Tuesday

'Ketenangan'

Sedar atau tidak,kita telahpun memasuki fasa ke3 ramadhan iaitu fasa terakhir di bulan ramadhan.Ini bermakna Ramadhan akan tetap meninggalkan kita dalam tempoh setahun.Mahu atau tidak ramadhan akan menghilangkan diri dari kita selama setahun.Betapa sebulan itu terasa begitu pendek masanya.

Jika kita tahu Ramadhan ini adalah terakhir untuk kita,pasti kita akan meninggalkan segala yang seisi dunia dan menumpukan sepenuhnya kepada ibadat sepanjang bulan ini.Itulah hikmah Allah merahsiakan waktu dan masa ajal manusia,supaya kita sebagai manusia yang sering alpa sentiasa beribadat dengan bersungguh-sungguh serta istiqamah setiap masa untuk mencari keredhaan Allah.

Apa yang perlu kita ingatkan sesama kita ialah kenangan positif yang kita lorekkan sapanjang berada di bulan ramadhan,iaitu bulan yang penuh keberkatan,kerahmatan dan keampunan.Inilah bulan yang memberi kita peluang untuk mendapat rahmat Allah serta keampunan daripadaNya di atas dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ni.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan semua itu adalah pada waktu malam,kerana pada waktu itu suasana tenang dan hening menyelubungi manusia,amat berkesan untuk manusia menyatakan rasa hati terhadap Pencipta yang Satu.Di kala waktu itu juga orang ramai sedang seronok tidur,tidak kurang pula yang sedang asyik menonton program kegemaran mereka di televisyen.Sebagai manusia yang dikurnia akal,adalah tanggungjawab kita untuk memberi keutamaan pada mana yang lebih utama,serta merebut peluang yang ada untuk melakukan kebaikan.

Apatah lagi pada akhir-akhir bulan ramadhan ini,terdapat satu malam yang disebut Allah sebagai malam yang istimewa,malam yang lebih baik dari seribu bulan,iaitu lailatul qadr.

"Sesungguhnya kami telah menurunkannya(al-Quran) pada lailatul qadr.Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr?Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan." (surah al-qadr:1-3)

Disunatkan mencari lailatul qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan.Semoga kita sama-sama dapat bertemu malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.Jom sama-sama mengintai! *wink*

Thursday

Emotional Game



Ramadhan.Ramadhan.Ramadhan.

Setiap kali menyambut Ramadhan,pasti semua orang punyai masam dan manis di dalamnya walau di manapun mereka berada selagi memijak bumi Allah.
Berpuasa di rumah dan di asrama pasti ada bezanya.Lebih-lebih lagi yang berjauhan.Memang lumrah bagi anak rantau,ketibaan Ramadhan pastinya saat menggoncang emosi,selain menginsafi kekurangan diri.Suara ibu yang memecah hening subuh memanggil bersahur,tatkala berbuka pula meja dipenuhi hidangan demi memenuhi permintaan anak yang berpuasa,selain ajakan ayah mengajak bertarawikh bersama.
Ya!! Saya merindui semua itu walaupun telah berkesempatan berpuasa bersama keluarga hujung minggu pertama Ramadhan.Apakan daya,menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar,terpaksa akur,melangkah pulang ke mahallah setelah 5 hari berpuasa di rumah.
******
KELAINAN.
Ramadhan 1431H.
Sedikit kelainan dirasai pada sambutan Ramadhan tahun ini.Entah mengapa dari awal sebelum tibanya Ramadhan hati ini sayu,hiba melihat word RAMADHAN di mana-mana saja di kampus ini.
Sama ada di rumah,mahupun di asrama,ataupun di tempat kerja,kelainan tetap dirasai.Lebih-lebih lagi mereka yang merantau merentasi lautan dunia.
*****
KELUARGA.

Buat pertama kalinya,kami berpuasa tanpa kehadiran insan yang dirindui,yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi.Kelainan dapat dirasai ketika berbuka dan bersahur.Betapa kami betul-betul merasai kehilanganmu.
Ramadhan tahun ini,
Tidak kedengaran lagi kemerduan suaramu mengalunkan ayat suci al-Quran setiap kali selepas Maghrib.
Tidak lagi kedengaran keriuhan suaramu sebelum waktu berbuka.
Tiada lagi peluang merasai minuman untuk berbuka puasa hasil air tanganmu.
Tiada lagi kedengaran hilai tawamu mengusik si adik kecil tatkala bermain bunga api dan mercun.
Dirimu menjadi obor semangat buat kami sekeluarga untuk terus beribadat dengan bersungguh-sungguh supaya kita sekeluarga dapat berkumpul di akhirat kelak selain beribadat lillahita'ala juga mendapat redha Ilahi.
Walaubagaimanpun,apa yang kuharapkan semoga dirimu bahagia 'di sana' dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,wahai adikku,Amir.
Walaupun jasadmu telah tiada,dirimu tetap di hati kami selamanya.
Al-Fatihah...~

*****

KAWAN.


Di mahallah.
Juga ada kelainan.Terpisah dengan mereka yang memberikan memori sepanjang bersama.

Saya di sini,dia di sana.
I Miss every moment we spent togeher here!!
I MISS YOU SO MUCH MY DEAREST NASIHA SAKINA.
We're far apart now,but you have your place in my heart darling. (^_^)
Don't be naughty k,dear ;p ;p ;p

*Kenangan Ramadhan lalu . . . *

Classmate yang sentiasa rajin mengatur iftar jama'i sepanjang menyambut Ramadhan bersama.


*Iftar jama'i dalam kenangan . . .*
Thank you so much to all of you.
Our memories together will remain in my heart. *wink*

Monday

Wajib ke?

"Assalamualaikum w.b.t. Saya,penyimpan mohor besar raja-raja,dengan ini mengumumkan tarikh bermulanya puasa bagi umat Islam jatuh pada Rabu,11 ogos 2010.Sekian Assaamualaikum w.b.t."

Yeay!!! Esok puasa..hahah.ragam kanak-kanak.. ;p


Ramadhan menjelma.

Maka,ibu-ibu mula memikirkan menu-menu untuk berbuka puasa sepanjang sebulan.Si bapa pula rancak menyediakan perbelanjaan untuk anak-anak dan isteri.Maklumlah,bulan puasa ni berbelanja lebih daripada hari-hari biasa katanya.Si anak pula,apa persediaan mereka? Ya!!Menghitung hari supaya Ramadhan cepat berlalu untuk menyambut ketibaan Syawal.(Itu hanyalah zaman kanak-kanak.orang kata,zaman pramatang.hahah.) Saya pun seorang anak.Apa agaknya persediaan saya untuk ramadhan kali ni? Anda nak jawab? ;p
Macam-macam perasaan yang ermain di ruang sanubari.Gembira,sedih,sayu,hiba dan macam lagilah. (orang lelaki cakap perempuan kuat beremosi.Anda setuju? ;p)


Bulan Ramadhan adalah bulan kerohanian dan bulan berganda.Apa sahaja yang kita lakukan akan mendapat balasan berganda.Nafsu kita juga berganda walaupun syaitan dirantai pada bulan ini.Ini adalah kerana nafsu kita bertapak di hati dan bermaharajalela.Kita sebagai tuannyalah yang perlu bijak mengawal nafsu.

Semasa menghadiri talaqqi baru-baru ini,ada yang mengajukan soalan kepada ustaz,mengapa manusia tetap melakukan kejahatan pada bulan Ramadhan,walhal syaitan-syaitan diikat serta dirantai?Jawab ustaz,betul,syaitan dirantai tetapi yang dirantai itu adalah ketua-ketua besar syaitan ataupun senang cakap,ketua askar.Yang ber'pangkat' bawah ada yang bebas.Tetapi yang paling kuat mempengaruhi kita adalah nafsu kita sendiri.Bagaimana cara kita mengawal nafsu kita,tepuk dada tanya iman. ;-)

Sabda Rasulullah s.a.w.,
Apabila datang bulan Ramadhan,dibukakan pintu langit,ditutupkan pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.

Sepanjang bulan Ramadhan,ramai yang berlumba-lumba melakukan amalan kebaikan.Saling membalas pemberian lauk sesama jiran,bersedekah,memperbanyakkan bacaan al-Quran dan solat terawih.Waktu sebeginilah surau-surau dan masjid padat dipenuhi manusia.Tak kurang juga yang hanya bersemangat pada awal Ramadhan sahaja dan,akhir Ramadhan kerana ingin bertemu lailatul qadar.Agaknya kita berada dalam golongan mana ye? (thinking...)

Pada satu malam,sedang asyik berdiskusi,tiba masa untuk bersurai.Masing-masing bertanyakan waktu dan masa untuk next meeting.Ketua kumpulan meminta semua ahli berkumpul pada Rabu depan selepas isyak.Tiba-tiba dengan pantas seorang ahli kumpulannya mengingatkan ketua bahawa hari Rabu tersebut sudah mula berterawih.Lantas,seorang ahli yang lain bertanya,"Wajib ke terawih?".Apa reaksi anda jika soalan ini diajukan kepada anda?Jawab-jawab! ;-)

Apa yang kita mahukan setiap kali tibanya Ramadhan?
Apa harapan kita setiap kali bertemu Ramadhan?
Cukup ke sekadar menahan lapar dan dahaga pada waktu siang hari?
Cukup ke dengan berpuasa siang hari sahaja untuk menampung dosa-dosa yang pernah kita lakukan?
Tidak ada keinginankah untuk melakukan lebih berganda amalan-amalan kebaikan?Merebut pahala yang Allah gandakan pada bulan ini?

Dalam hidup ini,hanya ada dua jalan.Satu disebelah kanan,satu lagi disebelah kiri.Andalah yang menentukan jalan hidup anda.Ingatlah!! Jalan yang anda pilih itu bukan sahaja menentukan hidup di dunia,bahkan di akhirat kelak.Apa sahaja yang kita lakukan di dunia,bakal mendapat balasannya di akhirat.

Even you have two legs,but when the time comes,Between the path,you may choose only one at one time.. *macam tajuk blog je kan?hihihi*

Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini,kita dapat menggilap kembali hati kita yang kian pudar serta melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini.Oleh itu,didiklah nafsu kita yang selama ini dipengaruhi syaitan.Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata.Tetapi berpuasa adalah berlapar serta mendidik nafsu dan peribadi manusia.

Bulan Ramadhan juga adalah sebagai lambang kasih sayang Allah terhadap hambaNya.Allah tidak mensia-siakan kepenatan hambaNya sehinggakan tidur di waktu siang pun mendapat pahala pada bulan yang penuh kerahmatan ini.Begitu besarnya kasih sayang Allah kepada kita.Oleh itu,marilah kita bersama-sama menilai kembali diri kita.Semoga amalan kita pada tahun ini semakin bertambah dan sempurna pelaksanaannya.

Sabda Rasulullah s.a.w.,
Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.

Kerjakanlah amalan pada bulan Ramadhan ini seolah-olah inilah kali terakhir kita bertemu dengannya.Kita tidak tahu sama ada tahun hadapan kita masih mendapat peluang ini lagi atau tidak.

Nabi s.a.w. bersabda,

Bekerjalah seperti kamu akan hidup selamanya,dan beramallah seolah-olah kamu akan mati esoknya.


p/s : marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah terlebih dahulu menemui Penciptanya.
Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam.Semoga puasa kita diterima Yang Esa.InsyaAllah.

Wednesday

Bakal bertandang lagi...

Dimulakan dengan bismillah...

Apa yang kita lakukan setiap hari kadang2 membuatkan kita tidak menyedari masa itu berlalu.Hanya sesekali mata menjeling ke arah taqwim yang berdiri di hadapan mata kita.Apabila sudah lama tidak menjenguk kalendar,kita mengatakan masa itu berlalu terlalu pantas.Walhal masa itu tidak pernah laju walau sesaat.Ia tetap berjalan seperti sediakala.Hanya manusia yang 'menyibukkan' diri dengan pelbagai perkara sehingga solat 5 minit pun berkira.Terkejar-kejar nak menyiapkan hal-hal pejabat,assignment yang berlambak,revision untuk mid-term exam,tidak kurang juga final exam.Apalagi students yang bakal menghadapi peperiksaan awam,UPSR,PMR,SPM,STPM.Dalam fikiran hanya memikirkan masa untuk mengulangkaji pelajaran.
*****

Kalau orang ramai tahu ada artis nak datang buat persembahan,ramai yang nak pergi,nak memeriahkan lagi suasana persembahan tersebut.Artis pula menjadi tetamu terhormat.Apabila tiba masa untuk beramah mesra,ramai yang berebut-rebut nak bersalaman,bergambar,minta autograf.nak dijadikan kenangan katanya.Artis atau mereka yang memegang jawatan tinggi selalunya dilayan bagaikan V.I.P.,dengan penuh keistimewaan.Apabila raja atau sultan dalam perjalanan menuju ke satu2 destinasi,pihak polis meminta orang ramai berhenti di tepi jalan bagi memberi laluan kepada raja atau sultan tersebut.Begitulah sebahagian layanan yang biasa kita nampak.Kata orang,yang common la..
*****

Dan masa terus berlalu..

Kini.....

'Dia' bakal bertandang lagi.Ramai yang menunggu kehadirannya.Ada yang menghitung hari,tak sabar2 nak bertemu dengannya.Cara dewasa begini,cara kanak2 pula begitu.Haihhh...Macam2 ragam.Tetapi itulah kehidupan,tidak semua yang kita impikan dapat kecapi.Semuanya terserah kepada Yang Maha Esa.

Siapa la 'gerangan' itu,yang ramai menantikan kehadirannya?Bagaimana agaknya cara kita mahu menyambut kedatangannya?Semeriah manakah yang kita lakukan?Apa prsediaan yang kita lakukan?Semuanya terserah kepada diri masing2.Tepuk dada,tanya iman.
Saya pasti,dengan izinNya,kita semua dapat bertemu dengannya.Sama-sama kita berdoa.
Insyaallah..~