Tuesday

Dia Seorang Imam



IMAM.
Apabila bercakap tentang imam,apa yang ada dalam fikiran anda?
oh,semestinya seorang imam yang bersolat bersama makmumnya di belakang.

Ya,betul tetapi apabila menyebut imam semestinya dia adalah lelaki.Tanggungjawab seorang imam sesungguhnya sangatlah besar.Orang-orang besar yang berpangkat tinggi,berkedudukan tinggi,even Raja sekalipun apabila berdiri di belakang seorang imam,dia wajib mengikut setiap pergerakan imam.Hebat sungguh penangan seorang imam.

Imam secara amnya adalah ketua untuk segala-galanya,secara khusus pula imam untuk bersolat jemaah.Begitu juga dalam pasangan.Seorang lelaki yang sudah berkahwin adalah imam kepada isterinya.Seorang wanita mencari pasangan yang mampu menjadi imam untuk menjadi ketua dalam segala hal serta membimbingnya melalui jalan kehidupan yang penuh ranjau ini.

Seorang lelaki handsome bukanlah lelaki yang segak,seorang lelaki yang macho bukanlah lelaki yang stylo,seorang lelaki yang hebat bukanlah lelaki yang jutawan,berduit,berkerjaya,gaya hidup mewah TETAPI seorang lelaki yang handsome,macho,hebat adalah lelaki yang mampu menjadi Imam.

Lelaki,
Wahai seseorang yang telah tertulis di luh mahfuz untukku,
Imamku,ayah kepada anak-anakku,
Engkau yang bersama perjalananku nanti,
Aku percaya engakau sedang memperbaiki dirimu,
Memantaskan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.







Note : Abah yang selalu menjadi imam di rumah,surau,masjid,solat jumaat,solat raya...Rindu nak jadi makmum Abah setelah 2bulan tidak pulang ke rumah.Rindu nak cium tangan Abah,nak peluk Abah,nak dengar suara Abah alunkan ayat al-Quran.Semoga pertemuan menjadi milik kita 4hb November nanti.InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

hehe..dh balik la kt umah..
^_^
-sultan-