Friday

Antara waktu dan usia



matahari yang terbit,menjadi tanda permulaan hari

Hari-hari yang kita lalui
mulanya pagi,akhirnya senja
siang dan malam silih berganti
matahari yang terbit sehingga terbenam jua akhirnya

dari segumpal darah diciptakan kita
setelah tulang-tulang dibaluti isi
dalam rahim ibu organ-organ dilengkapi
hingga lahir ke dunia sebagai bayi yang bersih dan suci tanpa dosa dan noda



meniarap merangkak sebagai permulaan
bertatih diajar sehingga mampu berjalan
mengenal,membaca juga diberi pendidikan
sehingga mampu cemerlang dan berjaya
melangkah ke menara gading penuh bangga
dengan harapan menjadi insan berguna

apakah kita sedari segala masa-masa yang berlalu sebenarnya menambahkan usia kita?
pernahkah kita ambil kira segalanya yang kita miliki sebenarnya milik Pencipta Yang Esa?
sedarkah kita tujuan hidup di atas muka bumi ini untuk apa?
apa hala tuju kita setelah kembali kepadaNya?
sebagaimana yang dijanjikanNya,
untuk kejahatan balasannya neraka,
untuk setiap kebaikan balasannya syurga.
jalan mana yang kita pilih sebagai bekalan menuju negara akhirat yang kekal selamanya?

Kehidupan
adanya permulaan akan adanya pengakhiran
adanya pembukaan akan adanya penutupan
adanya pertemuan akan adanya perpisahan
akan berlaku perpisahan abadi sehingga terjadinya perpisahan antara roh dan jasad,yang memisahkan manusia dengan dunia.

Usia yang kita mulai dari sehari sehingga tiada pengetahuan akan penghujungnya melainkan pengetahuanNya,entah kita mampu melewati usia senja atau tidak yang selalu mereka katakan waktu sesuai untuk bertaubat.Namun,kayu ukur kemuliaan manusia diukur daripada keimanan dan amalan.bukannya daripada rupa paras dan panjang umurnya.apa guna diberi usia yang panjang dengan iman dan amal yang tiada.
sentiasalah bertaubat sebelum terlambat.kerna masa itu semakin singkat.




2010 yang bakal berlabuh tirainya seperti matahari ini yang terbenam apabila tiba waktu senja.
tahun baru yang bakal membuka tirainya akan menambah satu lagi usia kita.sedarlah wahai diri,umur yang kian bertambah sebenarnya semakin menghampirkan diri dengan KEMATIAN.sudahkah diri dipersiapkan?kerna kematian itu bukan mudah.



kubur yang bakal menjadi rumah kita nanti,
manakala jasad yang bakal menjadi hidangan ulat dan tanah.


p/s : peringatan buat diri sendiri.sedarkan saya jika saya terlena.



Tuesday

Jom!

Social networking . . .

Facebook yang menjadi ketagihan orang ramai . . .
Twitter . . .
Myspace . . .


Blog untuk bloggers . . .


Game yang mengasyikkan . . .


Rangkaian televisyen yang pelbagai . . .



Panggilan . . . . . . . . . .

Apabila azan berkumandang,JOM! segerakanlah menunaikan solat.Tinggalkan urusanmu sementara.Tiada panggilan yang lebih penting melainkan panggilan Ilahi.Amalan pertama yang akan dihisab adalah solat.

3 panggilan Allah kepada hambaNya ;
Panggilan pertama : panggilan azan
Panggilan kedua : panggilan umrah @ haji (bagi yang mampu)
Panggilan ketiga : Kematian.panggilan ini tidak mampu dijawab dengan lisan dan gerakan.Hanya dapat menjawabnya dengan amal soleh.Oleh itu,manfaatkanlah masa sebaik-baiknya.
Jawablah 3 panggilan Allah dengan TAQWA.InshaAllah,syurga sebagai balasan.
Setelah selesai menunaikan solat,
JOM! Sambung need for speed. (hehe.just kidding.)
Nak main game,nak berfacebook,nak berblog tak mengapa,tetapi jangan abaikan solat... (^_-)


Wallahu'alam. . . .

Sunday

Ingatan






Redupnya mentari hari ini,
seolah-olah di sebalik awan mentari bersembunyi

mungkin begitu ruang yang dipenuhi
permainan perasaan lagi.
bercanda lagi dengan kisah lalu
yang tersemat rapi mengukir kenangan,
kisah aku dan kamu;kami dan kamu,
terus terpahat menjadi kenangan.

saat hilai tawamu masih mampu kudengar,
saat merdu suaramu masih mampu kudengari,
saat lirikan matamu masih mampu kutatap,
saat senyummu terukir masih mampu kulihat
saat usikan manjamu mencorak hariku,
saat kewujudanmu menyenangi semua hati.

sehinggalah kulihat kaku badanmu dalam kedinginan
menatap wajahmu yang tiada lagi senyuman
hanya kulihat ketenangan diwajahmu,
hanya kucupan terakhir dariku buatmu
Setelah dirimu kembali kepada Penciptamu,
Dan jasadmu kembali kepada tanah,
Semoga damai dirimu di sana.


disebalik wajah yang nista ini,aku rindu padamu,
cuba mencorak bahagia dalam mengingatimu,
meneruskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki,
melalui jalan yang penuh ranjau dan duri.
pernah aku rasa lemah,
untuk terus melangkah gagah,
ingin terus bersama kamu,
seperti hari-hari yang telah berlalu.

namun aku tahu, aku masih punyai tanggungjawab,
masih perlu menaburkan bakti pada mereka,
masih perlu berjuang di alam fana.
disaat itu kasih sayangNya yang menyelimutiku
bagaikan memberi ingatan buatku supaya terus bangkit!lantas kusedarkan diri,

aku hanya hambaNya.
aku hanya hambaNya.
aku hanya hambaNya.
apa dayaku untuk melawan ketentuanNya. Kini,kamu telah selamat bersemadi di sana, aku,kami masih di sini,menjadi pengembara di dunia yang fana, berusaha menabung buat bekalan kebahagiaan di negara abadi.jua,semoga menjadi pertemuan abadi antara KITA di negara akhirat nanti.
INSHAALLAH.

Akanku jadikan perpisahan sementara ini sebagai kekuatan untuk meneruskan pengembaraan di sini kerna giliran aku,kami juga pasti akan tiba,
Akanku genggam memori kita bersama yang lalu sebagai ingatan supaya aku tidak lalai,terus dan terus mengingatiNya Yang Maha Satu kerna jalan kehidupan ini masih ada untukku dan pastinya tidak akan sunyi dari ujianNya.






Note : Secebis ingatan buat Nadia Izzah(4 Feb 2000) dan Amirul Faez(8 Apr 2010).Al-Fatihah . . .

Tuesday

Kulit dan Buku



*sapaan purnama pada pagi ini!sempat snap purnama ini yang berjaya menambat hati ini.*

Pagi-pagi lagi fenomena alam sudah mampu membuatkan saya tersenyum sendirian.kenapa tidak?pagi ini,saat membuka tingkap,pagi yang indah disapa oleh bulan purnama penuh yang sangat indah untuk dipandang!sungguh indah ciptaanNya.Allahuakbar!
Alhamdulillah,puji-pujian buatMu yang masih memberikanku nikmat penglihatan.Begitu banyak nikmatMu namun diri ini yang sering alpa,lalai dari mensyukurinya kerna terpaut pada hasutan dunia.

Selain penglihatan,kita ada mulut untuk berbicara,hidung untuk mencium bau,telinga untuk mendengar,lidah untuk merasa.dengan 5 pancaindera ini juga kita sering menyalahgunakan mereka.Nampak kita hamba yang tidak bersyukur kan.

Teringat kata-kata ustaz Muhadir dalam majlis talaqqi minggu lepas,
"maksiat yang paling kurang pun akan dilakukan adalah maksiat mata.orang yang menjaga hati adalah orang yang menjaga matanya.dan malam tu juga,Ustaz Muhadir ada menyentuh perihal menyebut keburukan orang.Menyebut keburukan orang bermulanya dari mulut,salah satu nikmat yang Allah kurniakan tetapi disalahgunakan untuk mencapai objektif negatif.

Akan tetapi kemajuan sains dan teknologi telah membuatkan manusia lebih kreatif.keburukan orang malahan keburukan sendiri terus rancak disebarkan menerusi laman sosial seperti friendster,myspace,twitter,facebook dan tidak kurang juga di laman blog.Ustaz pesan lagi,kalau cerita keburukan yang disebarkan itu tidak benar,ia adalah fitnah.Tidakkah orang itu akan tergolong dalam golongan penyebar fitnah jika menyampaikan berita yang tidak sahih?

Ingatlah,jika kita bercerita tentang keburukan orang lain,Allah akan membuka lidah orang untuk membuka aib kita."

kadang-kadang dari tersilap tafsiran pun boleh menjadi fitnah.
cara kita begini,cara mereka begitu,kita pula berfikir pada cara lain.cara kita berfikir mungkin tidak sama.style orang itu macam itu,style orang ini macam ini.Jadi,jangan mudah membuat kesimpulan terhadap orang lain @ tindakan orang lain.

kenapa tajuk kulit dan buku?Sebab kulit belum menjamin kualiti sesebuah buku.
Jangan menilai seseorang pada luarannya,tetapi lihatlah pada sudut pandangan yang lain.Pandangan luaran mungkin memberikan tafsiran yang salah.
"Don't judge a book by it's cover" *wink*
Oleh itu,bersangka baiklah terhadap orang lain. (^_^)

jika punyai masalah,jangan letakkan masalah sebagai masalah.
make problems as challenges.always think positive when you are facing any problems,then they won't be a burden to you. *wink*

Jangan takut jika anda tidak menipu atau berada di pihak yang benar.
Jika anda tahu orang yang berkata buruk tentang anda,atau kata-kata yang berbaur hasad,dengki,tidak perlu anda mengikuti perkembangannya atau ingin lebih mengenalinya.Tidak perlu menyimpan dendam kerana itu hanya menambah titik hitam pada hati.bersihkan hati,hati kan raja.Ingat saja balasan yang disediakan di negara abadi kelak atas perbuatan kita di dunia ini.Biarkan Allah Yang Maha Adil mengadilinya. Tidak kenal,Tidak Benci. (^_^)

Pesanan bapa saudara,"jika ada orang menyebarkan fitnah tentang kita atau merencana kejahatan terhadap kita,jangan bimbang hari-hari Allah yang tentukan.ingat ayat ni kalau sedang merencana jahat pada orang lain,"Rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri."



Note : akaun-akaun kepunyaan saya di laman sosial bukan untuk berkata-kata tentang orang lain sebaliknya untuk kegunaan ke arah positif.



Saturday

Anjakan.

Anda bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan.Apabila tiba harinya,anda bersedia dan menunggu masa untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.Situasi : nervous.berdebar.sejuk(sebab awal pagi). Tepat jam 8 pagi,pintu dewan di buka,seorang lecturer bagitahu,"kepada students yang bakal menduduki peperiksaan bagi kertas GPL2,kami memohon maaf,paper anda terpaksa ditunda pada pukul 9.30pagi."



Oh,apakah ini???dengan redha,kami pun pergi la makan dulu(walaupun sebenarnya dah makan sebelum tu.)Tiba-tiba kecoh pula orang ramai cakap,exam sekarang,tak jadi pukul 9.30(masa tu kalau tak silap pukul 8.30).kami belum sempat makan,pergi ke dewan pulak.sampai je orang bagitahu kami,pukul 9.30 pulak.Tiba-tiba dapat mesej,venue ditukar.kami pun pergi la.
punyalah menanti,tiba jam 9.05pagi,head of department cakap,"exam postponed la".saya tak percaya.tapi madam ulang."kami terpaksa postponed your paper to next week.department of law minta maaf."ouh,apakah???sebabnya,lecturer untuk subjek GPL2 belum datang dan masalah venue.oh,apakah???
Can you see how's the changes happened??perkara yang tak pernah terjadi,tiba-tiba terjadi.REALITI!
dengan hati yang pasrah,redha,sabar,kami pulang ke bilik masing-masing.huhhh..pasti ada hikmahnya.percayalah pada Allah kerana janjiNya pasti. (^_^)

*****


rencah kehidupan.
penuh dengan kejutan yang kadang-kadang kita tak jangka.kita hanya mampu merancang,Tuhan yang menentukan.dalam kehidupan ni penuh dengan perubahan.Manusia,sentiasa berubah.ada yang berubah ke arah positif,ada juga ke arah negatif.sekejap berada di puncak,sekejap,jatuh menyembah bumi.Tetapi,percayalah.perkara yang kekal dalam hidup ini adalah perubahan.



Lihatlah dunia,dari awal-awal kemerdekaan,sampailah sekarang.Dunia berubah,zaman berubah,fesyen berubah,style berubah,cara hidup berubah,pemikiran berubah,status berubah.semua ni dilalui oleh semua orang dan kita boleh menilainya sama ada dari mata kasar atau mata hati *wink*



Sekarang masih dalam bulan Muharram.bulan pertama dalam kalendar Hijrah.Kita baru saja meraikan tahun baru 1432H baru-baru ini.Masih dalam mood sambutan maal hijrah.Dalam diri setiap orang yang sedar peningkatan tahun ini akan sentiasa inginkan perubahan @ sesuatu yang baru dalam hidup mereka.atau dalam kata yang lain,ingin berubah.sama ada lebih baik atau lebih buruk.(mana ada orang nak berubah ke arah yang buruk kan?).Itu terpulang kepada setiap individu.



Sementara kita punyai masa ini,berusahalah untuk berubah ke arah jalan yang lebih baik.cuba menjadi manusia yang lebih baik dari semalam.Manusia tidak akan pernah sunyi dari kesilapan,sebab itu kita perlu saling mengingati.kita tidak mampu hidup bersendirian di atas muka bumi ini kerana manusia saling memerlukan.Juga,dalam usaha berubah,kita perlu bermuhasabah,sentiasa muhasabah diri dan muhasabah diri.Semoga kita sentiasa istiqamah dalam amalan yang membawa kebaikan. InshaAllah.

saya sedar saya lemah.kita semua lemah,semua ada kekurangan.kalau kita cermin diri banyak lemahnya.tapi kenapa tidak mengaku,tidak ada yang sedarkan?atau mungkin juga terlalu "sibuk" mencari kelemahan orang lain.humm..fikir-fikirkan.buat renungan diri sendiri serta anda. *sekadar berkongsi* (^_^)


Dimana ada kemahuan di situ ada jalan,
jangan asyik bagi alasan.
nak seribu daya,mahu seribu cara.

"The permanent things in life is changes."

Note : kenapa lama tak update?(saya tanya pada diri saya sendiri.)
midsem exam.study.busynessss.malas.malas.malas.Banyak malas kan?so,saya rasa
perlu berubah daripada malas kepada rajin.Good luck untuk diri sendir!!! *wink*

Wallahu'alam.

Monday

Dua Mata


MATA.

Mata adalah anugerah Allah yang amat bernilai.Allah mengurniakan dua mata kepada manusia yang merupakan antara nikmat jasadiah yang terbesar.Mata juga menjadi lubang dugaan paling hebat buat insan.Dengan mata manusia dapat melihat,lalu menjana akal untuk berfikir.Dengan mata juga manusia boleh bermaksiat.


Selain mata yang terzahir,kita perlu mempunyai dua mata lain,iaitu satu mata untuk melihat masa belakang dan satu mata untuk melihat masa hadapan.
*wink*

Sebagai insan yang lemah,kita memerlukan mata yang melihat masa belakang sebagai muhasabah.Kelemahan manusia adalah mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang.Dengan mengulangi kesilapan yang sama,peningkatan diri dalam hidup akan terbantut.Manusia yang baik tidak akan mengulangi kesilapannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. : "Seorang mukmin yang baik tidak akan disengat kala padalubang yang sama sebanyak dua kali."

Dengan mata ini(mata melihat masa belakang),kita bermuhasabah dan merenung salah silap kita.Di sinilah salah satu jalan untuk menggapai redhaNya.Ramai manusia yang mengingati kelebihannya,kebaikannya,kegemilangannya.Namun amat sedikit mengingati kekurangan,kejahatan dan kerendahannya.Perkara yang tak baik yang kita lakukan perlu sentiasa diingati dan dijadikan sebagai bahan muhasabah agar ia tidak berulang.

Mata lain yang perlu kita punyai adalah mata yang melihat masa hadapan.Di sinilah perlunya perancangan.Manusia yang merancang akan bersedia.Merancang bermakna mempunyai strategi.Allah juga menggalakkan perancangan,
"Wahai orang-orang beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap kali memerhatikan apa yang telah Dia sediakan untuk hari esok" (al-Hasyr : 180)

Muhasabah dan perancangan amat penting.Bersama manusia ada masa.Masa ini tidak akan dapat dikembalikan.Jadi bagi yang tidak bermuhasabah dan asyik mengulangi kesilapannya yang sama maka dia telah kehilangan masa-masanya yang berharga.Bagi yang tidak merancang,dia juga telah kehilangan masa-masanya yang berharga.Inilah kerugian.

Sebab itu Allah berfirman,
"Dan demi masa,sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian." (al-Asr : 1-2) Dan lebih merugikan,apabial kita tidak bermuhasabah,kita akan mengulangi kesilapan yang sama dan mewariskan pula kesilapan itu kepada ahli keluarga.Itulah kerugian yang nyata.
"katakanlah:sesungguhnya orang yang rugi itu adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka di akhirat." (az-Zumar : 15)


Bersempena 1 Muharram yang menjelang ini,renungi dan lihatlah masa belakang untuk meng'improve'kan serta memperbetulkan diri.Juga melihat masa hadapan supaya hari esok serta akan datang lebih baik daripada hari ini dan semalam.Bersihkan sampah sarap dengki,riya' sumah di hati kita.Selamat berhijrah. *wink*

Dunia adalah ladang akhirat. Di sini menanam,di sana menuai. Rugi di dunia,penghasilan di sana juga rugi. Semua di tangan saya dan anda.Tiada paksaan. Renung-renungkan dan selamat beramal. *wink*


Tiada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.Selagi hayat dikandung badan,selagi nyawa masih dipinjamkan,gunakanlah masa dan peluang yang ada ini seoptimum yang mungkin untuk terus beribadat hanya keranaNya dan mencari redhaNya.






Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432.Semoga tahun ini lebih bermakna,lebih baik dari tahun sebelumnya dan paling penting semoga sama-sama kita mendapat lebih keberkatan dariNya.InshaAllah (^_^)

Wallahu'alam.