Tuesday

bila namanya cinta


Ayat-Ayat Cinta.
Saya percaya umum telah menonton filem ini.
Filem ini berkisar tentang cinta.(dah nama pun ayat-ayat cinta kan ;p)
Sekadar gambar hiasan.

Hmmm..
Cinta.
Ya.Cinta.
Cinta apa?Cintakan Ilahi.Cintakan ibubapa.Cintakan kekasih hati.Cintakan ilmu.Cintakan alam sekitar.Dan macam-macam lagi.Hmm..

Cinta adalah perasaan istimewa yang dianugerahkan kepada manusia.Cinta juga menghidupkan jiwa.Cinta menjadikan seseorang bahagia dan pada masa yang sama bisa membuatkan seseorang merana.Sesiapa yang memahami cinta akan menjadi tuannya,bukan hambanya.

Ramai yang mengaku menyintai,hakikatnya mereka bukan menyintai orang itu tetapi menyintai diri sendiri.Betul ke?

Apabila kita mencintai seseorang,kita sering terfikir akan tentang dirinya,bukan diri kita. Kepentingan diri sendiri tidak dihiraukan,membahagiakan kekasih yang diutamakan.Ini dikatakan menggambarkan cinta sejati.

Sesudah 'declare' menjadi pasangan kekasih(ataupun couple),kebiasaannya pasangan akan 'mengawal' si dia(tak kiralah lelaki ataupun perempuan).Ke mana nak pergi?Sedang buat apa?Tidak kurang juga pasangan yang meletakkan syarat supaya melaporkan setiap perkara yang dilakukan kepadanya.Wajarkah begitu? (tepuk dada,tanya iman. ;) )

Tidak kurang juga pasangan suami isteri."Bila nak balik?kenapa lambat?"Mungkin soalan itu yang biasa isteri tujukan kepada si suami.Suami pula apa kurangnya.Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga.Setapak isteri melangkah,menggelak cemburu di dalam dada si suami.(Maaf,mungkin saya tidak layak menyentuh hal suami isteri kerana saya belum menempuh alam itu. ;p)
Mencintai dengan 'memiliki' adalah sesuatu yang berbeza.
Mencintai itu membebaskan,manakala memiliki itu lebih kepada mengikat atau mengawal. (pilih mana yang kamu suka ;) )
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan iman.Dua hati akan mudah bersatu apabila masing-masing berusaha menyuburkan iman di dalam hati kerana sering mengingati Allah yang SATU.
Paku boleh berkarat,simen boleh retak,maka begitulah iman,boleh menaik dan menurun.Macam komputer juga,iman pun diserang virus.Macam mana ye?
Virus iman ialah ego(takbur).Cinta akan lentur dengan wujudnya rasa takbur.Orang takbur akan berasa dirinya lebih mulia manakala pasangannya lebih hina.Demikianlah kisahnya.
Wallahu'alam.

No comments: