Friday

Sayang sederhana

Sederhana itu bahagia.
Sederhana itu indah.
Sederhana itu sempurna.

Bersederhana dalam segala hal sangat perlu termasuklah dalam rasa sayang.
Ramai yang over dalam cinta.Cinta sesama manusia.Sayang terlampau biarpun tahu ia bukan ada pertalian darah secara sah dengannya.Biarpun yakin dialah insan yang akan sehidup semati namun itu bukanlah jaminan untuk sayang bagai nak rak.Kita hanya mampu merancang.Allah jua yang menetukan.Sebaik-baik perancang adalah Dia Yang Maha Mengetahui.Yakinlah dengan ketentuan Ilahi.

SAYANG ~ sanjung bagai nak rak ; apabila ada ketidakpuasan hati timbul ; Benci ~ hina,cerca bagai nak rak..
Sayang bukan bermakna sanggup melakukan apa sahaja demi dia tetapi sayang membawa diri suatu kesedaran di mana batas-batas yang perlu dijaga.
Bersederhanalah dalam segala hal agar tidak jatuh kecewa bagai nak rak di kemudian hari... Apa jua tindakan perlu difikir secara waras dalam keadaan waras sebelum beraksi...


Korban.

Bulan Zulhijjah.
Penyatuan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.Beruntunglah bagi mereka yang terpilih menjadi tetamu di rumah Allah pada musim haji ini.Alhamdulillah..

Dan bagi mereka yang tidak berada di tanah suci,pun ada penyatuan.Sanak saudara ,semua balik kampung untuk sama-sama berkumpul meraikan hari raya Aidiladha.Tapi ada juga yang tidak pulang ke kampung atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.Tidak mengapa,bukan rezeki untuk kali ini.Walau di mana sahaja kita berada yang penting niat dan amalan kita..

Hakikatnya Aidiladha ini lebih meriah datipada Aidilfitri.Mengapa?kerana takbir memuji kebesaran Ilahi bergema sana sini dari 11-13 Zulhijjah..Meriah terasa suasananya.. =)

Apa-apapun hayati erti sebenar korban.Jangan hanya tahu nak beraya dan makan daging korban sahaja.. 
Semoga ada niat dan azam untuk korban hati dan nafsu dalam usaha untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.Moga ia menjadi titik permulaan dan pengakhiran yang baik. in shaa Allah...

Taqabbalallahu minna wa minkum...
Kullu 'am wa antum bikhair...

#Salam Aidiladha.Maaf Zahir dan Batin#

Monday

Hakim persendirian



Cantik juga la kasut ni tetapi macam sayang je nak pakai kalau ada kasut macam ni lebih-lebih lagi kalau ianya hadiah dari seseorang. ^-^
Hasil tangkapan dua biji mata daripada gambar ini,agak-agaknya berapa saiznya ya? ~_^
Tiada kasut yang mempunyai hanya satu saiz sahaja bukan?
sebab setiap orang mempunyai saiz kasut yang berbeza.
lain orang lain saiznya.
ada yang kecil,ada yang besar.
hmm,macam mana saiz kasut yang pelbagai,,begitu jugalah dengan kehidupan.
semua orang mempunyai kehidupan yang tersendiri.Lain latar belakang,lain lifestyle nya.
Jadi,mengapa mudahnya menghakimi orang lain dengan hanya berdasarkan hasil gambaran luaran?
Belajarlah menerima perbezaan.hargailah kelainan kerana daripada perbezaan juga ada keistimewaan.
Didiklah hati untuk tidak gelojoh membuat kesimpulan.
Rambut sama hitam,isi kotak hati lain-lain.

Realitinya,ada orang yang kita tidak kenali tetapi dia terlebih kenal diri kita sehingga begitu yakin untuk menghakimi kita.
Q-tak penat ke jadi hakim untuk diri sendiri?
Don't judge too fast,Don't judge too much!
# senyumlah =) #

Friday

Manisnya musibah


peritnya ujian,
masinnya tangisan,
pahitnya dugaan,
namun yakinlah disebaliknya ada sebuah kemanisan.

usah mengeluh akan sesuatu kesusahan,
disebaliknya pasti ada tersembunyi keistimewaan.

pandang sesuatu perkara dengan mata hati,
agar tidak menyesal di kemudian hari.




# senyumlah =) #

Thursday

Sebuah pertemuan


Setiap perjumpaan,pertemuan bukanlah suatu kebetulan, tetapi ketentuan Allah
Setiap orang yang kita berjumpa pasti berpisah pada akhirnya
Jangan fikir perjumpaan dalam perspektif,kita jumpa orang yang kita suka atau kurang suka
Fikir dalam konteks setiap perjumpaan ditentukan Allah dan ingatlah Allah tidak pernah melakukan apa-apa yang sia-sia.Maka setiap perjumpaan itu ada maknanya tersendiri
Lihat di sebalik apa yang dipelajari daripada setiap pertemuan.
Dengan demikian,maka kuranglah mengumpat kerana teringat Allah, dan dengan bersangka baik kepada Allah bahawa orang yang ditemukan kepada kita ada hikmahnya,apalah yang perlu diumpatkan dan apalah yang perlu disimpan rasa benci.


kredit to Ahmad Dasuqi =)