Monday

Hakim persendirian



Cantik juga la kasut ni tetapi macam sayang je nak pakai kalau ada kasut macam ni lebih-lebih lagi kalau ianya hadiah dari seseorang. ^-^
Hasil tangkapan dua biji mata daripada gambar ini,agak-agaknya berapa saiznya ya? ~_^
Tiada kasut yang mempunyai hanya satu saiz sahaja bukan?
sebab setiap orang mempunyai saiz kasut yang berbeza.
lain orang lain saiznya.
ada yang kecil,ada yang besar.
hmm,macam mana saiz kasut yang pelbagai,,begitu jugalah dengan kehidupan.
semua orang mempunyai kehidupan yang tersendiri.Lain latar belakang,lain lifestyle nya.
Jadi,mengapa mudahnya menghakimi orang lain dengan hanya berdasarkan hasil gambaran luaran?
Belajarlah menerima perbezaan.hargailah kelainan kerana daripada perbezaan juga ada keistimewaan.
Didiklah hati untuk tidak gelojoh membuat kesimpulan.
Rambut sama hitam,isi kotak hati lain-lain.

Realitinya,ada orang yang kita tidak kenali tetapi dia terlebih kenal diri kita sehingga begitu yakin untuk menghakimi kita.
Q-tak penat ke jadi hakim untuk diri sendiri?
Don't judge too fast,Don't judge too much!
# senyumlah =) #

No comments: