Friday

Usrah

Usrah.Membawa maksud keluarga.Usrati,keluargaku.Rasanya tidak lengkap cuti sekolah tanpa usrah.Atas namanya usrah,kami berkesempatan untuk berkumpul lagi sempena musim cuti sekolah memandangkan semua keluarga pulang ke kampung halaman.Malam Jumaat yang damai sekali lagi diberi peluang dengan izinNya,untuk kami sama-sama 9buah keluarga berkumpul atas tujuan mengadakan usrah.Biarpun agak lewat dimulakan kerana ada di antaranya telah menerima jemputan solat hajat,majlis tetap dihadiri dan dimulakan dengan majlis makan-makan memandangkan waktu telahpun lewat bagi kanak-kanak.Riuh-rendah suasana dengan suara riang kanak-kanak dicelahi oleh suara Ateh Mad untuk memulakan sesi yang menjadi tujuan utama kami berkumpul.

Lalu,Encik Suhaimi a.k.a a.ngah mie selaku pengerusi majlis bersuara menandakan majlis bermula.Peringatan kali ini dimulai oleh ustaz Fauzi a.k.a a.cik zie.Kali ni a.cik zie menekankan tentang amalan sunnah.Antaranya,bacaan doa harian yang diamalkan Rasulullah,berusaha mempraktikkan bacaan bismillah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan,tidur sekejap selepas zohor,jangan tidur lewat kerana Rasulullah s.a.w tidur awal untuk bangun di sepertiga malam.

Seterusnya majlis diteruskan dengan Ustaz Zawawi a.k.a Ateh Mad.Kali ini Ateh mad membicarakan tentang "Memberi".Diringkaskan,peringatan diberi supaya mendidik diri sentiasa memberi kepada yang benar-benar memerlukan.Pesannya lagi orang yang baik-baik tidak meminta-minta,jadi kita perlu memberi tanpa mereka meminta.Sifat memberi itu sendiri antaranya untuk mendapat pahala,bertujuan melakukan ibadat dan sebenarnya "memberi kepada diri kita sendiri".Diibaratkan kita menyimpan duit ke dalam bank.Hasilnya memberi pulangan kepada diri kita sendiri.Jika sedar begitu,masih kedekut dan berkira lagikah untuk memberi?Tepuk dada tanya iman.
Ditegaskan lagi,apabila memberi,jangan harapkan balasan,kerana Allah itu Maha Memberi,Dia yang akan membalasnya,sama ada cepat atau sebaliknya,itu urusan Allah Al-Ghaffar.Jika kita beribadat kerana Allah,Allah akan membalasnya dengan syurga,jika kita ikhlas menuntut ilmu,Allah akan membalasnya dengan kasih sayangNya.

Perkongsian kali ini diakhiri dengan kata-kata ayahanda sendiri.Pesannya,


Tidak cantik seseorang itu tanpa akhlak dan adab,



Tidak mulia seseorang itu tanpa akhlak dan adab.

Majlis diakhiri memandangkan kanak-kanak sudah mula layu untuk 'landing' dan bermulalah sesi riuh ragam orang-orang dewasa pula sehingga semuanya pulang setelah menyedari lewat malam menjelma,disusuli pula pertemuan pagi esok untuk permainan futsal bagi lelaki.







ragam kami seusai usrah. . .



No comments: