Friday

Siap.Sedia.


Rejab melambai pergi,Sya'aban senyum mendatangi daaaaaaaaaaaaaannnnnnnnn . . . . . . . . . . . . . Ramadhan sabar menanti.

Berada di dalam lingkaran Sya'ban.Maknanya,Ramadhan bakal menyusul tiba..Menghadapi bulan Ramadhan memerlukan persediaan.Haiii,baju raya boleh saja tempah 2,3 bulan sebelum Syawal.Takkan nak sambut Ramadhan tak boleh buat persediaan?Tak perlukan modal yang banyak pun... -Reflection-

MASA dan MUHASABAH.Sukar untuk menghadapi Ramadhan tanpa matlamat untuk 'memenanginya'.Ini kerana dalam proses untuk mempertingkatkan kejayaan,seseorang perlu menetapkan sesebuah matlamat secara jelas.Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.

Sebahagiannya,cuba SOLAT 5 waktu tepat pada masanya.Cuba untuk terus menunaikan solat setelah azan berkumandang.Tinggalkan segala kerja dunia anda kerana azan adalah panggilan Ilahi kepada hambaNya untuk terus mengingatinya.Apabila sudah menjadi tabiat atau habit,pasti mudah untuk terus menunaikan solat pada bulan Ramadhan.Jika yang wajib sudah terjaga,pasti mudah untuk melakukan yang sunat.Kalau sudah liat untuk menunaikan 5 waktu atau tidak pernah solat 5 waktu,apalagi nak solat terawih!Renung-renungkan.

AL-QURAN.Cubalah membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu kali sehari.Kalau tidak mampu,cubalah untuk membaca sepotong ayat sehari!istiqamah.Lebih baik sedikit daripada tiada langsung.Dan bacalah Al-Quran berserta maksudnya,hayati apa yang sebenarnya isi al-Quran juga pesanan ,tegahan dan larangannya.Yes,ramai yang suka membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadhan dan lebih elok sekiranya dapat memahami dan menghayati maksudnya.

MENGUMPAT.Kuasa lidah yang kadang-kadang membuatkan kita 'terlupa' mengumpat adalah dosa besar!Jauhkanlah diri daripada mengumpat atau mengatakan keburukan orang lain.Rujuk al-Hujurat ayat 12.Cuba kenalpasti diri sendiri apabila tersedar diri sedang mengumpat.-Muhasabah.

oh,satu lagi.Cuba perbanyakkan berpuasa sunat supaya diri dir terbiasa dengan puasa dan melatih diri lebih bersabar.
Baginda bersabda : Puasa itu setengah sabar.Setiap perkara ada zakatnya dan zakatnya badan adalah puasa.

Persiapkan diri,bersedia untuk Ramadhan.

Renung-renungkan dan sama-sama beramal!

No comments: