Friday

Duhai Hati . . .



Pengharapan.
"semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu."
Ianya suatu pengharapan buat semua yang tahu keistimewaan dan kemuliaan bulan itu.Harapan hanya akan tinggal harapan jika tidak berusaha ke arah itu.
harap.usaha.buat.
harapan juga boleh jadi seperti pasir yang ditiup angin sekiranya tidak lahir sebenar-benarnya tulus ikhlas dari hati sendiri atau qalb.

Ramadhan adalah bulan penyucian jiwa,bulan tarbiyah juga tazkiyatun nafsi manusia agar kembali kepada fitrah yang suci.

Rasulullah s.a.w. bersabda,: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu."
Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci dari segala dosa.

Puasa ini perisai.Allah beri peluang kepada kita untuk mendisiplinkan diri.Usah sia-siakan peluang yang ada...



Rindu pada solat sunat terawih.

Rindu pada tadarrus al-Quran,

Rindu pada malam lailatul qadr.

Rindu segala-galanya yang di bulan Ramadhan.

Masih sempatkah untukku meneympurnakan rindu ini?

Ramadhan kali ini,cuba lafazkan satu janji pada diri untuk lebih mendekatkan diri kepada Ilahi dan campakkan segala sifat buruk pada diri jauh ke tepi...
Peringatan buat diri sendiri . . .

1 comment:

Anonymous said...

Like3!!
:D

-sultan-