Thursday

Dia sedang cemburu


Sedang asyik berbalas sms dengan si dia?
Sedang ternanti-nanti panggilan dari si dia?
Sedang menunggu saat bertemu dengan si dia?
Errrrrr,,sekiranya ya jawapan kamu,kamu sedang membuat Kekasih Agung kamu sedang cemburu.

Mengapa melebihkan sesama manusia sedangkan dia sama dengan kita,hamba kepada Pemilik sekalian alam?Ramai yang sering leka melayan perasaan hati terhadap manusia lain sehingga lupa menjaga atau mencari cinta Agung terlebih dahulu. (semoga kita terpelihara daripadanya.Allahumma amiin.)
Tanpa kita sedari kita sedang membuat Kekasih Agung kita cemburu.

Kecemburuan Allah langsung tidak menggambarkan kerendahan atau Dia memerlukan kita.Maha Suci ALlah,cemburu Allah adalah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya.Dia cemburukan kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripaNYa kerana Dia sayangkan kita.


CintaNYa cinta utama.

CintaNya menjadikan masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah Yang Maha Besar.

CintaNYa membuatkan kita bersa kuat dan yakin kerana kita percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.

CintaNya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita cumalah hambaNya,tidak boleh diperhambakan sesama manusia.

Rasa yang terkandung dalam diri kita semua adalah anugerah.Rasa tertarik pada si dia,rasa sayang terhadap si dia adalah fitrah yang dihadirkan dalam diri kita.Semua rasa itu tidak salah,malah semua orang merasainya termasuk,para rasul,sahabat dan orang soleh.
Persoalannya,bagaimana cara anda menguruskan fitrah yang dihadirkan ke dalam diri anda sama ada melalui jalan yang menghampiri fitnah atau barakah?Tepuk dada tanya iman.




Note : terkadang ada yang putus cinta sesama manusia,tanpa disedari sebenarnya Dia mahukan kamu kembali mengejar cinta AgungNya yang telah kamu tinggalkan atau yang belum kamu temui.Mungkin kamu melebihkan orang lain selain dari Dia,maka diambil orang itu sama ada menghilangkan rasa kasihnya terhadap kamu atau menjemput si dia menemuiNya.Fikir-fikirkanlah.Everything happens for a reason.When something bad happens,instead of asking "why me?" let's say "why NOT me?"
Return to Him.He is always be there for you.

Sunday

Ragam.

Dipendekkan cerita,malam akhir musim cuti sekolah kali ini diakhiri dengan perlawanan akhir piala FA 2011.Saya pasti ramai yang terpacak di depan tv bersama saluran Astro Arena dan tidak dinafikan ramai juga yang tidak menonton langsung permainan bola sepak tersebut.Pelbagai persepsi yang memanah ke arah sukan yang popular itu.

Saya,bukanlah peminat utama bola sepak,malahan tidak begitu meminati sukan itu tetapi mata ini terpaku juga melihat permainan itu sehingga menemui titik noktah selepas penambahan masa selama 30 minit hasil penjaringan satu gol pada minit akhir oleh Abdul Manaf yang menjadikan 1-1.Siapa sangka pada saat-saat akhir itu membawa tuah kepada pasukan penyu menjadikan 2-1.Itulah rezeki namanya.Kalau dah rezeki tu,tak kemana.TAHNIAH BUAT PASUKAN NEGERI TERENGGANU atas kejayaan menjadikan Negeri Terungganu sebagai pemilik Piala FA 2011!!!

Namun,bukan keputusan itu yang menjadi topik utama.Apa yang membuatkan saya terfikir apabila melihat beberapa laser yang terpancar ke arah penjaga gol Terengganu dan pemain Terengganu serta balingan mercun ke arah penjaga gol pasukan penyu itu.Apa yang bermain di fikiran saya,mungkin itu jyga yang bermain di fikiran anda.Tujuan tindakan mereka.Ya,tujuannya!

Saya kira ianya berbalik pada HATI manusia.Ya,hati.Mengapa perlunya melakukan semua itu sebagai satu langkah untuk menumbangkan pihak lawan?Perlawanan bola sepak hanyalah satu permainan.KALAH dan MENANG adat pertandingan.Menang-rezeki.Kalah-pengajaran.Jadi apa yang perlu dirisaukan.Semuanya adalah ketentuanNya.Buatlah apa cara sekalipun,kalau dah memang rezeki itu miliknya,siapa yang mampu menolak takdirNya? Bukankah Allah sudah berfirman,jika Allah menghendakinya,maka jadilah.
RAWAT ROHANI,ERSIHKAN HATI,PERKASAKAN PERIBADI.


Sebagaimana terpacaknya kalimah(dalam gambar), di atas puncak BUKIT BESAR,begitulah doa yang dipanjatkan.Semoga Allah sentiasa memelihara Terengganu serta rakyatnya malahan seluruh HambaNya dari segala perkara yang mendorong ke arah lubang api yang panas.

Juara Piala FA 2011 menjadi milik Terengganu darul iman,
Semoga HATI-HATI anak-anak Terengganu juga terus memenuhi dada dengan taqwa dan iman.InsyaAllah.

p/s : maaf,bukan berniat untuk mengutuk atau mengaibkan mana-mana pihak.tak kiralah penyokong siapa,tingkah laku perlu dijaga.Ambil yang positif,buang yang negatif.

HARAP-HARAP PROGRAM ATAU ACARA ISLAMIK JUGA MENDAPAT SAMBUTAN DAN SOKONGAN SEBAGAIMANA HANGATNYA SOKONGAN DAN SEMANGAT UNTUK BOLA kerana ISLAM memerlukan RAMAI dan RAMAI PENYOKONG dan PEMBANTU.

Wallahu'alam.

Friday

Usrah

Usrah.Membawa maksud keluarga.Usrati,keluargaku.Rasanya tidak lengkap cuti sekolah tanpa usrah.Atas namanya usrah,kami berkesempatan untuk berkumpul lagi sempena musim cuti sekolah memandangkan semua keluarga pulang ke kampung halaman.Malam Jumaat yang damai sekali lagi diberi peluang dengan izinNya,untuk kami sama-sama 9buah keluarga berkumpul atas tujuan mengadakan usrah.Biarpun agak lewat dimulakan kerana ada di antaranya telah menerima jemputan solat hajat,majlis tetap dihadiri dan dimulakan dengan majlis makan-makan memandangkan waktu telahpun lewat bagi kanak-kanak.Riuh-rendah suasana dengan suara riang kanak-kanak dicelahi oleh suara Ateh Mad untuk memulakan sesi yang menjadi tujuan utama kami berkumpul.

Lalu,Encik Suhaimi a.k.a a.ngah mie selaku pengerusi majlis bersuara menandakan majlis bermula.Peringatan kali ini dimulai oleh ustaz Fauzi a.k.a a.cik zie.Kali ni a.cik zie menekankan tentang amalan sunnah.Antaranya,bacaan doa harian yang diamalkan Rasulullah,berusaha mempraktikkan bacaan bismillah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan,tidur sekejap selepas zohor,jangan tidur lewat kerana Rasulullah s.a.w tidur awal untuk bangun di sepertiga malam.

Seterusnya majlis diteruskan dengan Ustaz Zawawi a.k.a Ateh Mad.Kali ini Ateh mad membicarakan tentang "Memberi".Diringkaskan,peringatan diberi supaya mendidik diri sentiasa memberi kepada yang benar-benar memerlukan.Pesannya lagi orang yang baik-baik tidak meminta-minta,jadi kita perlu memberi tanpa mereka meminta.Sifat memberi itu sendiri antaranya untuk mendapat pahala,bertujuan melakukan ibadat dan sebenarnya "memberi kepada diri kita sendiri".Diibaratkan kita menyimpan duit ke dalam bank.Hasilnya memberi pulangan kepada diri kita sendiri.Jika sedar begitu,masih kedekut dan berkira lagikah untuk memberi?Tepuk dada tanya iman.
Ditegaskan lagi,apabila memberi,jangan harapkan balasan,kerana Allah itu Maha Memberi,Dia yang akan membalasnya,sama ada cepat atau sebaliknya,itu urusan Allah Al-Ghaffar.Jika kita beribadat kerana Allah,Allah akan membalasnya dengan syurga,jika kita ikhlas menuntut ilmu,Allah akan membalasnya dengan kasih sayangNya.

Perkongsian kali ini diakhiri dengan kata-kata ayahanda sendiri.Pesannya,


Tidak cantik seseorang itu tanpa akhlak dan adab,



Tidak mulia seseorang itu tanpa akhlak dan adab.

Majlis diakhiri memandangkan kanak-kanak sudah mula layu untuk 'landing' dan bermulalah sesi riuh ragam orang-orang dewasa pula sehingga semuanya pulang setelah menyedari lewat malam menjelma,disusuli pula pertemuan pagi esok untuk permainan futsal bagi lelaki.







ragam kami seusai usrah. . .



Sunday

Daun yang gugur




Banyaknya daun yang gugur,dari sehari ke sehari...Malah,setiap saat ada saja daun yang berguguran menyembah tanah.Setiap hari kita menyaksikan daun kering yang luruh ke bumi,mungkin itulah diibaratkan usia kita.


Masa yang berlalu mengurangkan bilangan usia.Kita sentiasa diburu masa,berlalu dan terus berlalu sehinggakan seringkali dirasakan tidak ada perkara yang daapat kita selesaikan.Masa yang telah berlalu seperti daun kering.Luruh ke tanah kerana sudah mati.Tidak mungkin kembali menjadi sebahagian daripada keluarga dahan.


Notes : Sekejap sangat rasanya masa berlalu,tuptup dah masuk Rejab.Bila dah tiba Rejab,Ramadhan mula bermain di fikran.Sampaikah usiaku kepada Ramadhan?Jika msih berkesempatan,Ya Allah,jadikanlah Ramadhan kali ini segalanya lebih baik bagiku berbanding Ramadhanku yang sebelum ini!Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...


Daripada Anas bin Malik r.a,Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat,maka setahun dirasakan seperti sebulan,sebulan dirasakan seperti seminggu,seminggu dirasakan seperti sehari,sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api."


Dedaun Jamadilakhir telah pun kering,habis gugur dan bercerai dari pokok,kini dedaun Rejab pula yang tumbuh menghijau,dan tidak lama lagi Sya'aban,seterusnya Ramadhan.Begitu pantas masa yang berlalu,Ramadhan akan datang tidak lama lagi.Sudah bersediakah menyambut ketibaan Ramadhan?


Rejab bulan menabur benih,Sya'aban bulan menyiram tanaman,Ramadhan bulan menuai.


Daun yang sentiasa gugur,kini membawa kita ke lembaran Rejab.


Ayuh,kita tingkatkan keimanan,menjadi hamba yang patuh,taat dan bersedia dipanggil pulang pada bila-bila masa! Siapa tahu Rejab ini adalah yang terakhir buat kita . . .