Wednesday

Pergi Tak Kembali.


Seorang demi seorang dijemput Ilahi,
Seorang demi seorang ditinggalkan kucupan terakhir,
Seorang demi seorang diiringi ke tanah kubur.



**********
Menjalani rutin harian seperti kebiasaan.Pergi ke paar paa waktu pagi untuk memasak makanan tengah hari.Selesai makan,membaca Al-Quran.Tinggal satu juzuk lagi untuk dikhatamkan,berhenti sebentar untuk membasahkan tekak dengan air zamzam.Tanpa diduga,cecair itulah yang terakhir memasuki tubuh kerana jasad yang masih mempunyai kudrat selama ini tiba-tiba rebah saat menuju ke arah katil yang biasa digunakan untuk beristirehat.Dalam sekelip mata setelah dua tiga kali mencuba untuk bangkit,diri terus jatuh kerana malaikat izrail datang menjemput untuk pulang menghadap Ilahi.Kurang beberapa minit sebelum Asar,nafas terakhir dikembuskan,menoktahkan usia kehidupan di dunia yang fana ini.Perginya Tokki tak kembali lagi. <25.06.1921-11.07.2011>

Bagaikan mimpi,bagaikan khayalan,bagaikan fantasi namun itulah realiti sebuah kehidupan.Tidak kira sihat,sakit,muda,tua apabila tiba masa yang dijanjikan,ajal datang menjemput.tiada siapa mampu menolak ketentuan takdir.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk nisfu Sya'aban,tidak sampai sebulan pun Ramadhan bakal tiba,namun Ramadhan 1431H adalah yang terakhir!Semuanya telah diatur Yang Maha Esa.Dialah Yang Maha Mengetahui...


**********


Tidak diduga tahun ini akan kehilangan lagi,tapi percayalah Allah itu Maha Mengetahui.Maha Bijaksana.Sabar.Redha.


Selepas kehilangan demi kehilangan diterima,fikiran terus melayang,"Bagaimana pengakhiran hidup diri sendiri???" dan rindu pada yang tiada lebih mendalam.


Oh,Allah,please guide me.Show me the way.Give me and all my family members strength!InsyaAllah...



"Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati." (29:57)


3 comments:

Nur Hafizah said...

takziah k.dilah...
semoga k.dilah sekeluarga tabah dan sabar.

Nurul Adilah said...

; insyaAllah,Hafizah... Semoga Allah merahmati Hafizah dan keluarga.

Nurul Adilah said...
This comment has been removed by the author.