Friday

Sayang sederhana

Sederhana itu bahagia.
Sederhana itu indah.
Sederhana itu sempurna.

Bersederhana dalam segala hal sangat perlu termasuklah dalam rasa sayang.
Ramai yang over dalam cinta.Cinta sesama manusia.Sayang terlampau biarpun tahu ia bukan ada pertalian darah secara sah dengannya.Biarpun yakin dialah insan yang akan sehidup semati namun itu bukanlah jaminan untuk sayang bagai nak rak.Kita hanya mampu merancang.Allah jua yang menetukan.Sebaik-baik perancang adalah Dia Yang Maha Mengetahui.Yakinlah dengan ketentuan Ilahi.

SAYANG ~ sanjung bagai nak rak ; apabila ada ketidakpuasan hati timbul ; Benci ~ hina,cerca bagai nak rak..
Sayang bukan bermakna sanggup melakukan apa sahaja demi dia tetapi sayang membawa diri suatu kesedaran di mana batas-batas yang perlu dijaga.
Bersederhanalah dalam segala hal agar tidak jatuh kecewa bagai nak rak di kemudian hari... Apa jua tindakan perlu difikir secara waras dalam keadaan waras sebelum beraksi...


No comments: