Saturday

Layaran bahtera

Pahit dan manis adalah lumrah kehidupan.

Anda,saya mahupun sesiapa sahaja yang bergelar manusia akan menempuh beribu gulungan ombak bahtera kehidupan.Sangat jelas bahawa hidup manusia itu penuh dengan ujian.Melalui ujian yang menimpa itulah yang menjadi inspirasi seseorang mengenali keperibadian dirinya dan mengenal pasti sejauh mana kekuatan dirinya.

Keperibadian kita juga sebenarnya tumbuh dalam proses dan ujian.Hakikatnya ujian ialah sumber kekuatan manusia.Juga menjadi kayu pengukur sejauh mana atau sedekat mana kita dengan Pencipta yang Agung.

Lalu,apakah masih relevan atau dapat diterima ungkapan sebegini,

Yang sudah berlalu biarkan ia pergi.

Barang yang lepas usah dikenang . . .?


Yang berlalu dan yang lepas memang patut dibiarkan berlalu NAMUN lipatan ingatan padanya sangat sukar dipadam.Jadi,kutip yang positif jadikanlah itu sebagai kenangan abadi kerana mungkin di situ terletaknya lubuk kekuatan untuk menghadapi hari mendatang . .



Hidup adalah rangkaian didikan juga deretan ujian.




"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa kemelartan,penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai ujian),sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata," bilakah datang pertolongan Allah?"Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." [2 : 214]


Note : Rindu untuk menyebut 'kak' setelah sebelas tahun panggilan itu "terkebumi".Happy birthday Kak.(29091988-04022000)


4 comments:

Nur Hafizah said...

Nak cakap la tahzan dekat kak dilah tapi sendiri terasa nak menangis :'(
(tapi kak dilah tabah orangnya)

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kakak kak dilah.

Nurul Adilah said...

; semua org ada bentuk ujian masing2.ujian itu tidak lain tidak bukan adalah satu didikan.
pasrah.redha.
Daripada Allah kita datang,kepada Allah jua kita kembali...
Hafizah pun kuat orngnya kn =)

Al Basirah said...

kak dilah adalah hambaNya yg hebat!

sebak bila baca ni especially ayat last ;(

Nurul Adilah said...

: No Anis.Kak Dilah bkn org yang hebat.tidak layak.siapa la diri ini.hanyalah hambaNya yang banyak kelemahan.