Wednesday

Percuma

Percuma!Percuma!Percuma!


Pantang mendengar perkataan percuma sahaja,ramai yang mudah tertarik.sanggup redahi duri untuk mendapatkan barangan percuma.Lihat sahaja di pasaraya-pasaraya yang menawarkan jualan murah dan barangan percuma di atas pembelian sesuatu.lantai pasaraya yang luas dan licin itu pantas menjadi sesak dipenuhi banjiran manusia.MasyaAllah,sungguh kita gemari barangan percuma.Sanggup beratur panjang!

Namun tanpa disedari,kita sebenarnya mendapat barang percuma tiap-tiap hari,malahan tiap-tiap saat!Tapi apa yang kita lakukan?Sungguh lena kita dibuai mimpi oleh tawaran hebat dunia.Langsung tidak tahu mensyukuirnya.Apakah???

Kita punyai mata,tangan,kaki,mulut,hidung,telinga dan macam-macam lagi "barangan" percuma yang dianugerahiNya.Sebagai hamba yang tidak memiliki apa-apa,sangat angkuhlah kita kerana tidak mensyukuri 'pinjaman' diberikanNya.Tidak cukup setakat itu,kita juga menjadi 'kera mendapat bunga' atas pengkhianatan kita terhadap pemberianNya secara percuma.

Mata,yang diberikanNya untuk melihat kebesaranNya,mengapa digunakan untuk melihat perkara dimurkaiNya.
Mulut,dianugerahiNya supaya bertasbih,bertahmid memujiNya,mengapa digunakan untuk memperkata keburukan orang lain.
Tangan,dikurniakanNya untuk mengangkat memohon keampunanNya mengapa diangkat untuk menganiaya dan mengkhianati orang lain.
Kaki yang dipinjamkanNya untuk pergi melangkah mencari redhaNya,mengapa digunakan untuk melangkah ke tempat laranganNya.
Jasad yang ada pada diri hari ini,tidak lain tidak bukan untuk beribadah kepadaNya,mengapa perhambakan jasad semata-mata mencari kepuasan dunia?Apakah dengan memaksa jasad bangun awal pagi hanya berobjektifkan mencari harta dunia,bukan untuk sujud kepadaNya???Patutlah apabila tiba hujung minggu,subuh ditinggalkan berciciran.Allah,,,sungguh zalim kita pada diri sendiri!! Astaghfirullah . . .

Bukankah Allah telah berfirman,
'Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."

"Dan sesungguhnya jika dihitung nikmat yang Kuberikan,nescaya tidak akan terhitung banyakNya."

Note : cuba bayangkan jika setiap setiap hembusan nafas dan setiap denyutan nadi yang ada pada diri hari ini perlu dibayar,mampukah kita untuk membayarnya?

Dah Asar,Ayuh,tunaikan solat pada awal waktu dan lakukan setiap ibadah dengan niat hanya keranaNya.

Perbaiki mutu dan kualiti ibadah ke peringkat yang lebih baik,jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan buat bersungguh-sungguh sebagai tanda syukur kepadaNya.Allah ... Allah . . . Allah . . . ampunkan kami.



Eh?tiba-tiba je?Apa kaitan dengan pisang ni?

ouhh,pisang ini pemberian sahabat abah kepada kami!Alamak,dah terlebih masak sebab semalam dia terlupa bagi sebelum balik rumah.Pisang ni dah ter'masak' dalam keretanya.uhuk.uhuk.ini pun PERCUMA!!!rezeki ni...Alhamdulillah... =)

Thursday

buah raja


Ramai yang suka makan buah dan ramai yang memilik buah dari luar negara sebagai kegemaran,contohnya epal.saya?saya suka anggur.haa,,kan dah kata.pilih buah yang diimport.Buah tempatan kita banyak jenis,macam-macam rasa,warna dan bau.Jadi,pilihlah buah tempatan sebagai santapan setiap hari! =)

Hari ni saya memilih buah raja,.Pernah dengar tak?Tak?Ni nak bagitahu ni.Buah Pisang.Kenapa panggil buah raja?hehe.Saya saja je yang bagi nama tu.Sebab warnanya kuning lepas masak.Raja kan sinonim dengan warna kuning. =)
Sebelum ni,saya ada terbaca dalam akhbar,tentang khasiat BUAH PISANG.

Warna dah ada kaitan dengan raja,jadi mestilah kaya,kaya dengan vitamin.Buah diraja ini mengandungi vitamin A,B1,B2,B6 dan C juga fiber,potassium dan magnesium serta 2-3 kali ganda karbohidrat!Wah,jadi sesuailah bagi mereka yang suka jaga badan dan berdiet! (~_^)

Kandungan gula semula jadi sukrosa,fruktosa dan glukosa dalam buah ini mampu memberikan tenaga dengan kadar segera dan berterusan.Jadi,sesuailah untuk atlit sukan!

Selain itu,buah pisang ni dikatakan mampu menstabilkan tekanan darah dan bagus untuk penghadaman,dapatlah mengurangkan sembelit,memudahkan pembuangan air besar.

Banyak betul khasiat buah pisang ini.Apalagi,jom makan pisang,bagus untuk kesihatan.Sehari sebiji pisang,dapat menjauhkan dari doktor! (~_^)

Nak dapatkan info yang lebih lanjut,tekan SINI

Jangan tak tahu,pisang ada banyak jenis ;






ini pisang lemak manis,yang paling saya suka.Sungguh enak dimakan begitu saja!





ini pisang nangka,ambil dari pokok ni. . .sangat fresh!

(kenal pokok pisang tak?)




ini pula pisang apa ya,cuba teka.ce teka ce teka.





tadi kan dah cakap,ini pisang nangka,daripada original macam ni,jadilah . . .


Pisang sira.pisang ini disira.sangat mudah menyediakannya.

hanya perlukan air,gula melaka a.k.a nisan,daun pandan dan semestinya buah pisang!.

Sukatan ni untuk sesikat pisang(macam dalam gambar) :

masakkan 3/4 gelas air bersama 3/4(daripada sebulatan besar) gula melaka.

masukkan sehelai daun pandan.

apabila gula melaka sudah cair,masukkan buah pisang(yang dipotong-potong)

best!sangat-sangat best!masakan pisang yang ni saya paling suka!i loikkee.anda?saya tak tahu,masing-masing ada selera tersendiri. =))


Note : teringat kat Nur Zulaikha Roslan a.k.a eka sebab pernah bawa pisang sira ni kat eka dan eka suka! =)

Monday

Di sekeliling



Apakah perkara yang paling dekat di dunia ini?

- Yang paling dekat adalah MATI -

Apakah perkara yang paling jauh di dunia ini?

- Yang paling jauh di dunia ini adalah MASA LALU -

Apakah perkara yang paling besar di dunia ini?

- Yang paling besar adalah HAWA NAFSU -

Apakah perkara yang paling berat di dunia ini?

- Yang paling berat adalah AMANAH -

Apakah perkara yang paling ringan di dunia ini?

- Yang paling ringan adalah MENINGGALKAN SOLAT -

Apakah perkara paling tajam di dunia ini?

- Yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA -



= IMAM GHAZALI =


Mengapa masih bertangguh sedangkan kematian itu semakin hampir . . .
Mengapa termenung mengenangkan perkara lalu,realitinya yang berlalu tidak akan kembali . . .
Jangan dituruti hawa nafsu,kerana nafsu bisa menjahanamkan kita . . .

Jangan permainkan amanah diberi,ia akan dipersoal . . .
Sanggupkah mengutamakan urusan duniamu sehingga membelakangkan solat . . .
Sanggupkah menikam manusia hanya kerana lidah yang berbisa . . .




Masa yang berlalu,sesaat pun tidak menunggu kita,sesaat pun tidak akan kembali . . .

Guru dan sahabat

Teringat kuliah maghrib yang disampaikan seorang ustaz pada minggu lepas.Antara perkara-perkara yang menyebabkan malaikat tidak memasuki sesebuah rumah.Pertama,jika terdapat patung yang cukup sifatnya di dalam sesebuah rumah.Bergetus hati kecilku,"Alhamdulillah,diriku ini tidak pernah meminati anak-anak patung,atau bear apatah lagi membelinya.Yang dihadiahkan pun,rasanya tidak begitu ramai yang menghadiahiku patung-patung.Kalau ada pun,entah ke mana,saya sendiri tidak tahu.Memang dari kecil,mama dan abah tidak perah membelikanku anak patung mungkin itu yang menjadi faktor diriku tidak menggemari anak-anak patung atau bear.Jangankan membeli,melihatnya tidak pasar raya tidak menarik minatku untuk terus merenungnya."

Seterusnya yang diberitahu ustaz tempoh hari adalah rumah yang tidak dikunjungi tetamu.Setiap tetamu yang datang ke rumah sebenarnya membawa rezeki.Rugilah bagi mereka yang tidak suka menerima kunjungan tetamu.Setakat ini,saya rasa bersyukur kerana masih ada tetamu yang berkunjung ke rumah yang tidak seberapa ini.

Perkara lain yang meyebabkan malaikat tidak memasuki rumah seseorang aialah apabila rumah tersebut mempunyai anak yang menderhaka kepada ibu bapa.Itu yang paling besar.Rumah yang mengandungi anak yang menderhakai kedua-dua orang tuanya tidak diberkati.Redha Allah pada redha ibu dan bapa.Kita disuruh untuk mentaati ibu bapa dan mencintai ibu bapa selepas Allah dan Rasul.

"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya.Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan demi kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu.KepadaKu tempat kembali. " (Surah Luqman : 14)

Saya terfikir,zaman sekarang yang dikatakan 'moden' menyebabkan saya berasa bimbang akan adik-adik saya yang masih mentah. (Saya pun masih mentah sebenarnya.Masih banyak yang perlu saya pelajari). Sebagai seorang yang digelar kakak,rasanya saya perlu memantau mereka.Justeru,pada waktu yang diberikan cuti panjang ini,akan dimanfaatkan sebaiknya.Bukan berlagak menjadi ibu bapa sebaliknya membantu mama dan abah dalam memastikan mereka tidak tergelincir dari landasan yang benar.Saya rasakan itu sebahagian daripada tanggungjawab saya sebagai seorang kakak.Saya ingin menjadi sahabat yang paling akrab dengan adik-adik saya.InsyaAllah =)

Kata orang semakin tua,semakin banyak kerenah,begitu juga bumi ini.Bumi yang tua ini menghadapi dunia global yang semakin mencabar dan menguji.Sesiapa yang tidak kuat imannya akan mudah tersungkur.Na'uzubillah.Semoga adik-beradik saya dilindungi.Allahumma amiinn...

:: Ibu bapa adalah guru pertama seseorang manakala adik-beradik merupakan sahabat pertama ::

Perpisahan semalam


Redupnya pagi sejuk di bawah titisan embun,sang mentari muncul memancarkan sinarnya penuh kebanggaan,si purnama dengan tunduk akur menyembunyikan diri.Sepoi-sepoi angin menghempas ke wajah menambah rasa tenang,lensa semula jadi pada diri ini masih mampu dibuka dengan izinNya untuk melihat keagungan ciptaanNya.'Memory card" yang masih berfungsi membawa fikiran melayang pada kenangan semalam.

Pertemuan yang tidak pernah terlintas di fikiran,menjentik rasa di hati untuk terus bersahabat.Ucapan salam diterima sebagai tanda perkenalan.Hari demi hari yang dilalui menambah keakraban,menguatkan ukhuwah.Lorong kehidupan masing-masing membawa kita berjauhan.Kesibukan menguruskan pelayaran sendiri sedikit sebanyak menjarakkan hubungan.

Jalinan yang terbina cuba diyakinkan untuk memperoleh kepercayaan kerana kepercayaan adalah rempah utama dalam perhubungan.Kesempatan berhubung memberi peluang bertukar pendapat dan saling memotivasikan diri ke arah kebaikan.

badai mana tidak dilambung ombak,laut mana tidak bergelora.sekali-sekala terpijak juga duri dalam mengatur langkah,sehingga terkadang menghiris hati yang satu.masing-masing menuding jari pada diri sendiri,mengakui kelemahan sebagai seorang insan,akhirnya hubungan terbina kekal bertaut.Dirimu ku kagumi kerana tabah dan sangat sabar melayani kerenah diri ini.cuma kadang-kadang diri ini rimas kerana meletakkan diri ini ditempat tinggi,walhal dirimu lebih tinggi kedudukannya,lebih baik dari diri ini.disebabkan itu dirimu bagaikan menelan peria dalam perkenalan sementara ini.

Diriku hanyalah insan biasa yang mengaharapkan redhaNya,berusaha melakukan suruhanNya menjauhi laranganNya yang kadang-kadang tergelincir,Daku punyai rasa kasih dan sayang kurniaan Ya Rahim.Namun,perbezaan kita yang membataskannya lalu tersimpan kemas di dalam kotak hati.

Masa yang berdetik pantas,kata-kata dipegang dan janji disimpul.ku pegang kata-katamu menanti masa untuk direalitikan.Tanpa diduga,tanpa dirancang rapi,pertemuan secara kebetulan terlakar.Siapa sangka itulah yang pertama dan terakhir kerana dirimu dijemput Izrail bertemu cinta paling agung.Hatimu yang rosak teruk menjadi asbab nafasmu terhenti.Halangan demi halangan dihadapi untuk menziarah,ingin sekali bertemu mata dengan ayah,ibu dan adikmu,namun pasrah.akur.doa dikirim,dengan harapan damailah dirimu di negara abadi.

Kenangan semalam disimpan.Daku sedar,siapalah diri ini untuk menyayangimu,kerana Dia Yang Maha Esa lebih menyayangimu.Perpisahan semalam menjadikan hari jadimu tahun ini kuhadiahkan Al-Fatihah . . .

Note : Sesiapa sahaja yang mencintai kita itu hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah jua yang menitipkan rasa cinta itu ke dalam dirinya untuk mencintai kita.







Tundukku malu kepadaMu atas pemberianMu,

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu,

Aku buta tanpa bimbinganMu,

Aku cacat tanpa hidayahMu,

Aku hina tanpa rahmatMu,

Kuatkanlah hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala dugaan yang datngnya dariMu.


Saturday

:: Mama ::


Mama,

Senyummu,

membawa seribu satu erti,

Walaupun dikau dalam keresahan,

Tangismu,

mengajarku erti ketabahan,

Tegurmu,

bukan bermakna dikau marah apalagi membenci,

bahkan menambah kasih dan sayangmu,

Kasihmu,

membawaku ke syurga,

tidak mampu ku balasi,

restumu kuharapkan selalu.


Di bumi ini,

Engkaulah yang pertama dalam sejuta,

Engkaulah nombor satu dalam seribu.
Thank you Allah for giving me a precious gift,MY MAMA . . .




Semoga Allah memberkati hidupmu,MAMA . . .


p/s : Hargailah dan bersyukurlah kerana hari ini,saat ini,ketika ini,waktu ini,masa ini,kita masih berpeluang menatap wajah ibu,merasai kasih sayang seorang ibu.


HARGAILAH dan SAYANGILAH MAMA,UMMI,IBU,MAK,EMAK dan MUMMY ANDA SELAGI MEREKA MASIH ADA !


Note : Walau apapun kelebihan,kelemahan atau keburukan ibu kita,dia TETAP ibu kita.Biar apa pun orang berkata tentang mama kita sama ada baik atau buruk,kita lebih mengenali mama kita.Yang salah kita betulkan,yang betul kita pertahankan.



Selamat Hari Ibu,,,Mama! (8 Mei 2011)

Friday

Untukmu buah hatiku...

Dengan lafaz bismillah,daku mulakan post ini.Sesungguhnya pada hari Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan,jom selawat banyak-banyak,zikir banyak-banyak! =))

Alhamdulillah,dapat memulakan pagi dengan kuliah subuh yang menjadi sarapan telinga seusai menunaikan solat subuh.Subhanallah,damai sungguh pagi-pagian!Siapa kata pagi hujung minggu tidur lama-lama,bangun lewat-lewat.Habis tu,subuh ke mana?Jadi selama ni bangun pagi bukan sebab nak solat subuh,bangun semata-mata nak ke sekolah dan bekerja?? ~ Muhasabah diri ~

Sungguh daku tidak terdaya mengangkat satu jari sekalipun tanpa izinMu ya Rabbi.
Tidak kumampu melangkah walau sejengkal tanpa bantuanMu,Ya Rahman Ya Rahim.
Tidak wujud rasa cinta dan kasih sayang dihati ini tanpa kurniaanMu,ya Wadud.
Ya Allah,kurniakanlah rahmat dan hidayahMu kepada kami supaya bertambah kecintaan kami kepadaMu Ya 'Aziz...

Baiklah,anda pasti pernah mendengar ayat ini."ibu,ibu engkau lah ratu hatiku". =))
Setiap anak lelaki,setiap anak perempuan yang belum berkahwin selagi ibu masih hidup,itulah wanita pertama yang mesti bertakhta di hati,ibulah yang mesti dicintai dikasihi sehebat-hebatnya.Rasulullah SAW pun mengingatkan sebanyak tiga kali supaya mentaati ibu.

Sebagai iktibar,kisah Al-Qamah yang pada zaman Rasulullah SAW yang terleka melayan kerenah isteri sehingga terlepas pandang meraikan ibunya sehingga akhirnya si ibu berkecil hati,menyebabkan Al-Qamah susah mengucap kalimah syahadah semasa hendak meninggal dunia.Nabi SAW perintahkan dibuat unggun api untuk membakar Al-Qamah kerana mengecilkan hati ibunya.Begitu tegasnya Nabi SAW dalam soal kederhakaan seorang anak kepada ibu kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Hierarki ketaatan seorang anak ialah kepada Allah SWT,Rasulullah SAWdan ibu.

Kesukaran seorang ibu yang ditanggung dari awal mengandung,menyusu dan mendidik anak-anak dari kecil hingga ke akhir hayat,Allah SWT mengiktiraf pengorbaan seorang ibu.


Untukmu buah hatiku yang bergelar mama,

apa yang terbuku dihatimu,linangan air mata,hanya mampu ku duga ertinya,

Banyak yang dikau pendamkan dan rahsiakan demi melihat kebahagiaan permata.

Penatmu disembunyikan,

Peluhmu sendirian disapukan,

Lelahmu dirahsiakan.

air matamu tersirat penuh rahsia,

senyummu membawa seribu satu makna,

siang dan malam menderita,

menelan lara dan terima segala dugaan dan badai yang melanda.

Tidak mampu kubalas segala pengorbanamu untuk mendewasakanku,

Tiada bahagia tanpa doamu,

Tiada berkat tanpa restumu,

Halalkan susumu yang mengenyangkan perutku,

Ampunkan daku kerna melukakan hatimu,

Redha Allah pada redha mama dan abahku.

Ampunkan daku.

Ya Allah,kasihanilah kedua-dua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecil.

SELAMAT HARI IBU,MAMA!

SAYANG MAMA! ( dan abah juga! ) (~_^) LOVE;LOVE;LOVE

Sayangilah dan hargailah ibu anda selagi mereka masih hidup.Taati ibumu selagi mana tidak melanggar hukum syara'.

Hubungan seorang ibu dan anak diikat dengan doa yang tulus ikhlas dan disuburi dengan kasih sayang.

Selamat hari ibu kepada semua ibu,mak,emak,ummi,mama!!! Semoga Allah memberkati hidupmu (^_~) JANGAN LUPA DOAKAN IBU SELALU!






P/s : Mereka yang berjauhan dengan ibu tu,berapa kali call ibu dalam sebulan,kalau tak pernah call ibu langsung,cepat-cepat call selagi waktu masih ada!Tak rindu mama ke?saya selalu rindu mama saya!