"Assalamualaikum w.b.t. Saya,penyimpan mohor besar raja-raja,dengan ini mengumumkan tarikh bermulanya puasa bagi umat Islam jatuh pada Rabu,11 ogos 2010.Sekian Assaamualaikum w.b.t."
Yeay!!! Esok puasa..hahah.ragam kanak-kanak.. ;p
Ramadhan menjelma.
Maka,ibu-ibu mula memikirkan menu-menu untuk berbuka puasa sepanjang sebulan.Si bapa pula rancak menyediakan perbelanjaan untuk anak-anak dan isteri.Maklumlah,bulan puasa ni berbelanja lebih daripada hari-hari biasa katanya.Si anak pula,apa persediaan mereka? Ya!!Menghitung hari supaya Ramadhan cepat berlalu untuk menyambut ketibaan Syawal.(Itu hanyalah zaman kanak-kanak.orang kata,zaman pramatang.hahah.) Saya pun seorang anak.Apa agaknya persediaan saya untuk ramadhan kali ni? Anda nak jawab? ;p
Macam-macam perasaan yang ermain di ruang sanubari.Gembira,sedih,sayu,hiba dan macam lagilah. (orang lelaki cakap perempuan kuat beremosi.Anda setuju? ;p)
Bulan Ramadhan adalah bulan kerohanian dan bulan berganda.Apa sahaja yang kita lakukan akan mendapat balasan berganda.Nafsu kita juga berganda walaupun syaitan dirantai pada bulan ini.Ini adalah kerana nafsu kita bertapak di hati dan bermaharajalela.Kita sebagai tuannyalah yang perlu bijak mengawal nafsu.
Semasa menghadiri talaqqi baru-baru ini,ada yang mengajukan soalan kepada ustaz,mengapa manusia tetap melakukan kejahatan pada bulan Ramadhan,walhal syaitan-syaitan diikat serta dirantai?Jawab ustaz,betul,syaitan dirantai tetapi yang dirantai itu adalah ketua-ketua besar syaitan ataupun senang cakap,ketua askar.Yang ber'pangkat' bawah ada yang bebas.Tetapi yang paling kuat mempengaruhi kita adalah nafsu kita sendiri.Bagaimana cara kita mengawal nafsu kita,tepuk dada tanya iman. ;-)
Sabda Rasulullah s.a.w.,
Apabila datang bulan Ramadhan,dibukakan pintu langit,ditutupkan pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.
Sepanjang bulan Ramadhan,ramai yang berlumba-lumba melakukan amalan kebaikan.Saling membalas pemberian lauk sesama jiran,bersedekah,memperbanyakkan bacaan al-Quran dan solat terawih.Waktu sebeginilah surau-surau dan masjid padat dipenuhi manusia.Tak kurang juga yang hanya bersemangat pada awal Ramadhan sahaja dan,akhir Ramadhan kerana ingin bertemu lailatul qadar.Agaknya kita berada dalam golongan mana ye? (thinking...)
Pada satu malam,sedang asyik berdiskusi,tiba masa untuk bersurai.Masing-masing bertanyakan waktu dan masa untuk next meeting.Ketua kumpulan meminta semua ahli berkumpul pada Rabu depan selepas isyak.Tiba-tiba dengan pantas seorang ahli kumpulannya mengingatkan ketua bahawa hari Rabu tersebut sudah mula berterawih.Lantas,seorang ahli yang lain bertanya,"Wajib ke terawih?".Apa reaksi anda jika soalan ini diajukan kepada anda?Jawab-jawab! ;-)
Apa yang kita mahukan setiap kali tibanya Ramadhan?
Apa harapan kita setiap kali bertemu Ramadhan?
Cukup ke sekadar menahan lapar dan dahaga pada waktu siang hari?
Cukup ke dengan berpuasa siang hari sahaja untuk menampung dosa-dosa yang pernah kita lakukan?
Tidak ada keinginankah untuk melakukan lebih berganda amalan-amalan kebaikan?Merebut pahala yang Allah gandakan pada bulan ini?
Dalam hidup ini,hanya ada dua jalan.Satu disebelah kanan,satu lagi disebelah kiri.Andalah yang menentukan jalan hidup anda.Ingatlah!! Jalan yang anda pilih itu bukan sahaja menentukan hidup di dunia,bahkan di akhirat kelak.Apa sahaja yang kita lakukan di dunia,bakal mendapat balasannya di akhirat.
Even you have two legs,but when the time comes,Between the path,you may choose only one at one time.. *macam tajuk blog je kan?hihihi*
Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini,kita dapat menggilap kembali hati kita yang kian pudar serta melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini.Oleh itu,didiklah nafsu kita yang selama ini dipengaruhi syaitan.Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata.Tetapi berpuasa adalah berlapar serta mendidik nafsu dan peribadi manusia.
Bulan Ramadhan juga adalah sebagai lambang kasih sayang Allah terhadap hambaNya.Allah tidak mensia-siakan kepenatan hambaNya sehinggakan tidur di waktu siang pun mendapat pahala pada bulan yang penuh kerahmatan ini.Begitu besarnya kasih sayang Allah kepada kita.Oleh itu,marilah kita bersama-sama menilai kembali diri kita.Semoga amalan kita pada tahun ini semakin bertambah dan sempurna pelaksanaannya.
Sabda Rasulullah s.a.w.,
Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.
Kerjakanlah amalan pada bulan Ramadhan ini seolah-olah inilah kali terakhir kita bertemu dengannya.Kita tidak tahu sama ada tahun hadapan kita masih mendapat peluang ini lagi atau tidak.
Nabi s.a.w. bersabda,
Bekerjalah seperti kamu akan hidup selamanya,dan beramallah seolah-olah kamu akan mati esoknya.
p/s : marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah terlebih dahulu menemui Penciptanya.
Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.Semoga puasa kita diterima Yang Esa.InsyaAllah.
3 comments:
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..semoga dapat menggunakan kesempatan ini untuk memperbanyakkan amal ibadah...IsyaAllah..^_^
rndooooooo na trwikh sme2 huhu
rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sama kamu juga.Ramadhan thun ni mcm xberseri tnpa kita bersama...huhu
Post a Comment