Sunday

Satu

1 Januari 2011.

Buka saja social networking,kebanyakan kawan-kawan,sahabat-sahabat mengucapkan selamat tinggal kepada 2010.Mesti 2010 menangis bila semua ucap 'bye' kat dia.
*okey,saya mengarut lagi.terima kasih kerana menyedarkan saya* *wink*


Kenapa satu ye?(ye,saya tahu soalan ni saya akan jawab sendiri ;D)
Kerana sekarang dah masuk 2011.Ramai yang teruja melihat tarikh permulaan tahun baru ini,01.01.11.Maka,orang ramai berlumba-lumba memasang azam baru,semangat baru,impian baru.Dengan harapan berharap mendapat sinar baru dalam kehidupan.Apa sahaja azam baru anda sempena tahun baru ini,saya yakin semuanya adalah positif.Tiada manusia inginkan kegagalan,kekecewaan atau perkara negatif berlaku dalam kehidupan masing-masing.namun,siapa kita untuk menentukan semua perkara yang terjadi dalam kehidupan kita kerana Dialah yang berkuasa di atas segalanya.

Kenangan semalam usah dibuang dengan sia-sia.Ambillah pengajaran daripada perkara yang telah berlaku pada helaian diari hidup yang telah berlalu.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan.
Semalam diambil pengajaran daripadanya manakala untuk esok?
Untuk hari esok,pelan strategi untuk mencapai impian dan cita-cita.Saya pasti setiap orang mengimpikan cita-cita yang tersendiri.Jadi,apa tunggu lagi,jom pasang strategi! *wink*

Dalam ghairah memasang strategi,memasang angan-angan untuk mencapai cita-cita itu,ini,beringatlah,perjalanan yang kita tempuhi dalam hidup inni bukan hanya bertemu jalan yang rata.Terkadang kita akan berjumpa yang yang berliku ditambah pula dengan duri-duri.(sakit kan kalau terpijak duri.) Oleh itu,bersedialah menerima ujian dan musibah yang pasti akan menemani kita dalam meneruskan kehidupan yang masih berbaki ini.


Semalam yang menjadi kenangan biarkan ia berlalu pergi,kerna esok menanti.Musibah itu pahit di dunia,manis di akhirat.Redha dan sabarlah menerima ujian.Kemenangan bagi orang-orang yang sabar dalam menghadapi ujian.




Tak selamanya kita akan berada di atas dalam keadaan bersenang-lenang juga dalam kebahagiaan,terkadang kita akan terkandas jatuh ke bawah.Pada ketika itu,kita harus kuat untuk bangkit kembali.Jangan berputus asa selagi hayat dikandung badan.

Tahun 2010,banyak perkara yang ditempuhi,kehilangan,kedukaan tidak kurang juga kegembiraan.Pengalaman yang lalu banyak mengajar erti kehidupan.Sedikit sebanyak mematangkan pemikiran.Semoga kehilangan yang lalu akan sentiasa mengingatkan diri ini kepada Yang Satu,InshaAllah.
Pahit dan manis adalah asam garam kehidupan.Semuanya harus ditempuhi dengan tabah,sabar dan redha.Doa,redha,tawakal. (^_^)

Ingatlah perjuangan ini memerlukan pengorbanan,bukan hanya ucapan.Dalam menuju syahid terlalu banyak ujian ,tetapi ingatlah ujian itu tanda kasih sayang Allah.Tenanglah dalam ujian,senyumlah di hadapan lawan,rebah dan menangislah di hadapan Tuhan.Syurga bukan murah,harus dibayar dengan air mata dan darah.Tetapi bukan syurga yang menjadi arah,tapi yang dipinta adalah kasih sayang Allah.



p/s : post yang ringkas dan mungkin agak merepek.kesempatan masa yang digunakan sebelum pulang ke tempat pengajian.Walaupun tak banyak pengisian,terimalah sebagai perkongsian. ;-)

No comments: