Monday

Dua Mata


MATA.

Mata adalah anugerah Allah yang amat bernilai.Allah mengurniakan dua mata kepada manusia yang merupakan antara nikmat jasadiah yang terbesar.Mata juga menjadi lubang dugaan paling hebat buat insan.Dengan mata manusia dapat melihat,lalu menjana akal untuk berfikir.Dengan mata juga manusia boleh bermaksiat.


Selain mata yang terzahir,kita perlu mempunyai dua mata lain,iaitu satu mata untuk melihat masa belakang dan satu mata untuk melihat masa hadapan.
*wink*

Sebagai insan yang lemah,kita memerlukan mata yang melihat masa belakang sebagai muhasabah.Kelemahan manusia adalah mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang.Dengan mengulangi kesilapan yang sama,peningkatan diri dalam hidup akan terbantut.Manusia yang baik tidak akan mengulangi kesilapannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. : "Seorang mukmin yang baik tidak akan disengat kala padalubang yang sama sebanyak dua kali."

Dengan mata ini(mata melihat masa belakang),kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita.Di sinilah salah satu jalan untuk menggapai redhaNya.Ramai manusia yang mengingati kelebihannya,kebaikannya,kegemilangannya.Namun amat sedikit mengingati kekurangan,kejahatan dan kerendahannya.Perkara yang tak baik yang kita lakukan perlu sentiasa diingati dan dijadikan sebagai bahan muhasabah agar ia tidak berulang.

Mata lain yang perlu kita punyai adalah mata yang melihat masa hadapan.Di sinilah perlunya perancangan.Manusia yang merancang akan bersedia.Merancang bermakna mempunyai strategi.Allah juga menggalakkan perancangan,
"Wahai orang-orang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap kali memerhatikan apa yang telah Dia sediakan untuk hari esok" (al-Hasyr : 180)

Muhasabah dan perancangan amat penting.Bersama manusia ada masa.Masa ini tidak akan dapat dikembalikan.Jadi bagi yang tidak bermuhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga.Bagi yang tidak merancang,dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga.Inilah kerugian.

Sebab itu Allah berfirman,
"Dan demi masa,sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian." (al-Asr : 1-2) Dan lebih merugikan,apabial kita tidak bermuhasabah,kita akan mengulangi kesilapan yang sama dan mewariskan pula kesilapan itu kepada ahli keluarga.Itulah kerugian yang nyata.
"katakanlah:sesungguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat." (az-Zumar : 15)


Bersempena 1 Muharram yang menjelang ini,renungi dan lihatlah masa belakang untuk meng'improve'kan serta memperbetulkan diri.Juga melihat masa hadapan supaya hari esok serta akan datang lebih baik daripada hari ini dan semalam.Bersihkan sampah sarap dengki,riya' sumah di hati kita.Selamat berhijrah. *wink*

Dunia adalah ladang akhirat. Di sini menanam,di sana menuai. Rugi di dunia,penghasilan di sana juga rugi. Semua di tangan saya dan anda.Tiada paksaan. Renung-renungkan dan selamat beramal. *wink*


Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.Selagi hayat dikandung badan,selagi nyawa masih dipinjamkan,gunakanlah masa dan peluang yang ada ini seoptimum yang mungkin untuk terus beribadat hanya keranaNya dan mencari redhaNya.






Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432.Semoga tahun ini lebih bermakna,lebih baik dari tahun sebelumnya dan paling penting semoga sama-sama kita mendapat lebih keberkatan dariNya.InshaAllah (^_^)

Wallahu'alam.

No comments: