Friday

Past tense.


semalam adalah past tense,
hari ni adalah present tense,
esok adalah future tense.
Past is past.ayat tu selalu wujud,menandakan apa yang dah berlalu tidak boleh diundur lagi.
Biarpun manis,tidak akan dapat diulang,
Biarpun pahit,ditelan juga semestinya.

Semalam yang berlalu adalah kenangan.hari ini adalah kenyataan.esok pula lakaran masa depan.
hari demi hari yang dilalui pasti meninggalkan berjuta memori untuk dikenang dan dilupakan.yang pasti semalam tetap wujud sebelum tibanya hari ini dan esok.
Kerna itu hadirnya memori yang terus kekal dalam ingatan mahupun hati,dalam diri seseorang.

Pernah lihat seseorang yang sangat tenang?namun hatinya penuh dengan gelora yang tak pernah henti kunjung tiba.
Pernah lihat seseorang yang penuh dengan senyuman,namun hatinya penuh dengan air mata kedukaan. (sangat tabah orang-orang seperti ini.semoga kami juga mampu menjadi seperti mereka)
Itulah penangan kenangan semalam yang terus bermain di fikiran mereka yang mengimbasnya.Terkadang terfikir,perlu ke mengimbau kenangan dulu-dulu? *thinking corner*

Kisah yang lalu akan terus dan sentiasa berlegar di ruang minda dan hati.
Memori tidak perlu dipanggil,ia akan datang sendiri apabila terpanggil.Lakaran kenangan hanya tercipta untuk mereka yang pandai menghargai.


@hargai sebuah kenangan kerana akan tiba suatu masa ia akan pergi . . .@


memori tetap sesuatu yang sangat berharga untuk disimpan kerana terlakarnya sebuah memori disebabkan wujudnya sebuah diari . . .


#Memori tercipta bagi setiap insan tidak akan pernah sama#

sekian.

No comments: