Thursday

Sekarang ke Nanti Dulu???

Alhamdulillah..

Selamat sampai kat rumah.Dapat cium tangan mak ayah.Hati pun senang.Lagi-lagi exam dah selesai.ngeeeee ;-))

Otak nak berehat?Err,otak kita berehat ke?Saya rasa masa kita tengah tidur pun otak kita tak berhenti berfikir.Betul tak?heheh.

Ada pepatah,jauh perjalanan,luas pemandangan.Yelah,sebaik kaki melangkah keluar,minda pun terbuka,takde la jadi seperti katak di bawah tempurung!! Banyak yang kita boleh lihat dengan anugerah deria penglihatan yang Allah pinjamkan pada kita.

Jom saya kongsikan apa yang berlaku sepanjang saya dalam perjalanan pulang selama lebih kurang 6 jam.

Jeng.jeng.jeng.

Pada awalnya,saya sangkakan saya akan conquer 4 seats dalam bas sani ekspress malam tu.Tiba-tiba ada seorang perempuan datang ke arah tempat duduk belakang.Katanya,tiket yang dia beli overlap dengan orang lain,so terpaksalah dia duduk kat tingkat bawah sebelah saya memandangkan seat tu memang kosong.Macam mana boleh overlap?Entahlah.Saya pun tak tahu.Perbualan bermula.Ouh,student Uia Gombak ke.Lor,ingatkan tahun 3.Rupanya tengah buat master dalam engineering.Perbualan terus rancak.Kami sempat berbincang satu topik yang saya kira agak menarik(kalau tak menarik bagi anda saya tak tahu.hahah ;p ).


Dalam rancak berbual,lupa nak perkenalkan diri masing-masing.Tengah-tengah jalan baru tanya,"adik nama apa ye?"heheh.

Ada satu ayat Kak Ina malam tu yang menarik perhatian saya."Bagi akak la kan,tak guna seorang perempuan tu belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai buat kerja rumah."Untuk pengetahuan anda,Kak Ina ni dulu apply untuk kursus kulinari lepas SPM tapi tak dapat atas sebab2 yang Kak Ina bagitahu saya
.(Anda taknak tahu pun kan,jadi buat pe saya bagitahu ;p ).

Haa..Setuju sangat la dengan apa yang Kak Ina cakap tu.Yelah,dunia dah moden,zaman dah berubah(macam pernah dengar je kan? ;p).Perempuan sekarang ramai yang berpelajaran tinggi tapi sayangnya,tak ramai yang pandai buat kerja rumah,memasak.Kak Ina ni umur 9 tahun pun mak dia dah ajar memasak.Katanya mak dia garang.Menarik bukan? *wink* Banyak jugak la perkara yang sempat kami bertukar pendapat dan banyak cerita yang saya dapat daripada Kak Ina sampai la jam 2 pagi,masing-masing dah menguap lebih-lebih lagi suhu terlalu sejuk.Dah pakai baju sejuk pun,saya terpaksa berselimut lagi.Sejuuuuuuuukkk. ;p

Apa yang menarik lagi,beberapa hari sebelum saya balik ada seorang sahabat berbicara tentang persediaan para wanita yang bergelar pelajar untuk melangkah ke alam rumah tangga.Katanya dia ada bertanya kat kawan perempuan dia berkaitan hal ni.Kebanyakan jawapan yang keluar daripada kawan dia tu,semua cakap awal lagi,study dulu.Lebih kurang macam tu la kot.Pendapat dia pulak,"Kita dah 20.Takde perkataan awal tu.Bila you nak start prepare untuk your husband?Perempuan suka pandang rendah hal ni.Then dia tanya lagi,bila korang nak prepare untuk husband korang?Nak tunggu habis belajar umur 23?Dah tu keluar nak cari kerja.Dah kerja nanti sempat ke nak belajar memasak dengan betul?Tahu banyak dah pasal ilmu nak jadi isteri solehah?Sekarang perempuan sangaaaaat ramai pemalas dan tak tahu nak urus rumah.Dah start kerja jangan harap diorang sempat belajar."

