Sunday

Lapar dan dahaga.

Lapar.
Dahaga.
Sangat lapar.
Sangat dahaga.

Tapi tak nak air.tak nak makanan.
Kasih sayang?pun bukan jawapannya.
Kasih sayangNya yang melimpah ruah hingga tak terkira sudah mencukupi.
Kasih sayang mama abah,adik-beradik bagaikan menatang minyak yang penuh sudah memadai. Kasih sayang sahabat-sahabat pun apa kurangnya,patut disyukuri.

Lapar dan dahaga dengan makanan untuk jiwa.Jiwa terasa kering kontang,kemarau memanjang tanpa makanan.Langkah perlu sentiasa dicipta untuk mengisi kekosongan hati yang meronta-ronta mahukan "air dan makanan".Jawapannya,zikrullah.Terlintas di fikiran pesanan seorang sahabat agar sentiasa menyebut Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.Dengan zikrullah hati akan tenang,hayatilah,akan terasa dekat dengan Pencipta.Tapi sekarang dia sudah kembali kepada Penciptanya.Dia benar-benar sudah dekat dengan penciptaNya.dan saya?saya terus rindu dengan pesanan dan kata-kata daripadanya.

Ujian itu mendekatkan seorang hamba kepadaNya.Ujian yang Dia berikan kerana mahu hamba-hambaNya yang terpilih dekat denganNya,kerana Dia rindu dengan rintihan,tangisan hambaNya itu.Rintihan dan tangisan yang jatuh ketika itu adalah seikhlas-ikhlasnya.Maka,mengapa mengeluh apabila ditimpa ujian?Oleh itu,BERSYUKURlah di atas ujian yang tiba,kerana terselit rahmat di sebalik ujianNya.






.Pimpinlah saya jika saya rebah.

.Bangunkan saya jika saya terlena.

.Bawa dan pimpin saya ke syurgaNya bersama kamu semua.

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum..

moga dirimu sntiasa kuat dlm mngejar cinta-Nya.

Nurul Adilah said...

W'salam . . .
syukran ya ukhti.inshaAllah.semoga begitu juga dgn enti...