Jika di amati gambar di sebelah,hanya beberapa 'steps' baru dinaiki.Masih banyak yang belum dinaiki.Mungkin ini bersesuaian dengan diri saya.Setakat ini baru beberapa langkah telah saya harungi dalam kehidupan ini.Masih banyak yang perlu saya redahi untuk sampai ke kemuncak.Saya tahu dan saya pasti bukan mudah untuk saya melepasi setiap fasa kehidupan yang bakal ditempuhi.
Percaya atau tidak,saya telahpun mengucapkan selamat tinggal kepada alam persekolahan.Huhh.Rasa macam tak percaya tapi itulah realiti,Saya bukan lagi pelajar sekolah. ;p
Lebih menguatkan lagi kenyataan bagi kawan-kawan yang memanggil saya 'makcik',saya dah pun tamat pengajian di Pusat Asasi uia ataupun,Centre For Foundation Studies IIUM(CFS IIUM).Banyak perkara yang dipelajari sepanjang menuntut di CFS IIUM.Erti sebuah persahabatan,warna-warni kehidupan dan lebih tepat lagi belajar berdikari.Semua perkara perlu diuruskan sendiri memandangkan berada di perantauan, termasuk dalam membuat sesuatu keputusan.
Di CFS IIUM juga merupakan tapak permulaan sebelum melangkah ke alam kampus.Di sana saya dapat menambah kenalan dan mengubah saya ke arah kebaikan. ;p Semakin banyak yang kita pelajari,semakin kita sedari bahawa diri kita semakin jahil.(betul ke ayat ni? ;p)
Titik kenangan.Semoga terus bersambung kekal di dalam ingatan. ;)
Selesai sebuah cerita di CFSIIUM.Kalau nak diceritakan semuanya,mingkin 2 hari pun belum habis. ;P
**********
Ingin menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa(UIA).Sebuah cita-cita.
Sejak darjah 6,saya sudah mula berta'aruf dengan UIA.Impian yang saya tanam sebagai arah tuju saya selepas tamat persekolahan.Dengan izinNya,saya berjaya menjadi sebahagian keluarga besar UIA.Alhamdulillah.Mungkin saya agak bertuah kerana berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan sejak darjah 6.Kerana kita sedia maklum bahawa tidak semua yang kita impikan akan dapat dicapai.
Sayangnya,tempat saya bukan disini(UIA Gombak),tetapi jodoh saya di Kuantan. :,( pasrah...
Itu dinamakan cita-cita.
Kemudian.......Cinta.Ya!Cinta...!!!
Saya dah pun jatuh cinta dengan UIA.Cuma cinta ni perlu disemai dan dibaja supaya terus kembang mekar.Itulah cinta saya ;)
Cinta sesama manusia??Hurm..tunggulah kad jemputan dari saya nanti.Pada masa tu baru lah tahu siapa gerangannya,kan? ;P
Apabila seseorang anak dapat menyambung pengajian di menara gading,harapan........................
dalam hati ibu berkata,"Pergilah anakku, belajarlah bersungguh2, jangan kamu lemas dalam kebebasan yang ibu berikan.. ibu tidak hantar kamu ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu, kerana kamu anak ibu.." ayah pula berbisik,"anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa dihujung hatimu.. Hati ini penuh berharap agar kamu membawa pulang PIALA KEMENANGAN..!!" kenangilah mereka dalam apa jua tindakan kita.,
Hadiah untuk mama dan abah suatu hari nanti.InsyaAllah..
Cerita.Cita.Cinta. ( 3C )
Wallahu'alam.