Okay.Saya setuju,memang tidak dinafikan perempuan sekarang kalau ditanya pasal kahwin,akan cakap tunggu habis belajar dulu lah.Tetapi ,,,,, dalam jawapan tunggu habis belajar dulu,bukan bermaksud kami sebagai perempuan tak pernah terfikir langsung pasal nak memasak ke,nak mengurus rumah ke.Cuba kita ambil Kak Ina(seperti di atas) sebagai contoh.Dari seumur 9 tahun lagi mak dia dah latih dia memasak.Permulaannya,ikan singgang.Bila masuk sekolah menengah,dia dah pandai masak masakan bergulai.Masa dia tengah buat degree dia dah boleh amik tempahan,ala-ala catering tu.Kalau kawan-kawan dia nak buat jamuan masa belajar kat UIA Gomnbak dulu,Kak Ina yang dicari.Kak Ina lah yang masak.(apa yang ada dalam fikiran anda?)


Ini bermaksud tak semua perempuan yang belajar tinggi sekarang tak tahu langsung pasal hal rumahtangga.Dan tak bermaksud,bila habis belajar nanti baru lah semua perempuan berlumba-lumba nak belajar memasak,mengurus rumah,nak belajar itu ini.Dalam masa yang sama,saya tak nafikan ada perempuan yang dah berumur 24tahun pun belum pernah buat kerja rumah dan taknak buat langsung kerja rumah.Ini realiti kawan-kawan!!!Salah seorangnya,kawan serumah kepada Kak Ina dulu.Kak Ina sempat bercerita pada saya. *wink*


Bagi saya,semua ini sebenarnya bergantung kepada background sesebuah family jugak.Ada family memang akan latih anak-anak perempuan dia untuk buat kerja-kerja rumah ni dari kecil lagi.Bahkan bukan anak perempuan je,anak lelaki pun sama naik tolong-menolong buat kerja rumah.Bagus dan menarik bukan? *wink*


Dan ada juga sesebuah family yang sebaliknya.Bagi mereka,manjakan anak lagi penting.Bagi ruang diorang fokus betul-betul pada study dan enjoy zaman kanak-kanak dan zaman muda diorang.So,semua kerja rumah seperti memasak,mengemas rumah,menggosok baju dan lain-lain diserahkan bulat-bulat kepada seseorang yang dibayar gaji setiap bulan yang dinamakan orang gaji.Jadi membesarlah anak-anak mereka dengan tangan yang cantik lagi halus mulus kulitnya.Sejuk mata orang yang memandang. Semua macam tu ke?Kan dah cakap kat atas tu. ;p


Oleh itu,tak semua perempuan yang belajar tinggi-tinggi tak tahu menahu hal rumahtangga.Sesetengahnya memang nak habiskan belajar dulu.Takut tak terpikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.Mana nak mengurus rumah lagi,makan pakai suami,kalau dah ada anak,nak urus anak lagi dan dalam masa sama nak study.Semuanya perlukan pengorbanan.Tapi ramai je yang berkahwin masa belajar.Alhamdulillah,ramai je yang kekal bahagia.Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.Kalau yang dah cukup bersedia mental dan fizikal,serta punyai ekonomi yang kukuh why not kahwin sekarang or waktu belajar.
Kesimpulannya,semua ada pandangan dan pendapat masing-masing,terserah pada individu itu untuk berada di pihak mana.Anda yang tentukan sendiri! *wink3*

p/s : sekadar berkongsi :))

Tuesday

When It's Over . . .

Hye everyone.... Wink Wink Wink ;p

*While waiting for my dearest brother to come and fetch me up here.Yippee!!Time to go home!
With the mood of releasing tension after the examination is over!
Maka bermulalah episod mengarut ini. ;p

Suddenly....

Aduishhhh...pe ni..

Wah..banyaknya habuk.....ssssssssssssssssssss


Hihi.Dah lama rasanya tak berkesempatan nak update blog.Maklum la,kan bulan Syawal,mesti busy kan?Busy nak makan banyaaak.Dalam masa sama,sibuk nak kumpul duit raya banyaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkk2.Akhirnya,kami berjaya.Yes!!Dapat duit raya banyak tahun ni!! (banyak ke???jom check poket n sampul duit raya masing-masing!!! ;p) Mana tak nya,awal-awal pagi lagi dah keluar rumah,lewat petang or malam baru balik.hehe ;p

Banyak tempat juga yang sempat kami pergi beraya.Nak tahu kat mana?Ntah. ;p Kat area Kuala Terengganu jela setakat ni sebab saya kan belum kahwin,jadi xde lagi la sistem giliran tu.hahah. ;p

Ternyata sememangnya bulan Syawal begitu indah untuk silaturrahim.Kenapa?Nantilah saya ceritakan. ;p



RAYA vs EXAM???

