Sunday

Tak boleh laa...


Pernah dengar ayat ini?
"Kalau satu hari I tak menari,tak boleh laa . . ." "Kalau satu hari tak buat tu tak boleh laa..."

Andai satu hari mampu habiskan satu novel,kenapa Al-Quran satu muka surat pun tak boleh baca?
Andai satu hari mesti baca surat khabar,kenapa Al-Quran satu ayat pun tak boleh baca?
Andai ada konsert hati meronta-ronta nak pergi,kenapa berat kaki melangkah ke masjid berjemaah?
Andai satu hari mesti dengar lagu,menyanyi,kenapa zikrullah tak mampu meniti di bibir?
Andai satu hari boleh tonton tv berjam-jam,kenapa solat 5 waktu pun susah nak dirikan?
Andai lirik lagu boleh dihafal,kenapa zikrullah dan selawat ke atas baginda s.a.w. susah nak ingat?
Ya Rasulullah,Ya Habiballah,layakkah kami mendapat syafaatmu di akhirat kelak?
#muhasabah buat diri sendiri yang sering alpa#

Perjalanan hidup kadang-kadang di atas,kadang-kadang di bawah.Untuk terus dilandasan yang benar,tidak tergelincir,penuhkan iman di dada.Iman tidak boleh diwarisi.Seorang anak ustaz,tidak selalu sama seperti ayahnya menjadi seorang ustaz atau tidaak sama ilmunya seperti seorang ustaz.
Apa yang dilihat,didengar,aktiviti seharian selalu mempengaruhi jiwa dan akhlak.Hak memilih di tangan kita.kita sendiri yang menetukannya.

Nota : Salam Maulidur Rasul 1433H.

اللهم صلي على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي

No comments: