Jun 2008-Mei 2010,adalah tempoh perkenalan saya dan Atim.Kira-kira 2 tahun.Saya kira tempoh itu agak singkat.Tetapi keramahan Atim menyebabkan saya rasa cukup mengenalinya.
Teringat sebuah pertemuan pertama dengan Fatima Zurwanty binti Zulkifly di bangunan ax,cfs iium pj ketika menunggu giliran temuduga untuk menjadi committee PRESSS.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Atim.Kemudian,ditakdirkan pula bertemu di smwap 3,kelas pertama ketika di cfs iium,English class with Mdm Salina aka Mdm Sally.Selepas itu,kami selalu ke kelas sama2.Satu persamaan antara saya dan Atim untuk ke kelas bersama2,iaitu lambat ke kelas dan berkejar2 untuk sampai ke kelas.(memori.heheh. ;) )
In memories.Last class with Mdm Sally.
Dua sem pertama di cfs iium pj,kebanyakan subjek,saya sama kelas dengan Atim.Ini membuatkan saya terus rapat dengan Atim.Atim,sememangnya seorang yang ramah,suka bergurau senda,usik mengusik serta menjadi kebiasaan bagi Atim,memanggil sahabat-sahabatnya dengan panggilan sayang.
Masuk ke tahun kedua,saya dan Atim sedikit berjauhan kerana ada subjek tertentu,kami berlainan kelas.Kadang-kadang,kami hanya berselisih di tengah jalan dan terserempak di cafeteria.Sehinggalah masuk sem terakhir di cfs iium(ketika short sem)saya dan Atim hanya satu kelas dalam subjek bio lab 2.Kami berlainan kelas dalam physics lab.Kesempatan untuk menghabiskan waktu bersama di dalam kelas agak terhad.Tambahan pula,ketika short sem yang lepas,saya lebih banyak 'absent' di atas sebab2 tertentu(mungkin di lain post,akan saya ceritakan.)
*****
14 Jun 2010
Di waktu malam.Saya mendapat mesej dari Yantie(teman seperjuangan di cfs iium) melalui ym.Berita mengenai Atim kemalangan,yang dikatakan agak kritikal dan tidak sedarkan diri.Selang beberapa minit kemudian,berpusu-pusu pesanan khidmat ringkas(sms) dari sahabat2 masuk ke dalam inbox handphone saya,memberitahu berita tersebut.Saya hanya mampu berdoa.Dan tidak mendapat info secara terperinci,sekritikal manakah Atim.
15 Jun 2010.
Membaca post dari Mdm Asmeza Arjan(Principal Mahallah Zainab Jahsyi) di Facebook.
"Salam 2 all, I just got a shocking info this morning, Kak Atim had an accident yesterday, now at Putrajaya Hospital. Will be visiting her this evening, please pray for her as for noe she is still unconcious."
16 Jun 2010.
Jam 2.00 petang,seorang sahabat mengirimkan sms,memberitahu bahawa Atim sedang nazak.Dan meminta sahabat2 lain membaca yasin serta berdoa untuk Atim.Hati berdebar2 saat membaca mesej itu dan berdoa supaya sahabatku itu selamat.
Tetapi,Allah lebih menyayangi Atim.Jam 3.06 petang saya mendapat kiriman sms,menyatakan Atim sudah meninggal.Ya Allah,betapa berita itu amat mngejutkan.Saya sudah kehilangan seorang sahabat.Hanya Al-Fatihah yang mampu dikirim.
Then,saya mendapat tahu bahawa Atim menaiki motor tanpa memakai topi keledar,telah berlanggar dengan sebuah proton myvi.Atim mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
Hari ini sudah lebih seminggu pemergianmu,Atim.Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.
Ternampak post terakhir allahyarhamah di Facebook,
"Wahai sayap kiri perjuanagn...Tatkala tiada lelaki yanag hadir memetikmu..Dan janganlah engkau sesekali merendahkan dirimu..Menggugurkan diri..menyembah tanah..Sedangkan egkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatmu.."-12Jun,3.30p.m.
Allahyarhamah Atim seorang yang menjaga batas2 pergaulan,menjaga akhlaknya dan auratnya.Allahyarhamah juga selalu mengingatkan sisters di uia supaya menjaga aurat,tingkah laku dan batas pergaulan.Moga amanlah dikau di sana.Amiin.
Salam takziah buat keluarga allahyarhamah.
Al-Fatihah buatmu sahabatku,Fatima Zurwanty binti Zulkifly
Atim sudah selamat menemui Rabbnya berbekalkan iman,taqwa dan amalnya.Bernoktah di sini perjuangannya di dunia.Sampai masa,giliran kita pula bakal menyusul tiba.
Bila?Di mana?Bagaimana?Tak siapa yang tahu melainkan Allah Yang Satu.Tidak akan dilambatkan,tidak pula dipercepatkan walau sesaat.Hargailah setiap hembusan nafas yang masih dipinjamkan Allah kepada kita setiap detik.
Adakah kita sudah bersedia untuk berjumpa Pencipta Sekalian Alam,Allah Yang Maha Esa?Sudah cukupkah bekalan kita untuk mengadapNya?Tepuk dada,tanya iman. :)
Bermuhasabahlah setiap hari supaya menjadi hamba yang bertaqwa kepadaNya dan ingatlah Allah setiap masa,Allah tidak lupa akan kita.
"Every soul shall have a taste of death (3:185)"
note : teramat merindui mereka yang telah 'pergi'..............
No comments:
Post a Comment