Haaaaa...........
Raya dan exam.
Of course la raya menang.Betul tak? ;p Bila masa pulak student nak open book time2 raya ni,Encik Universiti!!!!!!!!Haishh. ;p


Okay.Raya dah beraya sakan.Exam pun dah berhabis-habisan buat preparation(Study last minute.Kene lah work hard sikit kan?hahah.Itulah,beraya sampai tak ingat exam. ;p)


And . . .
Finally,I can see everyone smiles when stepped out from AMF Hall at 11.30 a.m. just now.Ada jugak yang berbisik kat kawan sebelah," YES!!Merdeka!! " hahah


Goodbye Mr. Exam! And of course next time we'll meet each other again as I know you'll miss me so much for the period of our separation. ;p


And now,,,time to go home and continue raya as my mom told me last night,"we still have so many open house's invitation." And maybe going out with someone 'tuuuuuttt' ;p

Lastly,,Of course.As usual.My hobby during semester break,accompanying my sweetheart forever,my mom to attend wedding ceremony as you already knew right,many people will get married this coming 10 October 2010.Alar,senang cakap,10.10.10.Ten,Ten.Ten. (We will discuss about this later k. ;p )

Bye Mr.Campus!! Don't miss me for this time being k.! ;p

Thursday

Ketiadaan yang dirasai

Gema takbir memecah hening malam menandakan Ramadhan telah melabuhkan tirainya.Sana sini kedengaran suara takbir yang mendayu-dayu memuji Yang Maha Esa.Ouh,hati ini hiba mendengar alunan suara takbir.Semakin dekat 1 Syawal,semakin tersentuh hati ini.Kelainan dapat dirasai.Ketibaan Syawal 1431H tahun ini dirasakan bagaikan ada yang kurang.

Hari raya semestinya bermakna bagi setiap umat Islam kerana pada masa inilah semua ahli keluarga dapat berkumpul.Sesibuk mana pun,aidilfitri merupakan hari untuk keluarga.Jika seorang ahli keluarga tidak ada bersama pada hari raya,pasti terasa aidilfitri tidak lengkap.
Begitulah tahun ini kali pertama kami menyambut lebaran tanpa seorang dari ahli keluarga yang tersayang,yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi.
**********
Tiba-tiba teringatkan angan-angan pada tahun lepas ketika dalam perjalanan pulang beraya 1430H,hati yang berkata,"Tahun depan balik raya bertiga kalau Amir dapat masuk Darul Quran.Lagi meriah la balik ramai2.Family pun happy je nak datang jemput kt airport.Yeay!". Tapi apakan daya,tahun ni,1431H.saya still balik berdua dengan seorang abang.Sudah ditakdirkan,perkara itu tidak akan terjadi.Pasrah.
**********
**********
Pada syawal ini,5 bulan sudah dia meninggalkan kami.Sambutan aidilfitri kali ini kami betul-betul merasai ketiadaan dia.Bahkan beberapa hari sebelum syawal tiba pun telah mampu membuatkan hati ini sebak.Manakan tidak,tiap-tiap tahun dia lah yang menjadi ketua mengemas keseluruhan rumah serta mengagihkan sebahagian kerja kepada adik-beradik yang lain,sebelum tibanya syawal.Dia lah yang mengelap apa2 yang patut,mengemas rumah serta membantu abah mencuci kereta.Hasil dari kerja kerasnya begitu memuaskan hati semua terutama abah dan mama.Dialah yang paling kemas,bersih dalam segala hal.Semua yang ada di dalam rumah ini dia akan pastikan tersusun dengan rapi.

