Bulan Zulhijjah.
Penyatuan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.Beruntunglah bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu di rumah Allah pada musim haji ini.Alhamdulillah..
Dan bagi mereka yang tidak berada di tanah suci,pun ada penyatuan.Sanak saudara ,semua balik kampung untuk sama-sama berkumpul meraikan hari raya Aidiladha.Tapi ada juga yang tidak pulang ke kampung atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.Tidak mengapa,bukan rezeki untuk kali ini.Walau di mana sahaja kita berada yang penting niat dan amalan kita..
Hakikatnya Aidiladha ini lebih meriah datipada Aidilfitri.Mengapa?kerana takbir memuji kebesaran Ilahi bergema sana sini dari 11-13 Zulhijjah..Meriah terasa suasananya.. =)
Apa-apapun hayati erti sebenar korban.Jangan hanya tahu nak beraya dan makan daging korban sahaja..
Semoga ada niat dan azam untuk korban hati dan nafsu dalam usaha untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.Moga ia menjadi titik permulaan dan pengakhiran yang baik. in shaa Allah...
Taqabbalallahu minna wa minkum...
Kullu 'am wa antum bikhair...
#Salam Aidiladha.Maaf Zahir dan Batin#
No comments:
Post a Comment