"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal." ( Ali Imran : 190).
Dengan adanya bulan,bintang serta matahari,perjalanan masa dan waktu dapat ditentukan.
هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السّنِيْنَ وَالحِْسَابَ مَا خَلَقَ اللهُ ذَلِكَ إِلاَّ بِالْحَقِّ يُفَصِّلُ الأيَاَتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ(5)
"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu)." ( Yunus : 5).
Sehingga ada masanya matahari,bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama,ketika bulan purnama melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi,maka wujudlah gerhana bulan.
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
Ertinya : Baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari)
Apabila berlakunya gerhana bulan,disunatkan bagi kita untuk menunaikan solat sunat khusuf.Alhamdulillah,saya sempat menunaikannya yang kemudiannya diikuti 2 khutbah yang disampaikan oleh imam pada ketika itu.
Ambillah iktibar.Fenomena ini menandakan kebesaran Allah.Cuba bayangkan bagaimana keadaan jalan raya tanpa undang-undang lalu lintas,serta tanpa lampu isyarat.Bagaimana mungkin manusia mampu menuju ke satu destinasi ke destinasi lain dengan lancar.
Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah ;)
Wallahu'alam.
*note : post ini mungkin agak kurang padat dan kurang pengisian,mungkin disebabkan jari yang penat menari. ;p
No comments:
Post a Comment