Tapi tahun ni,semuanya lain.Semuanya berubah.Setiap kali terfikirkan hendak mengemas rumah,fikiran ini selalu terbayangkan dia sedang melakukan segalanya seperti tahun sebelumnya.Seolah-olah nampak gerak gerinya melakukan aktiviti2 kebiasaan.Apatah lagi ketika melakukan kerja-kerja pembersihan rumah.Mulut selalu menyebut namanya.Hati selalu berbisik,"kalau Amir ada,pasti Amir akan lakukan semua kerja ni.Takkan dibiarkan orang lain melakukannya".Raya pada tahun ini membuatkan kami betul-betul merasai ketiadaanmu,seolah-olah hilang semangat untuk menyambut raya.Tetapi hidup mesti diteruskan.
Bapa saudara sendiri,Teh Mad pun merasai ketiadaan Amir ketika seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah Tok.Terasa seperti ada yang tiada bersama.Apatah lagi kami yang hidup bersamanya selama lebih 18 tahun.Namun,apakan daya.Tuhan lebih menyayangi dirimu.Kami redha dengan perpisahan ini.Semoga dirimu tenang di sana.Semoga dirimu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,Ahmad Amirul Faez.InsyaAllah..
**********

Dalam riang menyambut hari raya,jangan dilupa untuk menghidupkan malam raya.
Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa menghidupkan dua malam hari raya dengan mengerjakan ibadah , maka hatinya tidak mati pada hari yang dimatikan segala hati ".


Dan jangan lupa meneruskan amalan berpuasa pada bulan Syawal.
Nabi s.a.w bersabda : ”Barangsiapa yang berpuasa ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun “


Note : Selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam,sahabat2 skrb,shams,cfs iium,iium kuantan dan semua yang mengenali diri ini.Maaf zahir & batin.Semoga kita beroleh keberkatan di dalam bulan Syawal ini.InsyaAllah~

Tuesday

That's Me.





Every years.


Every months.


Every weeks.


Every days.


Every times.


Every hours.


Every minutes.


Every seconds.


Every moments.


We're always trying to do the best.

Trying to avoid from doing mistakes in everything we do.


Sometimes learn from other 's mistakes is the best teacher.

Sometimes people will think that they are like rubbish if they are doing even a small mistake.





We want everything to be perfect!


But . . . . . . . . . . . . . . .

We're not angel.

We can't escape from doing mistake.


Me too.I'm not an angel.

I'm just a human.

Always doing the mistakes. (and sometimes repeat the same mistake. *sigh*)

Sometimes doing the sinful and wrongful action.

I realize that I won't be able to satisfy everyone.


I knew that outside there,


There are two kinds of people,like and dislike me.






I know I have my weakness.

I'm also know that I have my own strength.

We've to realize and accept that we're not perfect.

Nobody is perfect.




I can't do everything you like.

I can't fulfill all your wishes and your dreams.
I'm trying my best to do the best in my life and to others.

We are complementary to each other to make life beautiful.

I'm myself and no anybodyelse,

I'll try and always be myself.

So,I'm not perfect.




. . . That's me . . .

Saturday

Tersinggah

12.30 a.m.


Mata belum lena.Tangan mengambil remote control,lalu menekan button power.Skrin yang berada di hadapan mula bersuara.
Tiada rancangan yang menarik untuk ditonton.Tiba-tiba pilihan berhenti pada sebuah rancangan yang bertajuk 'SinggahSahur'. (ouh.memang saya sudah tersinggah pun.hahah)



Oh.Rancanga ni baru nak start. Azizah Aiffin dengan Fedtri Yahya yang mengacarakan rancangan tu ketika itu.2 orang yang cukup sinonim dengan rangkaian tv tersebut.


Pada kebiasaannya,SinggahSahur akan singgah dan bersahur dengan mereka yang kurang bernasib baik.Pada kali ni mereka singgah di satu tempat(opss.saya lupa pe namanya),penghuninya mereka yang kurang upaya(OKU).Ada yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan,ada yang berjalan menggunakan kerusi roda,malah ada yang terpaksa memakai kaki palsu tiap-tiap hari selepas bangun dari tidur untuk memulakan aktiviti harian.

Tiba-tiba hati ini berdetik dan bersuara,"Tiap-tiap hari diorang jalani kehidupan macam tu.Kene pakai kaki palsu tiap-tiap hari,ada yang makan menggunakan kaki dan ada yang tidak mempunyai tangan.Banyak nikmat yang Allah pinjamkan pada saya tapi saya selalu lupa,alpa,lalai,tak menyedari nikmat yang selalu saya gunakan itu.Ya Allah,betapa malunya diri ini padaMu!"

Saya kgum dengan mereka,kuat semangat dalam menempuh kehidupan di dunia ini walaupun kadang-kadang ada ibubapa tak sanggup mengaku punyai anak kurang upaya.Mereka yang kurang upaya ini juga tidak mudah berputus asa,serta rajin berusaha untuk berdiri di atas kaki sendiri.Mereka juga merupakan anugerah yang tak ternilai kerana mereka juga punyai kelebihan yang tersendiri.




Kita yang punyai anggota yang cukup sempurna untuk menjalani kehidupan ni,bagaimana ye? (masing-masing boleh jawab sendiri *wink* ;p )

Lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan yang mulia ini.Memberi makan pada anak-anak yatim,orang-orang tua serta orang-orang yang kurang bernasib baik mendapat ganjaran di sisi Allah.


Renung-renungkan dan selamat beramal! *wink*


Friday

Salam Terakhir


Hari ni saya berpeluang menonton satu drama di kaca televisyen,salah satu stesen televisyen yang menjadi kegemaran.Tajuknya Salam Terakhir.(adik saya cakap dulu cerita ni dah ada,tapi saya tak pernah tengok pun.heheh).Tengok pada tajuknya,mungkin anda pun sudah tahu genre drama ini sebagaimana yang saya sangkakan apabila melihat tajuk ini.Ya.betul!Pasti cerita yang sedih,menyentuh hati penonton.

**********

Dipendekkan cerita,al-kisahnya drama ini tentang perpecahan 3 beradik disebabkan harta pusaka.Masing-masing mahukan bahagian masing-masing dan semestinya ada yang mahu lebih tidak kurang juga yang bimbang pihak lain akan mendapat lebih.

3 beradik ini,along(lupa nama apa ;p),Airil,kak chik(sebab lupa nama ;p) dan seorang anak angkat ibu bapa mereka,Syamsul.Along,semestinya anak sulong.hahah,punyai tanggungjawab untuk membahagikan harta pusaka itu.Malangnya,Airil menganggap Along berniat mendapatkan bahagian yang lebih dan menukarkan nama rumah yang mereka sedang diami itu ke atas namanya.Hubungan Along dan Airil mulai renggang dan airil memusuhi Along.Along yang bersikap 'cool' serta menyedari tanggungjawabnya menggantikan tempat kedua-dua orang tuanya,sering bertolak ansur dengan sikap Airil.

Kak Chik pula,satu-satunya bunga dalam family mereka,ditangkap khalwat bersama teman lelakinya pada bulan Ramadhan.Ini menimbulkan kemarahan Along.Kak Chik yang rasa bersalah,mulai dingin dengan Along.

Dalam masa yang sama,Along sebenarnya sedang menderita penyakit barah tanpa pengetahuan 2 adiknya dan adik angkatnya,Syamsul yang begitu baik terhadap Along.

Lebih menyentuh perasaan,2 orang adiknya pergi beraya di rumah buah hati masing-masing.Maka,tinggallah Along bersama Syamsul di rumah pada pagi raya walhal along teringin sangat semua adik-adiknya berkumpul bersama-sama di pagi raya.

Tanpa diduga,Along meninggal dunia pada pagi raya setelah bersiap-siap untuk solat sunat hari raya.Berita itu diketahui kedua-dua adiknya dan pada masa itu baru mereka menyedari buah hati mereka hanya mahukan harta mereka.Mereka yang sedih meratapi pemergian Along,mula menyedari kesilapan mereka.Lebih-lebih lagi setelah membaca surat wasiat Along yang sempat ditulis sebelum meninggal dunia.Mereka rasa cukup menyesal di atas perbuatan mereka sebelum ini.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.


**********

Okay.Cukup sampai di situ.Apa pengajaran yang kita dapat?Saya rasa anda pun boleh fikir,kan? ;-)
Jangan menjadi manusia yang materialistik.Harta tak akan membawa kita ke mana-mana.Kumpullah harta setinggi gunung pun,sebesar zarah pun tak akan dibawa ke alam barzakh melainkan amal yang soleh,sedekah jariah serta doa anak yang soleh. (masih ingat post saya sebelum ini? *wink*)

Seperkara lagi,jika ada harta,selesaikanlah sebelum meninggal dan sediakan wasiat supaya tidak timbul masalah kemudian hari nanti serta si mati dapat bersemadi dengan tenang.

Hadis Rasulullah s.a.w.,
"sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat,maka dia mati di atas jalan ini,dan sunnah.dia mati dalam keadaan bertaqwa,bersyahadah,dan dalam keadaan diampunkan,"