Sedar atau tidak,kita telahpun memasuki fasa ke3 ramadhan iaitu fasa terakhir di bulan ramadhan.Ini bermakna Ramadhan akan tetap meninggalkan kita dalam tempoh setahun.Mahu atau tidak ramadhan akan menghilangkan diri dari kita selama setahun.Betapa sebulan itu terasa begitu pendek masanya.
Jika kita tahu Ramadhan ini adalah terakhir untuk kita,pasti kita akan meninggalkan segala yang seisi dunia dan menumpukan sepenuhnya kepada ibadat sepanjang bulan ini.Itulah hikmah Allah merahsiakan waktu dan masa ajal manusia,supaya kita sebagai manusia yang sering alpa sentiasa beribadat dengan bersungguh-sungguh serta istiqamah setiap masa untuk mencari keredhaan Allah.
Apa yang perlu kita ingatkan sesama kita ialah kenangan positif yang kita lorekkan sapanjang berada di bulan ramadhan,iaitu bulan yang penuh keberkatan,kerahmatan dan keampunan.Inilah bulan yang memberi kita peluang untuk mendapat rahmat Allah serta keampunan daripadaNya di atas dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ni.
Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan semua itu adalah pada waktu malam,kerana pada waktu itu suasana tenang dan hening menyelubungi manusia,amat berkesan untuk manusia menyatakan rasa hati terhadap Pencipta yang Satu.Di kala waktu itu juga orang ramai sedang seronok tidur,tidak kurang pula yang sedang asyik menonton program kegemaran mereka di televisyen.Sebagai manusia yang dikurnia akal,adalah tanggungjawab kita untuk memberi keutamaan pada mana yang lebih utama,serta merebut peluang yang ada untuk melakukan kebaikan.
Apatah lagi pada akhir-akhir bulan ramadhan ini,terdapat satu malam yang disebut Allah sebagai malam yang istimewa,malam yang lebih baik dari seribu bulan,iaitu lailatul qadr.
"Sesungguhnya kami telah menurunkannya(al-Quran) pada lailatul qadr.Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan." (surah al-qadr:1-3)
Disunatkan mencari lailatul qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan.Semoga kita sama-sama dapat bertemu malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.Jom sama-sama mengintai! *wink*
No comments:
Post a Comment