mana pun,aidilfitri merupakan hari untuk keluarga.Jika seorang ahli keluarga tidak ada bersama pada hari raya,pasti terasa aidilfitri tidak lengkap.
Begitulah tahun ini kali pertama kami menyambut lebaran tanpa seorang dari ahli keluarga yang tersayang,yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi.
**********
Tiba-tiba teringatkan angan-angan pada tahun lepas ketika dalam perjalanan pulang beraya 1430H,hati yang berkata,"Tahun depan balik raya bertiga kalau Amir dapat masuk Darul Quran.Lagi meriah la balik ramai2.Family pun happy je nak datang jemput kt airport.Yeay!". Tapi apakan daya,tahun ni,1431H.saya still balik berdua dengan seorang abang.Sudah ditakdirkan,perkara itu tidak akan terjadi.Pasrah.
**********
**********
Pada syawal ini,5 bulan sudah dia meninggalkan kami.Sambutan aidilfitri kali ini kami betul-betul merasai ketiadaan dia.Bahkan beberapa hari sebelum syawal tiba pun telah mampu membuatkan hati ini sebak.Manakan tidak,tiap-tiap tahun dia lah yang menjadi ketua mengemas keseluruhan rumah serta mengagihkan sebahagian kerja kepada adik-beradik yang lain,sebelum tibanya syawal.Dia lah yang mengelap apa2 yang patut,mengemas rumah serta membantu abah mencuci kereta.Hasil dari kerja kerasnya begitu memuaskan hati semua terutama abah dan mama.Dialah yang paling kemas,bersih dalam segala hal.Semua yang ada di dalam rumah ini dia akan pastikan tersusun dengan rapi.
Tapi tahun ni,semuanya lain.Semuanya berubah.Setiap kali terfikirkan hendak mengemas rumah,fikiran ini selalu terbayangkan dia sedang melakukan segalanya seperti tahun sebelumnya.Seolah-olah nampak gerak gerinya melakukan aktiviti2 kebiasaan.Apatah lagi ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah.Mulut selalu menyebut namanya.Hati selalu berbisik,"kalau Amir ada,pasti Amir akan lakukan semua kerja ni.Takkan dibiarkan orang lain melakukannya".Raya pada tahun ini membuatkan kami betul-betul merasai ketiadaanmu,seolah-olah hilang semangat untuk menyambut raya.Tetapi hidup mesti diteruskan.
Bapa saudara sendiri,Teh Mad pun merasai ketiadaan Amir ketika seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah Tok.Terasa seperti ada yang tiada bersama.Apatah lagi kami yang hidup bersamanya selama lebih 18 tahun.Namun,apakan daya.Tuhan lebih menyayangi dirimu.Kami redha dengan perpisahan ini.Semoga dirimu tenang di sana.Semoga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,Ahmad Amirul Faez.InsyaAllah..
**********
Dalam riang menyambut hari raya,jangan dilupa untuk menghidupkan malam raya.
Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa menghidupkan dua malam hari raya dengan mengerjakan ibadah , maka hatinya tidak mati pada hari yang dimatikan segala hati ".
Dan jangan lupa meneruskan amalan berpuasa pada bulan Syawal.
Nabi s.a.w bersabda : ”Barangsiapa yang berpuasa ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun “
Note : Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam,sahabat2 skrb,shams,cfs iium,iium kuantan dan semua yang mengenali diri ini.Maaf zahir & batin.Semoga kita beroleh keberkatan di dalam bulan Syawal ini.InsyaAllah~
1 comment:
Al-Fatihah...
Post a Comment